Tuesday, September 18, 2012

PROGRAM QURBAN MASJID SIRAJUDDIN AL-ANUAR 2012

Korban dari segi bahasa bermakna dekat dan dari segi istilah bermakna menjalankan sesuatu perintah agama atau taat kepada perintah Allah s.w.t. kerana ingin mendekati diri kepada Tuhan.

Ini bermakna setiap manusia Muslim dituntut supaya berkorban apa sahaja yang termampu untuk mendapat keredhaan Allah serta bagi menyatakan ketaatan kepada-Nya sama ada berbentuk fikiran, tenaga atau harta benda.

Sejarah pengorbanan manusia di atas muka bumi ini ialah kisah dua orang adik-beradik bernama Qabil dan Habil, anak kepada Nabi Adam a.s. yang mana mereka berdua pernah diuji, siapakah di antara kedua-duanya yang sudi mengorbankan hartanya bagi menyatakan ketaatan kepada Allah s.w.t. Borang penyertaan qurban tahun 2012 boleh dapat di sini

Friday, September 14, 2012

Allah itu Maha Adil


JAWAPAN ALLAH KEPADA YANG MENGELUH

ADAKAH AKU SUDAH DIKIRA BERIMAN?

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” (Surah Al-Ankabut:2-3)

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” (Surah Al-Baqarah:216)

KENAPA BERAT UJIAN INI?

“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” (Surah Al-Baqarah:286)

RASA FRUST? TENSION? LEMAH SEMANGAT?

Sunday, August 12, 2012

ليلة القدر


Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan pergantian malam dan siang terdapat tanda-tanda (Kebesaran Allah) bagi orang yang berakal (ulu'I-albab) (iaitu) Orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri, duduk atau dalam keadaan berbaring, dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata) "Ya Tuhan Kami, tidaklah Engkau menciptakan semua ini sia-sia; Maha Suci Engkau, lindungilah kami dari azab neraka. (Ali 'Imran:190-191)

Allah SWT telah menciptakan alam ini dengan sebaik-baik penciptaan, dan setiap satunya dicipta bukanlah suatu yang sia-sia malah ianya mempunyai 1001 hikmah kejadian yang harus direnungi bersama dalam menghayati akan kebesaran dan kehebatan si Khaliq yang telah mencipta alam ini.

Friday, August 3, 2012

LOGO MASJID

Logo ini akan digunakan di dalam semua urusan yang berkaitan surat rasmi Masjid Sirajudin Al-Anuar. Logo ini memberi makna kepada pembentukan Ahli jawatankuasa Masjid ini setalah diberi kepercayaan oleh penduduk kariah Batu Belah bagi penggal kedua dengan jayanya.
مسجد سراج الدين الانوار

Monday, July 30, 2012

Tazkirah Ramadan


Salam, semua dijemput hadir & harap dapat sebar-sebarkan.

Disertakan Jadual Tazkirah Ramadhan.

Jemput hadir juga sambutan Nuzul Al-Quran bersama Ust Borhanuddin Zakaria ‘Syria’,
Motivator Ust Wan Hamidi Wan Mat & Bual Bicara bersama Mel Wings -bekas vocalist kumpulan Wings.

Selamat Menyambut Ramadhan buat saudara semua.

Thursday, July 12, 2012

Ramadan Kareem

According to Sheikh al-Albani: 

The Prophet (sallallahu aleihi wa sallam) did not pray more than eleven rak'at for qiyam (thirteen if we count the two short introductory rak'at). 

'Umar (r.a.) commanded Ubayy Bin Ka'b (r.a.) and Tamim ad-Dari (r.a.) to lead the people in tarawih with eleven rak'at, in accordance with the authentic Sunnah. 

