Thursday, November 19, 2015

BERSEDERHANA DALAM BERAMAL IBADAH

Mohd Sukri Shariff, [19.11.15 23:43]
[Kuliah Maghrib 08.11.2015 Masjid Sirajuddin Al Anuar Batu Belah Klang oleh Datuk Dr Nahrawi Hj Hashim]

Bersederhana Dlm Beramal Ibadah
=============================

--> Surah Tha Ha ayat 1&2 yg bermaksud, " Taa' Haa." 20:1

"Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan." 20;2

--> Surah Al Baqarah ayat 185 yg bermaksud, "Allah menghendaki kamu beroleh KEMUDAHAN dan IA tidak menghendaki kamu menanggung KESUKARAN".

Buatlah amalan
1. Jgn heboh2
2. Sedikit tapi kekal

KEUTAMAAN AKHLAK MULIA

[Kuliah Maghrib 17.11.2015 Masjid Sirajuddin Al Anuar Batu Belah oleh Prof Madya Dr Habib Mat Som]

Keutamaan Akhlak Mulia
====================

Tajuk inilah yg menjadikan kita di Malaysia hari ni jd haru biru, byknya lompong akhlak yg buruk berlaku di dlm masyarakat kita.

--> kita mmg perlukan akhlak yg baik, akhlak yg mulia di dlm kehidupan seharian.

--> Jadikanlah akhlak Nabi SAW sbg akhlak yg patut dicontohi, tp sekarang kita hanya mencontohi pemimpin akhlak negara, arits, ahli sukan, akhlak pak imam?

--> manusia sbg haiwan sosial, dia bercakap, dia bertembung, dia berbual, ketika itu mungkin ada kekhilafan di antara mereka, maka maafkanlah mereka. Begitu juga dlm keluarga, maka bersifatlah pemaaf jika ada kekhilafan berlaku.

KEHILANGAN ISLAM

Mohd Sukri Shariff, [19.11.15 23:31]
[Kuliah Maghrib 14.11.2015 Masjid Sirajuddin Al Anuar Batu Belah Klang oleh Hj Azmil Mustafa]

Kehilangan Islam
-----------------------
Katalah dlm sebuah masjid ada 300 makmum berjemaah, ramai lg di luar sana yg tak solat, yg tak mengaji Al Quran. Adakah Islam berkembang atau Islam semakin meruncing di Malaysia ini. Kita ni di dlm unsur2 kehilangan Islam

Kajian Hj Azmil Mustafa ada 2 perkara tentang Imam Bukhari yg berasal dr Bukhara (Uzbekizthan). Beliau menunjukkan minat tentang Ilmu Hadith. Di India  beliau bertemu Imam Tarmizi. Di Bukhara Ibmu Sina dilahirkan juga, selain itu ramai ulamak dilahirkan hingga menjadi tempat yg mahsyur (pudat Ulamak Islam).

Setelah dijajah oleh USSR selama 200 tahun, tempat itu bagaikan hilang segalanya tentang Islam, hinggakan nak sebut kalimah Syahadah pon tak ramai yg tahu, hinggakan juga kain sejadah juga mereka tidak tahu fungsinya. Nama2 mereka juga tidak dibenarkan berunsur Islam, hingga ditambah unsur2 Rusia, spt Ibrahimovic, Kasimmmof.

Saturday, September 19, 2015



[Kuliah Maghrib 15.09.2015 Masjid Sirajuddin Al Anuar 
Batu Belah Klang oleh Prof Dr Habib Mat Som]

Iman dan Munafik
--------------------------
Iman adalah mempercayai keESAan Allah dan kitab2 yg diturunkan melalui Rasul2 NYA.

Al Hujurat ayat 15 yg bermaksud, "Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya)."

Sifat2 orang yang beriman ;-
1. Percaya kpd Allah dan Rasulnya
2. Kita percaya dan tidak rasa ragu2
3. Berjuang dengan harta dan jiwanya. Menginfaqkan harta kita di jln Allah hingga tiada lagi hari jual beli dengan Allah SWT iaitu hari qiamat. Nanti Allah SWT akan bayar dgn makfirahnya dan dengan darjat2 nya di akhirat nanti.

Tuesday, August 11, 2015

Monday, August 10, 2015

TARBIAH RAMADAN DI TERUSKAN

[Kuliah Subuh 09.08.2015 / 24 Syawal 1436H Masjid Sirajuddin Al Anuar Batu Belah oleh Dato' Nahrawi Hj Hashim]

Semoga Tarbiah Ramadhan akan diteruskan selepas ini.
Orang yang serahkan dirinya secara total kepada Allah, maka digelar Muslim Hakiki.
Orang yang lakukan maksiat, walaupun turut lakukan ibadah, digelar Muslim Maksiat.
Orang yang tidak serahkan dirinya secara total kepada Allah walaupun turut sama beribadah digelar Muslim Syaitan

Motto Hidup
--------------------
 Rebut PAHALA ganjaran sebanyak mungkin, selagi masih sihat hayat dikandung badan
--> kerjakan kebajikan vs jauhkan kemungkaran
--> Buat sebanyak mungkin kebaikan vs jangan sekali buat kejahatan
Allah cipta manusia, fitrahnya suka kepada kebaikan/kebenaran. Amalan yang dilakukan ikut Al Quran dan sunnah barulah Allah akan balasnya dengan pahala
"Apa juga kebaikan yang kamu kerjakan nescaya diketahui oleh Allah" - Al Baqarah 197
"Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)" - Zalzalah 7