Showing posts with label masjid. Show all posts
Showing posts with label masjid. Show all posts

Friday, August 3, 2012

LOGO MASJID

Logo ini akan digunakan di dalam semua urusan yang berkaitan surat rasmi Masjid Sirajudin Al-Anuar. Logo ini memberi makna kepada pembentukan Ahli jawatankuasa Masjid ini setalah diberi kepercayaan oleh penduduk kariah Batu Belah bagi penggal kedua dengan jayanya.
مسجد سراج الدين الانوار

Sunday, October 24, 2010

Marilah Kita Bina Generasi Remaja Cintakan Masjid

Apakah yang akan anda lakukan jika atap rumah tiris? Mungkin langkah segera ialah sediakan bekas untuk menadah air hujan yang menitis. Tapi untuk jangka panjang, anda perlu baiki atap rumah itu, kerana di situ letaknya punca kejadian. Kebiasaannya, atap yang ditampal juga tidak tahan lama. Tukar atap baru, barulah selesai masalah.

Kita jumpa ramai orang buang anak seperti kita jumpa banyak lubang tiris. Lalu kita kelam kabut mencari bekas untuk ditadah, seperti “Baby Hatch”, sekolah hamil dan sebagainya. Adakah langkah sebegitu perlu? Jawapannya ya. Tapi adakah ia menyelesaikan masalah? Jawapannya sudah tentu tidak.

Tuesday, September 21, 2010

Kedudukan Masjid Dalam Islam

1 Berulang-alik ke masjid bukti keimanan secara zahirnya, batin serah pada Allah

Dari Abu Said Al-Khudri r.a., katanya Rasulullah s.a.w bersabda:
“Apabila kamu melihat seseorang rajin pergi ke masjid, maka hendaklah kau menjadi saksi bahawa ia (benar-benar) beriman, kerana Allah taala berfirman:
At-Taubah [18] Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat (Riwayat Tirmizi)