All reports that the people at the time of 'Umar (r.a.), or any of the noble sahabah, prayed twenty rak'at are unauthentic and contradict the truly established reports. Similarly, all claims that the sahabah (r.a.) have made an ijma' (consensus) to pray twenty rak'at are baseless

Monday, June 25, 2012

Israk dan Mikraj Menuju Allah

Al Fadhil Ustaz Mujahid Yusuf Ar Rawa
Peristiwa Isra’ dan Mikraj berlaku selepas nabi diuji dengan kematian dua orang yang paling rapat dan banyak membantu baginda dalam usaha menyebarkan dakwah Islam iaitu isteri tercinta Siti Khadijah dan bapa saudaranya Abu Tolib. Tekanan yang dihadapi selepas kematian kedua insan yang disayangi semakin bertambah di mana jika kita perkirakan dari segi logik akal maka Islam pasti akan terkubur tetapi kuasa Allah melebihi segala-galanya di mana selepas penolakan dakwah oleh penduduk Taif, nabi telah dihiburkan dengan Isra’ dan Mikraj dan seterusnya diizinkan untuk berhijrah ke Madinah sehingga membina Daulah Islamiah yang telah mengubah kedudukan Islam daripada dihina kepada dipandang mulia, daripada lemah kepada memerintah. Dalam peristiwa di Taif di mana penduduknya bukan sahaja menolak mentah-mentah dakwah Islam malah telah melontar batu ke arah nabi sehingga berlumuran darah.

Wednesday, June 20, 2012

JIN dan ISLAM


Oleh Ustaz Nazri bin Yunus

Alam Jin adalah bagian dari alam ghaib, Alam yang tak tersentuh oleh panca indera manusia, karenanya perlu ada penjelasan yang akurat dari sumber terpercaya, yang bisa dijadikan rujukan oleh setiap muslim. Hingga tidak ada keraguan dalam meyakini keberadaannya yang merupakan bagian dari keimanan kepada yang ghaib (lihat QS. Al-Baqarah: 1-3).
Apalagi bila mencermati media massa - cetak atau elektronik - yang sangat gencar menyajikan informasi keghaiban tapi tidak disikapi secara Syari`at, dan kalaupuan ada, terkadang tidak akurat bahkan melenceng dari aturan syari’at. Karena itu sudah seharusnya kita menjauhi media massa yang berbau mistik dan klenik yang tidak sesuai syari`at. Sebab tayangan seperti itu bisa mejadikan pemirsanya penakut dan paranoid, atau percaya pada mitos dan takhayyul, yang belum tentu benar.
Berikut ini beberapa prinsip Islam yang harus di ketahui agar saat kita menerima informasi tentang dunia Jin, tidak melahirkan keyakinan yang salah dan menyimpang.
Prinsip Islam dalam Menjelajah Alam Jin:

Pengabdian hanyalah kepada Allah


Menjadi satu rutin atau kebiasaan bagi kebanyakan dari kita di sini, untuk keluar pada setiap pagi dan hanya pulang pada lewat petang bagi mencari sesuap rezeki. Malah, adakalanya sehingga berlanjutan sehingga lewat malam. Begitu juga halnya bagi para pelajar, yang juga tidak kurang sibuknya dalam menuntut ilmu serta menyelesaikan tugasan-tugasan pelajaran mereka.
Namun sebagai seorang manusia biasa, dalam kita menjalankan aktiviti-aktiviti rutin kita ini, ada kalanya kita akan berdepan dengan tekanan dalam kehidupan sama ada di tempat kerja, sekolah atau juga di rumah. Lantas timbul kerunsingan, kecelaruan minda serta hati yang tidak tenang.
Lebih-lebih lagi jika hati kita ini, sudah lama tidak diisi dengan kalimah suci serta puji-pujian kepada Allah, atau lebih menyedihkan lagi, segala kewajipan dan perintah Allah sudah sekian lama tidak ditunaikan, atau ia hanya dilakukan sekali-sekala.
Ketahuilah saudaraku, keimanan kita terhadap Allah s.w.t. sebenarnya amat penting dalam hidup kita, bahkan keimanan terhadap-Nya lah yang membezakan antara kita dengan hamba-hamba-Nya yang lain. Ia bagaikan satu sumber motivasi untuk kita, dengannya kita menjadi lebih optimis dalam mengharungi hari-hari kehidupan kita di dunia.

Tuesday, June 12, 2012

ISRA' MIKRAJ

Jom kita perbarui Iman dan amal kita dengan mendengar peristiwa-peristiwa yang telah berlaku terhadap rasulullah SAW untuk kita adaptasikan di dalam kehidupan kita di masa akan datang.

