Saturday, April 30, 2011

Aqidqh asas setiap amalan

"AQIDAH MERUPAKAN ASAS SETIAP AMALAN. AMALAN HATI LEBIH PENTING DARI AMALAN ANGGOTA BADAN. MENCARI  KESEMPURNAAN PADA KEDUA-DUANYA ADALAH DITUNTUT OLEH SYARAK WALAUPUN DARJAT TUNTUTAN  PADA KEDUA-DUA BERBEZA".

CERAMAH PERDANA SURAU AR RAUDAH

Salam, dijemput hadir & sebar-sebarkan
 
Majlis Ilmu di Surau Ar-Raudhah, Jalan Gamelan

Sunday, April 24, 2011

Kembalilah Ke Pangkuan Al-Quran

Khutbah Jumaat 22 April 2011: “Kembalilah Ke Pangkuan Al-Quran”
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian,
Saya berpesan kepada diri saya dan tuan-tuan sekalian, marilah kita sama-sama
mempertingkatkan ketaqwaan kita kepada Allah SWT dengan mentaati segala
perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Sesungguhnya kebahagiaan di
dunia dan kesejahteraan di akhirat hanyalah ditentukan oleh iman dan taqwa
yang dimiliki oleh setiap individu muslim itu sendiri.
Marilah kita jejaki hari-hari kehidupan kita dengan aktiviti-aktiviti yang
menggarap taqwa kita kepada Allah SWT dan menjadikan Al-Quran sebagai
petunjuk dan panduan kita untuk mendapatkan keredhaan Allah di dunia dan
akhirat.

Sunday, April 17, 2011

Kalimat tawakal di dalam al-Qur'an

Kalimat tawakal di dalam al-Qur'an

3:122. Apabila dua golongan daripada kamu bermaksud untuk berkecut hati walaupun Allah Wali mereka - dan kepada Allah hendaklah orang-orang mukmin mempercayakan (tawakal).

3:159. Adalah dengan pengasihan Allah kamu berlaku lemah lembut kepada mereka, dan sekiranya kamu berkasar dan berkeras hati, tentu mereka menyuraikan diri dari sekeliling kamu. Maka maafkanlah mereka, dan mintalah ampun untuk mereka, dan berundinglah dengan mereka dalam urusan. Apabila kamu telah memutuskan, percayakanlah (tawakal) kepada Allah; sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang mempercayakan.

Thursday, April 7, 2011

KELUARGA YANG BAIK MELAHIRKAN GENERASI YANG BAIK”

Khutbah Jumaat 8 April 2011:

“KELUARGA YANG BAIK
MELAHIRKAN GENERASI YANG BAIK”

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian,
Saya menyeru kepada diri saya dan sidang Jumaat sekalian, marilah
buktikan ketaqwaan kita kepada Allah SWT dengan taat dan patuh
melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya
dengan kepatuhan yang tiada tolok bandingnya. Mudah-mudahan kita beroleh
rahmat dan diletakkan sebagai golongan yang diredhai Allah SWT.
Sidang Jumaat sekalian,
Hari ini umat Islam disibukkan dengan isu keruntuhan akhlak muda-mudi.
Adakah ia benar-benar berlaku dalam masyarakat kita?. Ya, memang berlaku,
bahkan sampai ke peringkat boleh menggugat keutuhan peribadi umat Islam
keseluruhannya.
Kita sering mendengar berita tentang anak-anak yang tidak menghormati
ibu bapa, bahkan sampai ke peringkat sanggup mencederakan dan membunuh.
Berlakunya gejala pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan sehingga
berleluasanya gejala zina dan kelahiran anak luar nikah. Remaja dirosakkan oleh
bahan-bahan yang membahayakan tubuh badan seperti dadah, ganja, gam, ubat
batuk dan sebagainya. Bahkan kita sudah mendengar ada murid sekolah yang
mencederakan rakan sekolah dan kejadian melawan guru sehingga mahu
membakar rumah guru dan sekolah.

Membazir : Sifat Keji Yang Wajib Dihindari

Khutbah Jumaat 1 April 2011: Membazir : Sifat Keji Yang Wajib Dihindari


Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,
Marilah kita sama-sama berusaha untuk meningkatkan keimanan kita
kepada Allah S.W.T dalam setiap waktu dan keadaan, dengan sentiasa
melakukan segala suruhan-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya, mudahmudahan
dengan melakukan demikian kita akan beroleh kejayaan di dunia dan
mendapat keredhaan Allah S.W.T di akhirat.
Pada hari Jumaat yang penuh berkat ini, marilah kita merenung sejenak ke
dalam diri kita serta bermuhasabah mengenai apa yang telah kita lakukan dan
patut laksanakan dalam setiap aktiviti seharian, agar ia selari dengan tuntutan
syariat Islam. Satu tajuk yang kita akan bincangkan pada hari ini ialah mengenai
satu sifat tercela yang sering dilakukan oleh segelintir masyarakat kita iaitu
amalan suka membazir. Minbar Jumaat pada hari ini juga ingin mengajak semua
umat Islam khususnya jemaah yang ada di sini agar sama-sama menghindari
sifat suka membazir.