Thursday, July 7, 2011

Fatwa Nisfu Syaaban

Akan tiba tidak berapa hari lagi kita akan menyambut malam Nisfu Syaaban yaitu pada hari Jumaat 15 Julai 2011 bersamaa 15 Syaaban 1432.Pada tahun ini Nisfu Syaaban jatuh pada jumaat malam ( sabtu) dan bukan malam Jumaat.
Sebagaimana telah kita ketahui apabila tibanya malam 15 Sya’aban, ramai yang akan ke masjid untuk solat jemaah dan membaca yasin sebanyak 3 kali. Tetapi tahukah kita dari mana amalan itu berasal?  Sedangkan kita tahu, bahawa sesuatu ibadah khusus yang dilakukan jika tiada amalan atau dalil dari nabi Muhammad S.a.w maka dikira bid’ah. Persoalannya mengapa perlu dilakukan sebanyak 3 kali dan dikhususkan pada malam tersebut?  Sedangkan bacaan Yasin boleh dilakukan pada bila-bila masa dan tidak terhad kepada berapa kali.
Seperti yang selalu saya lihat, bacaan Yasin yang dibuat sebanyak 3 kali itu dilakukan dengan pantas dan terkejar-kejar. Mungkin ianya sesuai dengan orang yang sudah mahir membaca Qasar,  tetapi bagaimana dengan mereka yang tidak mahir dengan bacaan Qasar lebih-lebih lagi bagi yang tidak mahir membaca AlQuran bertajwid. Tidakkah itu sudah menjadi tunggang-langgang dan tidak berlaku dalam keadaan yang tenang. Apakah bagus membaca AlQuran dalam keadaan tergesa-gesa dan salah tajwidnya? Apakah hikmah di sebalik tergesa-gesa dan tidak faham apa yang dibaca itu?

KULIAH

AHLAN WA SAHLAN YA RAMADHAN

Sabtu 23.07.2011
Kuliah Maghrib Perdana
Ustaz Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri
Mursyid Ad Daurah, IKIM fm

Semua dijemput hadir.

Hadith Qudsi 1

Yang disebut Hadis Qudsi atau Hadis Rabbani atau Hadis Ilahi, ialah:

"Sesuatu yang dikhabarkan Allah swt kepada NabiNya dengan melalui ilham atau impian,
yang kemudian Nabi menyampaikan makna dari ilham tersebut dengan ungkapan kata beliau sendiri"

 Hadis Qudsi itu tidak banyak, hanya berjumlah kurang lebih seratus Hadis, yg oleh sebahagian ulama
dihimpun dalam sebuah kitab sebagai Ibnu Taimiyyah dlam kitabnya Al-Kalimu'th Thayyib ; Dr. Ahmad As-Syarbashy kitab "Adabu'l Ahaditsi'l Qudsiyyah" .

Perbezaan Hadis Qudsi dan Hadis Nabawi
 Hadis Qudsi biasanya diberi ciri-ciri dengan kalimat-kalimat:

1) وقال الله   Qalallahu
2) Fima yarwihi 'anillahi Tabaraka wa Ta'ala
3) Lafaz-lafaz lain yang semakna dengan apa yang tersebut di atas, setelah penyebutan rawi yang menjadi sumber pertamanya yakni sahabat
Sedang untuk Hadis Nabawi, tidak ada ciri-ciri demikian. Contohnya;

Saturday, July 2, 2011

Hadith Riyadus Solihin An Nawawi .

Ustaz Farid bin Zainal
MUQADDIMAH

Sesungguhnya Allah Azza wa Jalla telah mengutus Nabi – Nya Muhammad Shallallahu Alaihi Wasallam dengan Jawami’ Al Kalim , sebagaimana dikhabarkan oleh Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam :
“Aku diutus dengan Jawami’ Al Kalim “ (HR. Bukhari dan Muslim).
Imam Az Zuhry Rahimahullah mengatakan : “Yang dimaksud dengan Jawami’ Al Kalim adalah bahwa Allah Azza wa Jalla mengumpulkan bagi beliau urusan-urusan/ masalah-masalah yang banyak yang dahulu tertulis dalam
kitab-kitab sebelumnya hanya dengan satu atau dua urusan/ masalah”. Ulama yang lain mengatakan : “Jawami’ Al Kalim adalah kalimat yang ringkas namun mengandung makna yang banyak, padat dan mendalam”.
Jawami’ Al Kalim yang diberikan kepada Rasulullah Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam terdiri dari dua macam, yaitu:
1. Yang tercantum dalam Al Qur’an Contoh : Firman Allah Azza wa Jalla : “Sesungguhnya Allah menyuruh (kamu) berlaku adil dan berbuat kebajikan, memberi kepada kaum kerabat, dan Allah melarang dari perbuatan keji, kemungkaran dan permusuhan. Dia memberi pengajaran kepadamu agar kamu dapat mengambil pelajaran” (QS. An Nahl : 90)
Kata Imam Hasan Al Bashry Rahimahullah tentang ayat ini : “Ayat yang satu ini tidak meninggalkan kebaikan kecuali dia (ayat ini) memerintahkannya dan tidak ada satu larangan pun kecuali dia (ayat ini) telah melarangnya”. Dan perkataan yang semakna diriwayatkan pula dari shahabat Abdullah bin Mas’ud Radiyallahu anhu .

WANITA SOLEHAH ADALAH LEBIH BAIK

Pada zaman akhir saat ini, jumlah wanita lebih banyak daripada lelaki, sehingga sudah menjadi kewajiban kita untuk membimbing dan menjaga isteri, anak, dan keluarga kita dari fitnah dunia, fitnah dajjal,dan fitnah harta , oleh kerana itu agar wanita – wanita di keluarga kita semangat dalam beramal maka kita sebagai laki-laki wajib membimbing mereka, kerana ustaz dalam rumah kita adalah diri kita .
Adapun fadhilah wanita sholehah antara lain :
1. Doa wanita lebih maqbul dari lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat dari lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulallah SAW akan hal tersebut, jawab baginda : “Ibu lebih penyayang dari bapak dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia.”
2. Wanita yang solehah itu lebih baik dari 1,000 orang lelaki yang tidak soleh.
3. Seorang wanita solehah adalah lebih baik dari 70 orang wali.
4. Seorang wanita solehah adalah lebih baik dari 70 lelaki soleh.

ADAB-ADAB KE TANDAS

1. Meminta izin sebelum masuk ke dalam jamban dengan cara mengetuk pintunya atau menunggu di luar beberapa ketika, terlebih-lebih lagi jika jamban itu kegunaan awam. Jangan masuk kecuali setelah benar-benar mahu buang air.
2. Mendahulukan kaki kiri ketika masuk dan mendahulukan kaki kanan ketika keluar. Dan ketika masuk disuruh membaca doa.
3. Membaca doa sebaik sahaja keluar dari jamban. Doanya ialah: “Aku mohon keampunan-Mu, segala puji bagi Allah yang telah menjauhi kesakitan dari aku dan yang telah memberi kesihatan kepadaku”.
4. Jangan mengadap kiblat dan jangan pula membelakanginya ketika qada’ hajat itu sebagai menghormati Kaabah.
5. Jangan membawa sesuatu yang padanya tertulis nama Allah, kitab al-Quran atau sebahagian dari ayat-ayatnya.