Sunday, August 12, 2012

ليلة القدر


Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan pergantian malam dan siang terdapat tanda-tanda (Kebesaran Allah) bagi orang yang berakal (ulu'I-albab) (iaitu) Orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri, duduk atau dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata) "Ya Tuhan Kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini sia-sia; Maha Suci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka. (Ali 'Imran:190-191)

Allah SWT telah menciptakan alam ini dengan sebaik-baik penciptaan, dan setiap satunya dicipta bukanlah suatu yang sia-sia malah ianya mempunyai 1001 hikmah kejadian yang harus direnungi bersama dalam menghayati akan kebesaran dan kehebatan si Khaliq yang telah mencipta alam ini.

Ulu’l-albab seperti yang dinyatakan di dalam ayat diatas adalah manusia God Conscious iaitu sentiasa mengingati Allah dan merasakan kehadiran-Nya. Demikianlah keadaannya sepanjang masa sebagaimana yang diisyaratkan Dengan kata-kata "...qiyaman wa qu'udan wa 'ala junubihim".  Bukankah manusia melalui sebahagian besar masa hidupnya dalam tiga keadaan tersebut (berdiri, duduk dan berbaring)? Dhikru'Llah dengan pengertian dan keadaan tersebut tentunya akan membawa kesan terbentuknya disiplin jiwa dan seterusnya dapat merasai keagunganNya serta dapat mengawal perilaku untuk dapat taat  syari’at Allah.
Inilah yang dinamakan pandangan mata hati yang dapat menghayati keagungan ciptaanNya yang Maha Sempurna. Hasil penelekan yang begitu teliti dan renungan yang mendalam inilah yang akan melahirkan rasa ketawhiddan terhadapNya. Ya, kehebatan Allah SWT hanya mampu dilihat dengan mata hati melalui alam ciptaanNya yang mana dengan penelekan itu dapat menembusi lapisan demi lapisan sehingga ke inti yang paling dalam. Kesedaran yang sedemikian itulah pula yang akan menimbulkan rasa takut seandainya gagal mensyukuri kurnia dan gagal tunduk kepada aturan Tuhan sebagaimana ungkapanfaqina a’adhabal-nar (lindungilah kami dari azab neraka) iaitu lahir dari penyuaran rasa takut hasil dari penglihatan mata hati itu.

Lailatul Qadr
Malam Lailatul-Qadar sunat dicari, kerana malam ini merupakan suatu malam yang diberkati serta mempunyai kelebihan dan diperkenankan doa oleh Allah S.W.T. Malam Lailatul-Qadar adalah sebaik-baik malam mengatasi semua malam termasuk malam Jumaat. Allah S.W.T. berfirman dalam Surah Al-Qadr 97: Ayat 3.

Maksudnya:

"Malam Lailatul - Qadar lebih baik daripada seribu malam."

Ertinya menghidupkan malam Lailatul-Qadardengan mengerjakan ibadah adalah lebih baik daripada beribadah pada seribu bulan yang tidak ada Lailatul-Qadar seperti sabda Nabi S.A.W.:

Maksudnya:

"Sesiapa menghidupkan malam Lailatul-Qadar kerana beriman serta mencari pahala yang dijanjikan akan mendapat pengampunan daripada dosa-dosa yang telah lalu."

Diriwayatkan daripada Saiyidatina Aisyah R.A bahawa Rasulullah S.A.W apabila tiba 10 hari terakhir bulan ramadhan, Baginda menghidupkan malam-malamnya dengan membangunkan isi rumah dan menjauhi daripada isteri-isterinya. Imam Ahmad dan Muslim meriwayatkan:

Maksudnya:

"Rasulullah S.A.W berusaha sedaya upaya dalam malam-malam sepuluh akhir Ramadhan melebihi usahanya daripada malam-malam lain."

Malam Lailatul-Qadar berlaku pada 10 akhir daripada malam ganjil bulan Ramadhan. Rasulullah S.A.W bersabda:

Maksudnya:

"Carilah malam Lailatul-Qadar pada sepuluh akhir bulan Ramadhan dalam malam ganjil."

Pendapat yang terkuat mengikut para ulama' bahawa malam Lailatul Qadar terkena pada malam 27 Ramadhan. Menurut Abu Ka'ab katanya,

"Demi Allah sesungguhnya ibn Mas'ud telah meyakinkan bahawa malam Lailatul-Qadar jatuh dalam bulan Ramadhan manakala Lailatul-Qadar pula terjatuh pada malam 27, akan tetapi dia enggan memberitahu kepada kami (malam yang tepat) kerana bimbangkan kamu tidak lagi berusaha mencarinya."

Daripada Riwayat Mu'awiyah:

Maksudnya:

"Bahawa Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda dalam malam lailatul-qadar iaitu malam ke 27."

Riwayat ini disokong oleh pendapat Ibn Abbas yang mengatakan bahawa surah Al-Qadr mempunyai 30 perkataan. Perkataan yang ke-27 bagi surah itu terjatuh kepada dhamir(hia) yang kembalinya kepada Lailatul-Qadar.

Imam Ahmad telah meriwayatkan sebuah Hadith daripada Ibn Umar R.A yang berbunyi:

Maksudnya:

"Sesiapa yang mencari Lailatul-Qadar, dia hendaklah mencarinya pada malam yang ke-27, carilah kamu malam Lailatul-Qadar pada malam yang ke-27. "

Aisyah R.A bertanya kepada Rasulullah, katanya:

"Ya Rasulullah S.A.W andainya aku mendapati malam Lailatul-Qadar, apakah doa yang patut aku bacakan? Rasulullah S.A.W berdoa dengan doa:

اللهم انك عفو كريم تحب العفو فاعف عنا 
Maksudnya:

"Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, oleh itu berilah keampunan-Mu untukku."

Nukilan :Abu Ridhwan An Nadwi

No comments: