Wednesday, September 4, 2013


Borang Kurban 2013

Borang Kurban boleh upload dari link tersebut . Terima kasih.atau boleh dapatkan di Dewan Solat utama Masjid.

Korban Wajib ke? Sunat


Korban

Dari segi bahasa, korban bermaksud sesuatu yang dikorbankan kerana Allahsubhanahu wata‘ala.  Dari sudut syara‘, korban bermaksud menyembelih binatang yang tertentu pada masa-masa yang tertentu dengan niat mendekatkan diri kepada Allah subhanahu wata‘ala.

Pensyari'atan Dan Hikmahnya

Korban telah disyari‘atkan pada tahun kedua hijrah sama seperti ibadah zakat dan sembahyang Hari Raya.
Firman Allah subhanahu wata‘ala: 
Maksudnya:
“Maka kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu dan sembelihlah korban (sebagai tanda syukur)”

Ibadat Qurban tahun 2013



Bagi sesiapa yang ingin membuat Kurban pada Tahun ini 2013 di Masjid Sirajudin Al-Anuar sila hubungi AJK Masjid atau cetak borang ini dan serahkan kepada AJK Masjid atau SU Masjid Encik Saifudding Haji Shahid


Monday, July 8, 2013

JADUAL SEPANJANG BULAN RAMADAN AL- MUBARAK 2013

JADUAL TAZKIRAH BULAN RAMADHAN AL MUBARAK


Kelebihan Ramadan

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila tiba bulan Ramadan, dibuka pintu-pintu Syurga dan ditutup pintu-pintu Neraka serta syaitan-syaitan dibelenggu
Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: …Dan sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah, akan diampunkan segala dosa yang dilakukannya sebelum itu

Tuesday, September 18, 2012

PROGRAM QURBAN MASJID SIRAJUDDIN AL-ANUAR 2012

Korban dari segi bahasa bermakna dekat dan dari segi istilah bermakna menjalankan sesuatu perintah agama atau taat kepada perintah Allah s.w.t. kerana ingin mendekati diri kepada Tuhan.

Ini bermakna setiap manusia Muslim dituntut supaya berkorban apa sahaja yang termampu untuk mendapat keredhaan Allah serta bagi menyatakan ketaatan kepada-Nya sama ada berbentuk fikiran, tenaga atau harta benda.

Sejarah pengorbanan manusia di atas muka bumi ini ialah kisah dua orang adik-beradik bernama Qabil dan Habil, anak kepada Nabi Adam a.s. yang mana mereka berdua pernah diuji, siapakah di antara kedua-duanya yang sudi mengorbankan hartanya bagi menyatakan ketaatan kepada Allah s.w.t. Borang penyertaan qurban tahun 2012 boleh dapat di sini

Friday, September 14, 2012

Allah itu Maha Adil


JAWAPAN ALLAH KEPADA YANG MENGELUH

ADAKAH AKU SUDAH DIKIRA BERIMAN?

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” (Surah Al-Ankabut:2-3)

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” (Surah Al-Baqarah:216)

KENAPA BERAT UJIAN INI?

“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” (Surah Al-Baqarah:286)

RASA FRUST? TENSION? LEMAH SEMANGAT?