Friday, May 25, 2012

لو كان رسول الله بيننا

قُلۡ إِن كُنتُمۡ تُحِبُّونَ ٱللَّهَ فَٱتَّبِعُونِى يُحۡبِبۡكُمُ ٱللَّهُ وَيَغۡفِرۡ لَكُمۡ ذُنُوبَكُمۡ‌ۗ وَٱللَّهُ غَفُورٌ۬ رَّحِيمٌ۬ (٣١)
Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (31)

Wednesday, May 9, 2012

BAHAYA HASAD DENGKI


Ketahuilah bahawa sifat-sifat seperti hasad dengki, sombong, takbur, mengumpat, riak dan membuat fitnah adalah seburuk-buruk dan sehina-hina sifat.  Sifat ini sangat-sangat dibenci oleh Allah SWT.  Jika kita mengumpat, membuat fitnah, mengadu domba diantara kawan, keluarga, sudah pasti akan menjadi kucar kacil dan huru hara hubungan diantara manusia.  Sifat-sifat ini tidak dipandang ringan oleh agama kita ia itu Islam.  Ianya dikategorikan sebagai dosa-dosa besar kerana perlakuan sedemian umpama membunuh rakan atau saudara sendiri.
Firman Allah SWT dalam surah “al-Baqarah” – ayat 191 yang bermaksud:

Pengurusan Jenazah

Ustaz Azhari bin Roslan
Kematian adalah sesuatu yang pasti dan kita harus bersedia menghadapinya kerana ia merupakan titik permulaan kepada penghidupan yang kekal abadi. Hanya mukmin yang dipanggil menghadap Tuhannya dengan hati bersih memperolehi kejayaan.

Menguruskan jenazah adalah merupakan perkara yang tidak boleh kita elakkan begitu sahaja. Ianya merupakan fardhu kifayah ke atas umat Islam. Dengan adanya sebahagian umat Islam yang mengetahuinya akan selesailah tanggungjawab itu.

Namun dalam keadaan sekarang ini, kesedaran di kalangan generasi muda untuk melaksanakan tanggungjawab ini amat tipis sekali. Ramai dari generasi muda yang tidak tahu cara-cara menguruskan jenazah dan hanya menyerahkan sepenuhnya kepada jenerasi yang lebih tua dari mereka untuk melaksanakannya. Bayangkanlah suatu hari nanti ayah atau ibu kita meninggal dunia. Tergamakkah kita membiarkan orang lain menguruskannya sedangkan diri kita hanya melihat tanpa sebarang ilmu. 

ILMU dan ZIKIR

 Ilmu dan Zikir.
Asas ilmu yang hakiki adalah untuk menjawab soalan di dalam kubur nanti. Oleh itu kita perlu usahakan diri untuk mencari ilmu yang dapat membantu kita untuk mamperoleh kebahagiaan di dunia mahupun di akhirat.
Ilmu terbahagi kepada 2bahagian:
1. Ilmu Fadail= ilmu yang berkaitan dengan kelebihan melakukan sesuatu amalan. Boleh dipelajari daripadd kitab-kitab hadith dan al-Quran.
2. Ilmu Masail = ilmu hukum – hakam. Kita hendaklah mempelajarinya daripada orang-orang yang lebih arif.

Ilmu sangat berkait rapat dengan iman. Jadi, untuk menjaga dan memelihara penerapan ilmu dalam sanubari kita, amatlah penting untuk membentengi iman kita dengan kekuatan yang sebenar-benarnya.

Tuesday, April 17, 2012

VAN JENAZAH

Van Jenazah
Van Jenazah Masjid Sirajuddin Al-Anuar
Telah sampai di perkarangan masjid sejak sebulan yang lalu dan no plat pun belum dapat dari Jabatan Pengangkutan Jalan, Pihak Masjid mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penyumbang dan dermawan yang membantu bagi melancarkan lagi aktiviti Masjid termasuk pengurusan Jenazah hingga ke kubur.
Untuk pengetahuan tuan puan pihak masjid memerlukan lagi dana untuk kegunaan membeli tempat memandikan jenazah.
Tempat letak van juga dalam pembinaan dan akan siap dalam masa terdekat.
Tapak Parkir Van

Jalan masuk Van Jenazah

Bilik kurungan Van Jenazah

Laman Corner Van

Pintu pagar Van Jenazah






Harga van ini berjumlah RM60,000.00
Tahniah dan Syabas kepada semua Ahli Jawatan Kuasa Masjid 2010 - 2012 telah dilantik semula di dalam mesyuarat Agung pada 7 April 2012 bagi sesi 2012-2015 akan datang.
Hanya Ustaz Muhammad Yazid bin Hj Hashim sahaja yang tidak di calonkan kerana beliau telah melepasi umur 65 tahun (pencen) sebagai imam lantikan JAIS.
Senarai nama akan dimaklumkan selepas JAIS membuat perlantikan secara rasmi.Tahniah semua yang dicalonkan.

