Friday, July 1, 2011

KELEBIHAN BULAN SYAABAN


1. Sabda Nabi s.a.w bermaksud: Apabila masuk bulan sya`ban, baikkanlah niatmu padanya, kerana kelebihan sya`ban atas segala bulan seperti kelebihanku atas kamu.(Al-hadis)
2. Barangsiapa berpuasa sehari pada bulan sya`ban, diharamkan Allah tubuhnya dari api neraka . Dia akan menjadi teman nabi Allah Yusuf a.s. di dalam syurga. Diberi pahala oleh Allah seperti pahala nabi Allah Ayob a.s dan nabi Daud a.s. Jika dia sempurnakan puasanya sebulan bulan sya`ban, dimudahkan Allah atasnya sakratul maut dan ditolakkan (terlepas) daripadanya kegelapan di dalam kubur, dilepaskan daripada huruhara Munkar dan Nakir, ditutup Allah keaibannya di hari Qiamat, dan diwajibkan Syurga baginya.(Al-hadis)
3. Barangsiapa berpuasa pada awal hari khamis pada bulan sya`ban dan akhir khamis daripada sya`ban, dimasukkan dia ke dalam Syurga. (Al-hadis dari kitab Al barkah).

Friday, June 10, 2011

Kelebihan Bulan Rejab

Diriwayatkan bahawa Nabi SAW telah bersabda:
“Ketahuilah bahawa bulan Rajab itu adalah bulan ALLAH, maka barangsipa yang berpuasa satu hari dalam bulan Rajab dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH SWT.
Barangsiapa yang berpuasa dua hari dalam bulan Rajab mendapat kemuliaan di sisi ALLAH SWT.

Saturday, June 4, 2011

Khutbah Khas sempena hari Keputeraan DYMM Seri Paduka Baginda yang di-pertuan Agong”


KHUTBAH KHAS SEMPENA HARI KEPUTERAAN DYMM
SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG ”
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian,
Marilah kita bertakwa kepada Allah SWT dengan melaksanakan segala
perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita
semua akan beroleh kebahagiaan di dunia dan akhirat.
Sempena Ulangtahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka
Baginda Yang Di-Pertuan Agong bagi tahun 2011 ini, sebagai rakyat Malaysia
marilah sama-sama kita memohon kehadrat Allah SWT semoga Duli Yang Maha
Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong berada dalam 'inayah dan
taufik serta sihat dan sejahtera. Juga kita mohon, agar negara kita Malaysia
yang dicintai ini dianugerahkan keamanan, kestabilan dan ketenteraman
sepanjang masa. Kita mendoakan semoga rakyat jelata di negara ini, hidup
dalam keadaan harmoni, bahagia dan bersatu-padu, pemimpin-pemimpin pula
sentiasa tunduk, patuh dan taat kepada Allah SWT, dalam usaha
membangunkan negara serta sentiasa menjadikan Al-Quran dan sunnah
Rasulullah s.a.w. sebagai sumber rujukan utama dalam menghadapi semua
permasalahan.

PERKARA - PERKARA YANG MEMBATALKAN ISLAM DAN IMAN

Oleh Ustaz Kamal Ashaari
Sebenarnya terlalu banyak perkara yang boleh membawa kepada keluarnya seseorang dari daerah keimanan kepada kufur. Disebut secara umum di sini antara sebab-sebab tersebut:

Ulama berpendapat perkara yang membatalkan akidah (aqidah) dan iman terbahagi kepada tiga:

1. Iktikad.

2. Perbuatan.

3. Perkataan.

Ulama menyebut dalam kitab masing-masing secara terperinci jenis-jenis perkara di atas yang boleh mengeluarkan daripada daerah keimanan sehingga membawa kekufuran. Secara ringkasnya seperti berikut:

