Saturday, January 31, 2015

Majlis Kesyukuran dan Perkongsian Misi Bantuan Batu Belah PRIHATIN


Perkongsian Nazir dan Sukarelawan Misi Bantuan Kemanusiaan 1( 9-11 Januari 2015) & 2 (22-25 Jan 2015) dari Masjid Batu Belah Prihatin berkongsi pengelaman bersama Penduduk Kariah Masjid Batu Belah di dalam misi Bantuan 1 seramai 32 orang sukarelawan dan 2 seramai 45 orang sukarelawan ( bersih dan mengecat masjid Sokor Tanah Merah) dan mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dengan bantuan kemanusiaan, bantuan kewangan dan material berupa tenaga, kewangan dan doa bagi menjayakan misi tersebut .Dengan itu satu majlis kesyukuran bersama penduduk telah dilakukan pada malam jumaat  Semoga Allah memberkati usaha tersebut sebagai amal soleh .Penyampaian sijil telah disampaikan oleh Yang Berusaha Ketua Kampung Batu Belah yang baharu Muhammad Saifuddin bin Haji Syahid .

Sunday, January 18, 2015

Rasulullah SAW Ikutan terbaik manusia.

Menghayati Perjuangan Nabi
Bersempena sambutan Maulidur Rasul yang diadakan saban tahun  menuntut kita sama-sama menghayati dan mencontohi ketabahan serta kesungguhan baginda dan para sahabat dalam menegakkan syiar Islam sehingga terpancar kecemerlangan dan kegemilangan Islam merentasi dunia timur dan barat. Selain itu, nabi Muhammad juga amat dikenali sebagai seorang yang suka menghubungkan silaturrahim, menolong orang yang dalam kesusahan, membantu  anak yatim dan ibu tunggal, seorang yang pemurah dan sebagainya. 
Keperibadian Terpuji
Masyarakat Arab  Quraisy  amat senang dengan keperibadian yang dimiliki oleh nabi Muhammad, baginda pernah hidup bersama-sama masyarakat Quraisy, pernah bersama-sama membangunkan semula Kaabah yang runtuh akibat banjir. Baginda  dikenali di kalangan masyarakat Arab sebagai seorang yang baik  budi pekertinya, seorang yang amanah sehingga digelar al-amin. 
Tetapi mengapa tiba-tiba nabi Muhammad menjadi orang yang paling mereka benci? Apakah orang Quraisy tidak kenal siapa baginda sehingga mereka ingin membunuhnya?  Mereka benar-benar telah merancang untuk membunuh nabi Muhammad dengan berbagai-bagai perancangan jahat, namun baginda diselamatkan oleh Allah. Allah merakamkan perancangan jahat orang musyrikin untuk membunuh nabi Muhammad S.A.W akan tetapi Allah telah menggagalkan perancangan mereka. Firman Allah dalam surat al-Anfal ayat 30:

"Ingatlah (wahai Muhammad), ketika orang kafir musyrik ( Mekah )  menjalankan perancangan jahat terhadapmu untuk menjarakkanmu atau membunuhmu atau mengusirmu. Mereka menjalankan perancangan jahat dan Allah menggagalkan perancangan jahat (mereka). Allah sebaik-baik yang menggagalkan perancangan jahat".

Saturday, January 17, 2015

Pagi hari Islam..petangnya kafir.

".. Pagi hari Islam..petangnya kafir.."dan begitu sebaliknya."
Dalam satu hadis yang berbentuk futuristik (masa depan), Rasulullah SAW berpesan "Bersegeralah kamu melakukan amalan soleh kerana akan datang kepada umatku di suatu masa,satu fitnah yang begitu besar yang datangnya seperti satu kepingan hitam di malam gelap gelita tak nampak". Sahabat bertanya "Apakah fitnah besar itu ya Rasullullah?"
Kuliah Fardhu Ain, Aqidah Ahli Sunnah wal Jamaah (ASWJ), Fiqhul Islami, Akhlak, Serah Nabawiyyah, Tajweed dan Tahsinul Quran bagi Tahun 2015 telah pun bermula sejak 1 Januari 2015 . Sebarang maklumat sila rujuk Jadual di papan Info dan Jadual Bulan Januari 2015.
MISI MENCUCI SAMPAI BERSIH KE PANTAI TIMUR

AKAN DIADAKAN PADA 23-25 JANUARI 2015