Saturday, April 14, 2012

MENCEGAH KEMUNGKARAN ADALAH TANGGUNJAWAB KITA SEMUA


USTAZ ALI B TUAH UIAM

Islam gariskan kaedah terbaik bagi ummah tangani masalah sosial dalam masyarakat
MARILAH bersama mempertingkatkan ketakwaan ke hadrat Allah dengan menunaikan segala perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya, mudah-mudahan kita tergolong dalam golongan yang mendapat keredaan Allah di dunia mahupun akhirat yang kekal abadi.
Renungkanlah, pelbagai kemungkaran berlaku dalam masyarakat seperti perbuatan zina, berkhalwat, sumbang mahram, jenayah rogol dan sebagainya, membabitkan orang Islam, seolah-olah mereka tidak mengenal batas pahala dan dosa, halal atau haram.
Kemungkaran ini akan terus menular selagi ia tidak dicegah dan dirawat. Persoalannya, siapakah yang patut mencegah kemungkaran dan bagaimana pula cara untuk mencegahnya?
Untuk mencubanya, marilah kita fahami dan hayati firman Allah yang bermaksud: "Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara baik dan melarang daripada segala perkara salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar beriman)." (Surah Al-Imran, ayat 110)

Friday, April 13, 2012

Mencegah kemunkaran tugas bersama


OLEH USTAZ FARID BIN ZAINAL (JAIS)
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian,
Marilah kita bertaqwa kepada Allah SWT dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan hidup kita sentiasa berbahagia di dunia dan di akhirat.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah SWT
Tanggungjawab mencegah kemungkaran dan maksiat merupakan satu kewajipan yang telah ditentukan oleh Islam. Kewajipan ini sebenarnya adalah suatu tugas yang berat dan tidak mungkin dapat dilaksanakan oleh sembarangan orang melainkan hanya orang-orang yang mempunyai kekuatan iman dan keberanian sahaja. Berani berkata benar dan berani menunjukkan yang salah walau kepada sesiapa pun. Mereka tidak takut dicela atau ditempelak oleh manusia dalam usaha menegakkan perkara yang benar dan melenyapkan perkara yang salah.  Bagi mereka itulah kebaikan yang hakiki di dalam hidup ini. Firman Allah SWT. di dalam surah Al-Isra’ ayat 81 ;
“Dan katakanlah: Yang benar telah datang dan yang batil telah terhapus”. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti akan terhapus”.

Tuesday, April 10, 2012

MENGIMARAHKAN MASJID ADALAH TUGAS HAMBANYA YANG BERIMAN KEPADA ALLAH DAN HARI AKHIRAT

OLEH ABU RIDHWAN AN NADWI

Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk. (18)

Pemakmur masjid itu hanya boleh memakmurkan masjid apabila pandangan hidupnya terbentuk daripada keyakinannya terhadap iman kepada Allah dan Hari Akhirat.
Manusianya juga mementingkan hablun minaLlah melalui solat.
Manusianya juga mengutamakan hablun minannaas melalui zakat.
Segala cabaran yang mendatang pada menghalang proses merealisasikan sebuah masjid yang makmur, dibentengi oleh keberaniannya yang tidak takut melainkan kepada Allah.
Mudah-mudahan dengan acuan yang demikian, berolehlah mereka petunjuk dari Allah untuk diagih-agihkan kepada sekalian yang berkunjung ke rumah Allah.

