Rijal ad- Dakwah
‘Rijal’ dari segi bahasanya bererti para   lelaki, namun perkataan ‘Rijal’dalam bahasa Arab tidak bermakna fizikal   melainkan ia mengandungi makna :
a.    Keberanian.
b.    Ketulusan.
c.       Kepahlawanan.
d.    Konsistensi.
Makna itulah yang disinggung oleh Al Qur’an   dalam surah Nur ayat 37 iaitu menceritakan tentang ‘Rijal’yang tidak   dilupakan oleh perniagaan dan jual beli dari mengingati Allah swt, solat dan   membayar zakat.
Begitu juga perkataan ‘Rijal’disebut di   dalam surah Al Ahzab ayat 33 yang menceritakan bahwa ada ‘Rijal’ yang   menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah swt, ada yang gugur dan   ada yang masih menunggu gilirannya, tanpa merubah janjinya.
Lelaki secara fizikalnya tidak memberi   apa-apa erti tanpa nilai-nilai moralnya sebagai ‘Rijal’ kerana ada ramai   perempuan yang memiliki sifat ‘Rijal’ kerana ia telah memiliki sikap yang   jarang boleh dilakukan oleh orang selainnya.
Menjadi manusia itu adalah satu kurniaan   tetapi kualiti kemanusiaan kita itu ada pada sebatas dan sejauh mana usaha   kita menjalankan fungsi kurniaan itu.
Menjadi lelaki atau perempuan itu adalah   kehendak Allah swt yang datang tanpa kita minta tetapi nilai diri yang   sebenarnya adalah bagaimana kita melaksanakan peranan kita sebagai lelaki   atau perempuan.
‘Rijalud Dakwah’ atau   Lelaki Dakwah adalah orang-orang yang sentiasa siap sedia   untuk berjuang dan berkorban di jalan Allah dan menjadi anasir perubahan   dalam masyarakat.
Seorang Lelaki Dakwah mestilah   memiliki keistimewaan yang dapat ditonjolkan sehingga orang cenderung   menjadikan seorang Lelaki Dakwah sebagai contoh tauladan. 
KEISTIMEWAAN LELAKI DAKWAH
Di antara keistimewaan yang menonjol   meliputi :
1.    Semangat   yang tinggi untuk berbuat kebaikan.
2.    Mempunyai   hafalan Al Qur’an mahupun hadits yang banyak.
3.    Prestasi   akademik yang baik.
4.    Menjadi   aktivis dakwah.
Oleh kerana itu, seorang Lelaki Dakwah   mesti mampu mengetahui keistimewaannya sehingga dia mampu mengasah dan   mengembangkannya. 
“Sesungguhnya Allah membeli dari   orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga   untuk mereka. Mereka berperang di jalan Allah, sehingga mereka membunuh atau   terbunuh. (itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat,   Injil dan Al-Qur’an. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain)   daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan   itu, dan itulah kemenangan yang besar.” (QS At-Taubah : 111)
Ibarat perniagaan, maka Allah membeli   orang-orang mukmin dengan penuh keikhlasan kerana perniagaan tidak akan   bermakna bahkan akan menjadi rugi jika dalam keadaan yang terpaksa. 
Itu adalah keadaan yang menggambarkan   keikhlasan orang-orang beriman yang berjuang di jalan Allah.
Orang-orang yang berjiwa ‘Rijal’ tidak   mudah dikenali kecuali ketika :
1.    Melalui   keadaan dan suasana yang tertekan.
2.    Dihempas   fitnah.
3.    Timbul   berbagai krisis.
Pada ketika itulah jiwa ‘Rijal’ berupa   kepahlawanan dan semangat juang yang tinggi akan terserlah. 
Peribadi  Lelaki Dakwah tidak   dilihat dari nilaian luaran atau besarnya tubuh badan.
Ali bin Abu Talib ra pernah mengatakan :
“Nabi saw memerintahkan Ibnu Mas’ud untuk   memanjat pohon dan mengambil sesuatu dari pohon itu. Para sahabat melihat   betis Abdullah bin Mas’ud yang tersingkap ketika ia menaiki pohon tersebut.   Mereka tertawa kerana melihat kurusnya dua betis Ibnu Mas’ud ra. Rasulullah   saw lalu mengatakan, “Apa yang kamu tertawakan? Betis Abdullah bin Mas’ud itu   lebih berat timbangannya di hari kiamat daripada gunung Uhud.” (HR Ahmad)
CIRI-CIRI LELAKI DAKWAH
Adapun ciri-ciri para Lelaki Dakwah   adalah seperti berikut :
a.    Memiliki   kefahaman Islam yang benar dan lurus.
b.    Jiwa   dan fikirannya cerdas dan bersih serta dibentuk oleh perkara besar.
c.       Keikhlasan yang tinggi   untuk membela fikrah, bukan membela kepentingan peribadi.
d.    Terbina   dalam amal ibadah dan akhlak mulia.
e.       Lebih banyak bekerja   daripada berbicara.
f.        Memiliki sikap optimis.
g.    Sabar   menghadapi kesulitan.
h.    Menunjukkan   kesempurnaan dalam dakwah.
i.         Bergetar hatinya apabila   disebut nama Allah.
j.         Bertambah imannya apabila   dibacakan ayat-ayat Allah.
k.    Mudah   menangis mengingati akhirat.
l.         Tidak mudah bersedih   kerana urusan dunia.