Monday, May 30, 2011

khutbah jumaat : Guru Agen Perubahan Ummah

" GURU: AGEN PERUBAHAN UMMAH "
Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah SWT,
Marilah kita mempertingkatkan ketaqwaan kepada Allah S.W.T dengan
mematuhi segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.
Allah S.W.T telah berfirman dalam surah AZ-Zumar ayat 9:
أَمَّنۡ هُوَ قَـٰنِتٌ ءَانَآءَ ٱلَّيۡلِ سَاجِدً۬ا وَقَآٮِٕمً۬ا يَحۡذَرُ ٱلۡأَخِرَةَ وَيَرۡجُواْ رَحۡمَةَ رَبِّهِۦ‌ۗ قُلۡ هَلۡ يَسۡتَوِى ٱلَّذِينَ يَعۡلَمُونَ وَٱلَّذِينَ لَا يَعۡلَمُونَ‌ۗ إِنَّمَا يَتَذَكَّرُ أُوْلُواْ ٱلۡأَلۡبَـٰبِ
¨Katakanlah (lagi) kepadanya: ¡¨Adakah sama orang-orang yang mengetahui
dengan orang-orang yang tidak mengetahui?¡¨ Sesungguhnya orang yang dapat
mengambil pengajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal
sempurna¡¨.

Saturday, May 14, 2011

Kewajipan Memilih Pekerjaan Yang Halal¡

Muslimin yang dirahmati Allah SWT.,
Saya menyeru agar kita bersama-sama meningkatkan ketakwaan kita
kepada Allah SWT dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan
meninggalkan segala larangan-Nya.
Muslimin yang dirahmati Allah SWT.,
Islam amat menggalakkan umatnya bekerja dan berusaha mencari rezeki
sebagai memenuhi tuntutan dan tanggungjawab kehidupan di dunia ini.
Firman Allah SWT dalam surah At-Taubah ayat ke 105 ;
وَقُلِ ٱعۡمَلُواْ فَسَيَرَى ٱللَّهُ عَمَلَكُمۡ وَرَسُولُهُ ۥ وَٱلۡمُؤۡمِنُونَ‌ۖ وَسَتُرَدُّونَ إِلَىٰ عَـٰلِمِ ٱلۡغَيۡبِ وَٱلشَّہَـٰدَةِ فَيُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمۡ تَعۡمَلُونَ (١٠٥)
Maksudnya ; ¡§Dan Katakanlah: Bekerjalah kamu, maka Allah dan Rasul-Nya
serta orang-orang mukmin akan melihat pekerjaanmu itu, dan kamu akan
dikembalikan kepada (Allah) yang mengetahui akan yang ghaib dan yang nyata,
lalu diberitakan-Nya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan¡¨.
Pekerjaan itu sendiri sebenarnya merupakan suatu ibadat yang akan dihitung
oleh Allah SWT di hari akhirat kelak. Firman-Nya di dalam surah Az-Zalzalah
ayat ke 7
فَمَن يَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَرَّةٍ خَيۡرً۬ا يَرَهُ ۥ (٧) وَمَن يَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَرَّةٍ۬ شَرًّ۬ا يَرَهُ ۥ (٨)
Maksudnya; ¡§Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat dzarrah pun,
nescaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan barangsiapa yang mengerjakan
kejahatan sebesar dzarrah pun, nescaya dia akan melihat (balasan)nya pula¡¨.
Apa sahaja pekerjaan yang dilakukan oleh manusia di atas muka bumi ini
pasti tidak akan terlepas daripada perhitungan Allah SWT. Mereka akan
dipersoalkan satu demi satu sehingga jelaslah semua pekerjaan yang mereka
lakukan di dunia ini. Sekiranya mereka melakukan pekerjaan yang baik lagi halal
maka akan berbahagialah mereka di hari perhitungan kelak. Sebaliknya bagi
mereka yang melakukan pekerjaan jahat dan haram maka keadaan mereka akan
menjadi hina dan tercela pada hari tersebut.