Monday, April 2, 2012

Tuesday, March 27, 2012

Penyudahan yang Baik


Tazkirah pagi ini mengajak tuan-tuan semua agar mengingati mati. Pelbagai persediaan harus kita lakukan setiap masa dan ketika untuk menghadapi kematian – Agar kematian yang kita ingini insya-Allah tercapai – iaitu Husnul Khatimah (Penyudahan Yang Baik)
Antara petanda seseorang itu mencapai Husnul Khatimah adalah seperti berikut:
  1. Sempat mengucap dua kalimah syahadah.
  2. Berpeluh didahi. Sabda Rasulullah:
    Bahawa matinya seseorang mukmin itu dengan keluarnya peluh di dahi.

Saturday, March 24, 2012

MESYUARAT AGUNG SESI 2012-2015

MESYUARAT AGUNG KHAS PENCALONAN PEGAWAI DAN JAWATANKUASA MASJID SESI 2012-2015

Mesyuarat tersebut akan diadakan seperti maklumat berikut :

Hari : SABTU
Tarikh : 7 April 2012
Tempat : Dewan Solat Utama Masjid Sirajuddin Al- Anuar
Masa : 9:30 malam selepas solat Isyak.


Agenda


1. Bacaan Al-Quran
2.Ucapan Pengerusi
3.Sesi Pencalonan Pegawai dan Jawatankuasa
4.Jamuan dan penutup

SEMUA ANAK KARIAH MASJID SIRAJUDDIN DIJEMPUT HADIR


Saturday, March 17, 2012

surau ar Raudhah


Salam. Jemput hadir & harap sebarkan.
SURAU AR-RAUDHAH, JALAN GAMELAN,BANDAR BUKIT RAJA, KLANG
Program Bulan Mac 2012
Tarikh
HARI
PENGAJIAN
PENCERAMAH
23/03/12
Jumaat
Kuliah Maghrib – Riyadhus Salihin
Ustaz Hadromi
24/03/12
Sabtu
Kuliah Maghrib - Tauhid
Bersama penceramah hebat
UST FAIRUZ SHAH
25/03/12
Ahad (9.30pagi)
Kuliah Fardhu Ain Muslimat
Ustaz Rahmatullah
25/03/12
Ahad (Maghrib)
Kuliah Maghrib – Fiqh Muamalat
USTAZ AMRAN YUSUF (popular di U-Tube)

Catatan: Barang siapa yang meminati Ustaz Haslin “Bollywood” pasti akan meminati Ustaz Amran Yusuf. Jom Surau.

Wednesday, February 22, 2012

Sifat Takabbur

Oleh : PROF Dr.Habib Maksom (UPSI)
Menurut Imam al-Ghazali lagi, takabbur ialah sebuah sifat dalam jiwa yang timbul daripada memandang diri sendiri. Sifat itu pada kenyataannya menimbulkan sesuatu pengaruh. Imam al-Ghazali di dalam kitab Ihya’nya telah membahagikan takabburkepada tiga bahagian:
1)Jika kesombongan itu terhadap Allah, iaitu tidak tunduk kepada perintah-Nya, maka itulah kemusyrikan yang sempurna.
2)Jika kesombongan itu kepada para utusan, iaitu tidak tunduk kepada orang seperti mereka, maka itu juga kemusyrikan yang sempurna.
3)Kesombongan kepada orang lain agar mereka tunduk dan menghormati. Ini juga menentang kebesaran Allah, sebab tidak seorang pun selain Allah yang layak ditaati.

Tuesday, February 14, 2012

Kelebihan surah Al-Ikhlas

Surah Al-Ikhlas disebut surah keselamatan kerana surah ini menyelamatkan orang yang membacanya dari kesulitan-kesulitan dunia juga sakratulmaut, menyelamatkannya dari gelap gelita kubur dan tragedi-tragedi hari kiamat.
Dari Abu Hurairah, Nabi SAW pernah bersabda "Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas, seolah-olah ia membaca sepertiga Al-Quran"
At-Tabrani dan an-Nu'aim mengikhraj dari Rasulullah SAW, baginda bersabda "Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas saat sakitnya yang menghantarnya pada kematian maka ia tidak berjamah fitnah di dalam kubur dan aman dari penyempitan kubur pula ia dibawa malaikat dengan tapak tangannya hingga melampaui sirat sampai syurga"

Monday, February 13, 2012

Bab Taubah Kaab bin Malik R.A yang tidak hadir Perang Tabuk.