Adapun marhalah dalam bentuknya yang   sempurna adalah :
3.      1. Di saat   mendengar perintah, ia taat walau dalam keadaan senang atau susah.
4.      2. Tidak   mementingkan hal peribadi dan keluarga, hidupnya adalah sepenuhnya untuk   dakwah.
5.      3.   Sentiasa siap sedia dalam jihad untuk menegakkan syariah.
6.      4. Siap   sedia untuk berkorban dengan segala potensi yang dimiliki.
7.      5.   Memiliki keteguhan untuk mencapai cita-cita dakwah, sekalipun mesti ditempuh   dengan   perjalanan yang sangat panjang.
8.      6. Taat   pada qiyadah dan jamaah.
9.      7. Tsiqah   pada qiyadah dan jamaah.
10.  8. Sentiasa memelihara rasa   ukhuwah yang berlandaskan kasih sayang dan saling mencintai.
BAGAIMANA MELAHIRKAN LELAKI DAKWAH
Salah satu cara untuk memiliki sikap-sikap Lelaki   Dakwah adalah dengan meniru Lelaki Dakwah.
Mencontohi orang-orang yang kita anggap   memiliki perilaku dan amal yang jauh lebih baik serta berusaha mengikuti   jejak orang-orang soleh :
a.    Dalam   beribadah.
b.    Dalam   berkorban.
c.       Dalam memberi.
d.    Dalam   kedisiplinan.
Jika dengan usaha meniru itupun kita masih   tidak dapat mencapai kualiti seperti mereka, namun setidak-tidaknya kita   sudah menjadi lebih baik kerana kita sudah mengikuti mereka.
HUBUNGAN LELAKI DAKWAH DENGAN TANDZIM 
Suatu perkara yang mesti difahami pula oleh   para Lelaki Dakwah adalah masalah ‘tandzim’. 
Islam sebagai manhaj adalah berdiri di atas   landasan ‘nizham’ dan ‘tandzim’ yang sempurna dan saling   melengkapi. 
Adakah masuk akal, dakwah yang :
a.    Menyeru   kepada Islam.
b.    Menyeru   untuk membangun kehidupan di atas landasan Islam.
c.       Membentuk masyarakat yang   beriman kepada Islam.
d.    Mendirikan   negara yang berhukum dengan syariat Islam.
 tidak menggunakan ‘tandzim’?
Sistem ibadah seperti solat, puasa, zakat dan   haji di setiap bahagian perinciannya tegak di atas sejumlah prinsip dan   dasar-dasar ‘tandzim’ yang kukuh. 
Begitu juga dengan sistem masyarakat, hukum   perkahwinan, undang-undang yang mengatur keluarga Islam dan hubungan sosial.   Semua itu, di setiap aspeknya tegak di atas dasar ‘tandzim’ yang kuat.   
Oleh yang demikian, seluruh sistem yang   digariskan di dalam manhaj Islam berdiri kuat di atas dasar ‘tandzim   yang rapi dan kukuh. 
‘TANDZIM’ ADALAH PETUNJUK AL QUR’AN
Al Qur’an menegaskan bahwa banyak ayatnya   secara jelas atau dengan isyarat agar memperhatikan ‘tandzim’ dan   tidak melupakannya sehingga dalam aspek dakwah, umat diisyaratkan agar   memiliki ‘qiyadah’ yang memutuskan hukum dan perkara di antara mereka.Apa   yang diputuskannya mesti diterima tanpa merasa berat sedikitpun.
“Wahai orang-orang yang beriman,   taatilah Allah dan taatilah RasulNya dan ulil amri di antara kamu.” (QS   An-Nisa’ : 59)
Ketika menjelaskan hubungan yang erat   sesama kaum muslimin dan rasa senasib sepenanggungan di antara mereka   terutama ketika mereka menghadapi musuh.
Allah swt berfirman :
“Sesungguhnya Allah swt mencintai   orang-orang yang berperang di jalan Allah dalam barisan yang teratur   seakan-akan mereka seperti suatu bangunan yang tersusun kukuh.” (QS   As-Shaff : 4)
‘TANDZIM’ ADALAH ASAS PETUNJUK KENABIAN
Rasulullah saw sebagai teladan dan pemimpin   umat Islam memberikan perhatian yang besar terhadap ‘tandzim’. 
Hal ini dapat dilihat dari seruannya yang   jelas dan terang agar kaum muslimin sentiasa menegakkan kepimpinan dan   memilih seorang pemimpin pada setiap kelompok.
