PENGENALAN


1.0 PENGENALAN 

Masjid Sirajuddin Al-Anwar mula dibina pada 1975 dengan peruntukan daripada Kerajaan Negeri Selangor. Ianya telah dirasmikan pembukaan oleh Tengku Idris Shah Ibni Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj pada hari Jumaat 28 Syawal 1401 Hijrah bersamaan 28 Ogos 1981 Masihi. Baginda kini telah di tabalkan menjadi Sultan Selangor dan bergelar Sultan Sharafuddin Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj.

2.0 MOTTO MASJID

BERILMU, BERAMAL DAN BERTAQWA MENCARI KEREDHAAN ALLAH”

i.              Berilmu dan Beramal

Ilmu menurut perspektif Islam terbahagi kepada ilmu Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah. Kedua–dua jenis ilmu ini adalah sama pentingnya menurut Islam, kerana tanpa ilmu, kita tidak mampu untuk beramal atau menunaikan kewajipan sebagai seorang Muslim yang baik. Ilmu Fardhu Ain adalah ilmu yang wajib diketahui oleh setiap individu muslim bagi melayakkan kita menjadi Muslim yang sempurna. Bagi setiap Muslim, menunaikan kewajipan seperti solat, puasa dan zakat adalah kewajipan yang mesti dilaksanakan oleh setiap individu.Manakala menunaikan fardhu haji adalah bagi mereka yang berkemampuan. Oleh yang demikian ilmu bagi memastikan segala ibadah tersebut menjadi sempurna adalah wajib diketahui oleh setiap muslim. 

Ilmu Fardhu Kifayah adalah cadang ilmu yang tidak dapat dinafikan kepentingannya semua individu muslim. Contohnya seperti ilmu tafsir, ilmu hadis, ilmu qiraat dan lain-lain lagi. Begitu juga ilmu-ilmu umum seperti ilmu perubatan, ilmu perundangan, ilmu kemahiran, ilmu pelayaran dan sebagainya, perlu juga dipelajari.  Suatu pekerjaan atau amalan yang tidak berdasarkan ilmu itu seringkali menghadapi kebuntuan atau kegagalan. Sebaliknya ilmu yang tidak diamalkan itu tidak mendatangkan faedah malah sia-sia sahaja. Sebuah pepatah yang menyatakan: 

 العلم بلا عمل كالشجر بدون ثمر
“Ilmu tanpa amal umpama pokok yang tidak berbuah”

Islam meletakkan ilmu sebagai asas dalam pembangunan diri manusia dan alam seluruhnya. Ini telah diperkukuhkan dengan turunnya wahyu pertama yang diterima oleh Rasulullah s.a.w. dalam surah al-‘Alaq ayat 1-5:   

ٱقۡرَأۡ بِٱسۡمِ رَبِّكَ ٱلَّذِى خَلَقَ (١) خَلَقَ ٱلۡإِنسَـٰنَ مِنۡ عَلَقٍ (٢) ٱقۡرَأۡ وَرَبُّكَ ٱلۡأَكۡرَمُ (٣) ٱلَّذِى عَلَّمَ بِٱلۡقَلَمِ (٤) عَلَّمَ ٱلۡإِنسَـٰنَ مَا لَمۡ يَعۡلَمۡ
Maksudnya : “(Wahai Muhammad bacalah) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian mahkluk), Dia menciptakan manusia dari segumpal darah beku, bacalah dan Tuhanmu yang Maha pemurah, yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, Dia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya”.   

ii.            Bertaqwa

Segala bentuk ibadah kepada Allah SWT di dalam ajaran Islam adalah untuk membina manusia menjadi insan yang bertaqwa. Allah SWT menghendaki agar orang yang bertaqwa untuk bersikap sewajarnya dan tidak lalai dalam usaha untuk meraih keberhasilan dunianya. Ini kerana Allah SWT menggambarkan kehidupan dunia ini sebagai tempat di mana manusia hanya sekadar bermain-main dan bersenda-gurau.

Hanya di Syurgalah tempat yang hakiki bagi para pemilik kebahagiaan. Manakala neraka adalah tempat bagi pemilik penderitaan yang sebenarnya. Maka dari itu, alangkah naif, hina dan ruginya bagi orang yang sanggup mempertaruhkan kehidupan abadinya di akhirat kelak dengan alasan ingin merebut keberhasilan dunia.

“Dan barangsiapa yang menjadikan akhirat sebagai keinginannya, nescaya Allah SWT kumpulkan baginya urusan(dunia)-nya dan dijadikan kekayaan di dalam hatinya dan didatangkan kepadanya dunia bagaimana pun keadaannya.” (HR Ibnu Majah, 4095)

iii.           Mencari Keredhaan Allah

Abi Abbas r.a telah berkata: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Sesiapa yang menyebabkan kemurkaan Allah kerana hendak mencari keredhaan manusia, Allah akan memurkainya dan Allah akan menjadikan setiap yang diredhainya itu benci terhadapnya. Dan orang yang mencari keredhaan Allah, walaupun dibenci oleh manusia nescaya Allah akan meredainya dan menjadikan setiap yang membencinya itu redha terhadapnya sehingga keredhaan Allah itu menghiasi dirinya, percakapannya dan amalannya, nescaya ia mendapat perhatian Allah.
                                                                                       (Diriwayatkan oleh al-Tabrani)
 




 SENARAI  NAMA  TERKINI  PEGAWAI DAN AHLI JAWATANKUASA
MASJID SIRAJUDDIN AL-ANUAR, KG. BATU BELAH, KLANG

BIL
JAWATAN
NAMA
NO K/P
1
Nazir
Tn. Hj. Mohd Yusuff Bin Hj. Ibrahim
540407-10-5427
2
Imam  1
Tn. Hj. Mohd Yazid Bin Hj. Hashim
451110-10-5309
3
Imam  2
Imam Zabar B. Hj. Amin
660813-10-6739
4
Imam  3
En Faisol B Hj Mohd Yazid
750308-10-5267
5
Bilal  1
Hj Anis Bin Hj Hashim
490214-10-5321
6
Bilal  2
Hj  Mohd  Aziz  Bin  Mohd  Isman
630228-10-7653
7
Siak 1
Abdul Rahman Bin Ngah
501124-10-5695
8
Siak 2
Misran Bin Jamali
680117-10-6493
9
Timbalan  Nazir
En. Mohd Isha Bin Yusof
550719-10-6049
10
Setiausaha
En. Shaifuddin Bin Hj Sahed
670417-10-5063
11
Penolong Setiausaha
En. Zahirkasimi Bin Hj. Mat Zain
730922-02-5103
12
Bendahari
Tn. Hj Mohamad Yakub Bin Idris
661121-08-5791
13
AJK  1
En. Ismail Bin Hj. Asri
690203-10-5023
14
AJK  2
En. Ayub Bin Sedik
591225-04-5777
15
AJK  3
En. Nordin Bin Mohamed Salem
660806-10-5965
16
AJK  4
Hjh.  Halena Bt Arshad
611225-10-5018
17
AJK  5
En. Lokman Bin Hj.Hussein
680909-10-6547
18
AJK  6
Hj. Zulfakar Bin Rahmat
520408-08-5423
19
Wakil  Pemuda
En. Romdzi Bin Hj. Buang
700729-10-6481
20
Wakil  Wanita
Hjh. Juliah Bt Jai
600205-10-5068
21
Pemeriksa Kira-kira 1
Hj  Aziz  B. Hj  Sulaiman
590125-10-5301
22
Pemeriksa Kira-kira 2
En.  Anuar  B.  Md.  Amin
641202-02-5135