Cerita ini panjang lebar diriwayatkan di dalam Hadis Riyadus Salihin Karangan Imam An-Nawawi Ra.
Kisah ini bukan kisah pertama yang di ceramahkan di Masjid ini, kerana ia adalah menjadi Teladan Tarbiyah yang dilakukan oleh Rasulullah saw demi melaksanakan hukum syariat dan hukum fiqhul awaliyyat. Dalam Hadith ini sangat panjang untuk dibicarakan dan kisah ini masuk dalam bahagian At-Tajarrud. Mungkin di antara kita sudah sering mendengar kisah tentangnya. Biasanya kisahnya dihubungkan dengan kefuturan (lemah iman) dan perjuangan bersama Rasulullah saw.
Pada perang Tabuk, ada beberapa sahabat yang tidak berangkat berperang. Salah satu di antara mereka. Salah satu di antara mereka adalah Ka’ab bin Malik. Marilah kita dengarkan cerita Ka’ab yang menunjukkan kejujuran imannya, usai turunnya pengampunan Allah atas dosanya.
“Aku sama sekali tidak pernah absent mengikuti semua peperangan bersama Rasululah saw, kecuali dalam perang Tabuk. Perihal ketidakikutsertaanku dalam perang Tabuk itu adalah karena kelalaian diriku terhadap perhiasan dunia, ketika itu keadaan ekonomiku jauh lebih baik daripada hari-hari sebelumnya. Demi Allah, aku tidak pernah memiliki barang dagangan lebih dari dua muatan unta, akan tetapi pada waktu peperangan itu aku memilikinya.
Sungguh, tidak pernah Rasullah saw. merencanakan suatu peperangan melainkan beliau merahsiakan hal itu, kecuali pada perang Tabuk ini. Peperangan ini, Rasulullah saw. lakukan dalam keadaan panas terik matahari gurun yang sangat menyengat, menempuh perjalanan nan teramat jauh, serta menghadapi lawan yang benar-benar besar dan tangguh. Jadi, rencananya jelas sekali bagi kaum muslimin untuk mempersiapkan diri masing-masing menuju suatu perjalanan dan peperangan yang jelas pula.
Rasulullah saw. mempersiapkan pasukan yang akan berangkat. Aku pun mempersiapkan diri untuk ikut serta, tiba-tiba timbul fikiran ingin membatalkannya, lalu aku berkata dalam hati, “Aku boleh melakukannya kalau aku mau!”
Akhirnya, aku terbawa oleh fikiranku yang ragu-ragu, hingga para pasukan kaum muslimin mulai meninggalkan Madinah. Aku lihat pasukan kaum muslimin mulai meninggalkan Madinah, maka timbul fikiranku untuk mengejar mereka, tetapi mereka belum jauh. Namun, aku tidak melakukannya, kemalasan menghampiri dan bahkan menguasai diriku.

Sunday, February 5, 2012

KARNIVAL MAHABBAH MAULIDUR RASUL 1433 HIJRAH

Karnival Mahabbah Maulidur Rasul 1433 Hijrah telah disempurnakan dengan rasminya oleh Dato' Setia Diraja, Dato' Abdul Ghani bin Pateh Akhir, Orang Besar Daerah Klang.

Friday, February 3, 2012

KARNIVAL MAHABBAH MAULIDUR RASUL 1433 HIJRAH

MAJLIS KHATAM MAULIDUR RASUL 1433

MAJLIS  KHATAM MAULIDUR RASUL 1433
Sabtu : 4 Feb 2012 MASA 7:30 PM - 12:00 PM
Atur Cara Majlis

7:30pm Solat Maghrib berjamaah
7:50pm Ucapan Aluan Pengerusi Maljis
Ust. Faisol Hj Mohd Yazid
7:55pm Ucapan Nazir
HJ Mohd Yusuf Ibrahim
8:00pm Bacaan Rawi & Marhaban
8:41pm Solat Isyak
9:00pm Forum Perdana
"Rasulullah kekasih Allah, memimpin 
Ummah ke jalan Taqwa"
Panel 1 :YB Dr. Hj Abd Rani Osman
Panel 2 : Ustaz Ridhwan Rahmat
Moderator : En Ayub Sedik
10:15pm  Tasbih Kaffarah
Edaran nasi bungkus
Bersurai