“Jika kamu tiga orang hendaklah salah   seorang menjadi pemimpinnya.” (HR Ath-Thabrani dengan sanad Hasan)
Dari sinilah lalu ditentukan tugas-tugas   seseorang dan siapa yang mengawasinya dengan mengarahkan dan meluruskannya   apabila terdapat kelemahan. 
“Dengar dan taatlah walaupun yang   memerintahkan seorang hamba Habsyi yang kepalanya seperti buah kismis.”   (HR Bukhari)
Dalam rangka memperingatkan akan berlakunya   fitnah dan pecahnya barisan kaum muslimin yang akan membuatkan mereka lemah   dan membangkitkan keberanian musuh, Rasulullah saw bersabda :
“Barangsiapa menarik tangannya dari   ketaatan, maka dia akan menemui Allah pada hari kiamat tanpa mempunyai   alasan. Barangsiapa mati dan dilehernya tidak ada ikatan bai’ah, maka dia   mati sebagai kematian jahiliah” (HR Muslim)
‘TANDZIM’ ADALAH DASAR AMALAN RASULULLAH   SAW
Aktiviti dan amaliyah Rasulullah saw di   seluruh tahapan kenabiannya samada pada :
1.    Fasa   Makkah ataupun Madinah.
2.    Baik   dalam konteks tarbiyah.
3.    Fasa   penyebaran dakwah.
4.    Fasa   peperangan.
atau yang lainnya, semuanya dilakukan   berdasarkan prinsip-prinsip ‘tandzim’. 
Beliau menaruh perhatian yang sangat besar   terhadap masalah ini seperti yang ditunjukkan ketika Rasulullah melakukan   ba’iah Aqabah I dan II.
SASARAN-SASARAN ISLAM ANG BESAR MENUNTUT   ADANYA ‘TANDZIM’
Dakwah dan aktiviti Islam dalam keadaan   tidak adanya negara Islam yang berhukum dengan apa yang diturunkan Allah,   sasarannya mesti menghasilkan perubahan, yakni merubah realiti di mana   mengubah realiti bukan hanya sekadar nasihat yang larut dengan keadaan dan   suasana sehingga menjadi sebahagian darinya.
Perubahan yang Islamik mesti dilakukan   terhadap keadaan jahiliah yang ada pada :
a.    Idea-idea.
b.    Keyakinan.
c.       Sistem.
d.    Undang-undang.
e.       Akhlak.
f.        Moral.
g.    Adat   istiadat. 
Perkara ini tidak mungkin dapat   direalisasikan kecuali dengan pembentukan suatu organisasi dan ‘tandzim’   yang rapi.
BESARNYA PERMUSUHAN YANG DIHADAPI ISLAM   MEWAJIBKAN ADANYA ‘TANDZIM’
Musuh-musuh Islam memiliki puluhan ‘tandzim’,   gerakan, dan wasilah-wasilah yang formal. 
Semua ini digunakan untuk melakukan   konspirasi dan tipu daya terhadap Islam dan umatnya.
1.    Mereka   mempunyai wasilah dan prasarana yang tidak terhitung banyaknya.
2.    Mereka   menguasai berbagai teknologi moden dalam melakukan rancangan jahat mereka   terhadap Islam, samada dalam program-program ataupun di segi operasinya. 
3.    Mereka   unggul dalam semua ini. 
4.    Mereka   telah bergerak untuk membuat persekongkolan jahat di peringkat antarabangsa   yang didukung oleh kekuatan tentera dari berbagai negara.
Oleh kerana itu, apakah masuk akal kita mempertahankan dan membela   Islam tanpa : 
1.    Perancangan?
2.    ‘Tandzim’?
3.    Organisasi   yang mantap?
4.    Pengurusan   yang canggih? 
Tanpa perkara-perkara di atas, ke mana   dakwah Islam ini mahu dibawa dalam seluruh gerakerjanya? 
Siapakah yang mendapat keuntungan dan   kerugian? 
HIMBAUAN UNTUK KITA :
Hendaklah kita memahami Islam dengan   kefahaman yang benar sebelum tampil mendakwahkannya.
Bertaqwalah kepada Allah swt dengan   sebenar-benar taqwa dan ingatlah sentiasa firmanNya : 
“Sesungguhnya pada yang demikian itu   benar-benar terdapat peringatan bagi orang-orang yang mempunyai akal atau   yang menggunakan pendengarannya, sedang dia menyaksikannya.” (Qs Qaaf :   37)
Akhirnya, menjadi Lelaki Dakwah   bermakna melakukan sesuatu yang sukar dilakukan oleh orang lain pada   kesempatan yang tepat.
Ya Allah, berilah kekuatan kepada kami   sehingga kami mampu untuk membentuk diri kami untuk menjadi Lelaki Dakwah   yang tegak dan bergerak di dalam satu tandzim yang teguh dan mantap dalam   usaha untuk menegakkan syari’ah Islam di dalam diri, masyarakat dan negara. 
Nukilan oleh Abu Ridhwan An Nadwi  
 

 
No comments:
Post a Comment