SURAU AL HUDA

WAKAF PEMBANGUNAN
SURAU AL-HUDA KG BT. BELAH KLANG
PROJEK-PROJEK YANG DIRANCANG

Pihak pentadbiran Surau Al-Huda kampong Batu Belah, Klang akan menjalankan kerja-kerja menaiktaraf pembangunan surau Al-Huda seperti berikut :
Tandas Surau perlu diupgradekan
Tempat Wuduk Muslimin
Tempat Wuduk Muslimat
Dapur
Papan Kenyataan
Tandas Muslimat
  1. Menaiktaraf tandas-tandas
  2. Menaiktaraf tile di tempat wuduk jemaah lelaki.
  3. Mengecat bahagian luar dan dalam surau Al-Huda.
  4. Membaik pulih pagar Surau.
  5. Mengecat pagar.
  6. Memasang kabinet peralatan dapur dan pinggan mangkuk.
Bagi kerja-kerja di atas dianggarkan sebanyak RM25,000.00
(Dua Puluh Lima Ribu Sahaja ).

Pihak Surau mengalu-alukan sumbangan ikhlas dari semua ahli kariah, penduduk, ahli perniagaan dan juga ahli korporat untuk menyumbang demi kemakmuran hidup di dunia dan akhirat.
Sehubungan dengan itu, pihak surau telah mengambil iniasitif yang bersungguh-sungguh ini untuk memastikan keberjayaan projek ini.
Pihak surau amat berbesar hati dan amat berterima kasih atas segala sumbangan yang diberikan oleh Dato'/Datin/Tuan/Puan dalam membangunankan dan mengimarahkan surau kita.
Semoga Allah memberikan keberkatan bagi setiap ringgit yang disumbangkan dan kekal ianya sebagai amal jariah (wakaf).
  

PENGERTIAN WAKAF
WAKAF adalah satu menyerahkan harta yang kita milik untuk kegunaan umum dan khusus dengan niat sebagai ibadah mendekatkan diri kepada Allah.

DALIL- DALIL WAKAF
Dalil Al-Quran
"Bandingan pahala orang-orang yang membelanjakan harta mereka termasuk wakaf  pada jalan Allah seperti biji benih yang tumbuh menerbitkan 7 tangkai dan tiap-tiap tangkai itu pula terdapat seratus biji.Dan Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehedakiNya dan Allah Maha Luas kurniaaNya dan lagi Maha Mengetahui".Baqarah 216)

Dalil-dalil Hadith Nabi SAW

Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud:
"Apabila mati anak Adam, terputuslah amalannya kecuali 3 perkara, SEDEKAH JARIAH {wakaf}, ilmu yang memberi manfaat dan anak soleh yang mendoakan kepada ibubapanya.
Hadith riwayat Muslim.

KELEBIHAN WAKAF SEBAGAI SEDEKAH JARIAH
 
 Para ahli Fiqh dan ulama' berpendapat amalan wakaf adalah satu-satunya ibadah yang berbentuk SEDEKAH JARIAH dan ianya mempunyai beberapa kelebuhan diantaranya.
  • Menjanjikan ganjaran pahala yang berkekalan dan mengalir kepada pewakaf hingga ke hari akhirat selagi harta tersebut kekal dan dimanfaatkan.
  • Satu sistem yang berpotensi untuk menyumbang kepada kesejahteraan sosial masyarakat Islam  melalui konsep pengumpulan harta bersama.
AHLI JAWATANKUASA KUTIPAN WAKAF
PENGERUSI SURAU AL-HUDA
Tuan Haji Muhammad Yaakob b Hj. Idris  ( 0193056858 )
PENGERUSI BIRO PEMBANGUNAN DAN KECERIAAN SURAU
 Encik Hanizam b Ahnee  (016 9073655 )
SETIAUSAHA
Encik Azhar b Ahmad  (0173670295 )
BENDAHARI
Encik Shamsul b Hj Sunar
AJK BIRO PEMBANGUNAN DAN KECERIAAN
  1. Encik Jaafar b Shansuddin.
  2. Encik Adam b Hj Amin
  3. Encik Asraff b Hj Sanip
  4. Encik Mohd Sharil b Mohd Ali
Sebarang Pertanyaan sila Hubungi
Encik Hanizam b Ahnee @kojek- No Hp : 0169073655
Alamat : Surau Al-Huda, Kampong Batu Belah, 42100 Klang Selangor Darul Ehsan.