Tuesday, November 29, 2011

Kelebihan Bulan Muharam dan Keutamaannya

Penceramah oleh : Ustaz Azman bin Halim (Mantan Imam Masjid KLIA )
Ustaz Azman b Halim (Mantan Imam Masjid KLIA)
Muharram adalah bulan pertama dalam Sistem Takwim Hijrah (Hijriah). Pada asasnya, Muharram membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu bulan di mana Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (QS Al-Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan. Rasulullah SAW telah menamakan bulan Muharram sebagai ‘Bulan Allah (Shahrullahi).
Sandaran yang dilakukan oleh Baginda SAW kepada Allah SWT lantaran kemuliaan dan kelebihan bulan ini kerana sesungguhnya Allah SWT tidak merujukkan kepadaNya melainkan oleh golongan khawas (khusus) di kalangan makhluk-makhlukNya.
Berkata Al-Hassan Al-Basri rahimahullah: “Sesungguhnya Allah SWT telah membuka lembaran tahun baru di dalam takwim Islam dengan bulan Muharram. Tidaklah kedapatan bulan yang lebih mulia dalam takwim Islam di sisi Allah SWT itu selepas bulan Ramadhan melainkan bulan Muharram. Ianya dinamakan bulan Allah yang khas disebabkan besarnya kehormatannya.”

Monday, November 28, 2011

KEPENTINGAN SELAWAT KE ATAS NABI MUHAMMAD S.A.W

Abu Ridhwan An Nadwi
Selawat ke atas Rasulullah (S.A.W.) merupakan suatu amalan yang disyariatkan oleh Islam. Firman Allah (s.w.t) yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya”. [Surah Al-Ahzab: 56]
Manakala di dalam hadith-hadith Rasulullah (S.A.W.), terdapat banyak arahan dan kelebihan-kelebihan yang dinyatakan berkenaan dengan selawat ke atas baginda (S.A.W.), antaranya :-

Thursday, November 24, 2011

SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1433 HIJRAH

HIJRAH : MEMBANGUN NEGARA BERKEBAJIKAN
Penceramah :USTAZ RIDHWAN B MOHD NOR
Semua penduduk Qariah Masjid Sirajuddin Al-Anuar adalah dijemput.

Muslims do not traditionally "celebrate" the beginning of a new year, but we do acknowledge the passing of time, and take time to reflect on our own mortality.
Muslims measure the passage of time using the Islamic (Hijrah) calendar. This calendar has twelve lunar months, the beginnings and endings of which are determined by the sighting of the crescent moon. Years are counted since the Hijrah, which is when the Prophet Muhammad migrated from Mecca to Madinah (approximately July 622 A.D.).
The Islamic calendar was first introduced by the close companion of the Prophet, 'Umar ibn Al-Khattab. During his leadership of the Muslim community, in approximately 638 A.D., he consulted with his advisors in order to come to a decision regarding the various dating systems used at that time. It was agreed that the most appropriate reference point for the Islamic calendar was the Hijrah, since it was an important turning point for the Muslim community. After the emigration to Madinah (formerly known as Yathrib), the Muslims were able to organize and establish the first real Muslim "community," with social, political, and economic independence. Life in Madinah allowed the Muslim community to mature and strengthen, and the people developed an entire society based on Islamic principles.

Monday, November 14, 2011

Hijrah satu Pengajaran kepada Ummah MuslimahU

Oleh Ustaz Ali Sarbini (JAKIM)
Faktor Berlakunya Hijrah

Bai'at Aqabah
Termeterainya Bai'at Aqabah mempercepatkan lagi proses Hijrah. Melalui Bai'at ini, Nabi telah dapat menjangka sambutan penduduk Madinah adalah lebih baik. Dalam Bai'at Aqabah pertama, hanya 12 orang yang terlibat manakala dalam Bai'at Aqabah kedua, bilangannya telah meningkat kepada 73 orang. Orang Madinah bukan sahaja mahu menerima Islam tetapi sanggup memberi perlindungan kepada Nabi dan orang Islam.

Tekanan Musyirikin Mekah
Tekanan / Ancaman dari musyirikin Mekah telah mendorong Nabi dan orang Islam berhijrah ke Mekah. Nabi dan orang-orang Islam telah dihina, diseksa dan dipulau. Malah, Nabi sendiri telah diancam untuk dibunuh. Orang-orang musyirikin mula menunjukkan penentangan mereka apabila Nabi menyebarkan Islam secara terbuka. Mereka bimbang kedudukan mereka dari segi politik, ekonomi dan sosial akan terjejas.

DOSA YANG LEBIH BESAR DARI BERZINA

Dosa yang lebih besar dari berzina
Pada suatu senja yang lengang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-hayung. Pakaianya yang serba hitam menandakan bahwa ia berada dalam dukacita yang mencekam.

Kerudungnya menutup hampir seluruh wajahnya tanpa hias muka atau perhiasan menempel di tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping dan roman mukanya yang ayu, tidak dapat menghapus kesan kepedihan yang telah meroyak hidupnya.

Wednesday, November 9, 2011

Berkhatan atau bersunat bagi kanak-kanak lelaki.


Dalam agama Islam, khatan merupakan salah satu media pensucian diri dan bukti ketundukan kita kepada ajaran agama dan bagi wanita ianya mampu meningkatkan kemulian dan mertabat wanita itu sendiri. Dalam hadist Rasulullah s.a.w. bersabda:"Kesucian (fitrah) itu ada lima: khatan, mencukur bulu kemaluan, mencabut bulu ketiak, memendekkan misai dan memotong kuku" (H.R. Bukhari Muslim).

Saturday, November 5, 2011

Puasa Arafah

Puasa Arafah adalah puasa yang  jatuh pada tanggal 9 Dzulhijjah. Puasa Arafah dinamakan demikian karena saat itu jamaah haji sedang wukuf di terik matahari di padang Arafah. Puasa Arafah ini dianjurkan bagi mereka yang tidak berhaji. Sedangkan yang berhaji tidak disyariatkan puasa ini.

Mengenai hari Arofah, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,
مَا مِنْ يَوْمٍ أَكْثَرَ مِنْ أَنْ يُعْتِقَ اللَّهُ فِيهِ عَبْدًا مِنَ النَّارِ مِنْ يَوْمِ عَرَفَةَ وَإِنَّهُ لَيَدْنُو ثُمَّ يُبَاهِى بِهِمُ الْمَلاَئِكَةَ فَيَقُولُ مَا أَرَادَ هَؤُلاَءِ
Di antara hari yang Allah banyak membebaskan seseorang dari neraka adalah hari Arofah. Dia akan mendekati mereka lalu akan menampakkan keutamaan mereka pada para malaikat. Kemudian Allah berfirman: Apa yang diinginkan oleh mereka?” (HR. Muslim)

Thursday, November 3, 2011

Solat Hari Raya Aidil Adha 1432 Hijrah

Makluman kepada penduduk Qariah Masjid Sirajuddin Al Anuar. Solat Sunat Aidil Adha Akan didirikan pada hari Ahad jam 8:30 pagi.Selesai daripada solat aktiviti sembelihan qurban akan dilakukan diperkarangan belakang Masjid Sirajuddin Al-Anuar.