Wednesday, November 9, 2011

Berkhatan atau bersunat bagi kanak-kanak lelaki.


Dalam agama Islam, khatan merupakan salah satu media pensucian diri dan bukti ketundukan kita kepada ajaran agama dan bagi wanita ianya mampu meningkatkan kemulian dan mertabat wanita itu sendiri. Dalam hadist Rasulullah s.a.w. bersabda:"Kesucian (fitrah) itu ada lima: khatan, mencukur bulu kemaluan, mencabut bulu ketiak, memendekkan misai dan memotong kuku" (H.R. Bukhari Muslim).

Faedah khatan:
Seperti yang diungkapkan oleh para ahli kedoktoran bahawa khatan mempunyai faedah bagi kesihatan kerana membuang anggota tubuh  yang menjadi tempat persembunyian kotoran, virus, najis dan bau yang tidak sedap. Air kencing mengandung semua unsur tersebut. Ketika keluar melewati kulit yang menutupi kepala zakar, maka mendapan kotoran sebahagian tertahan oleh kulit tersebut. Semakin lama mendapan tersebut semakin banyak. Bayangkan berapa lama seseorang melakukan kencing dalam sehari dan berapa banyak mendapan yang disimpan oleh kulit penutup zakar dalam setahun. Oleh kerananya beberapa penelitian perubatan membuktikan bahawa penderita penyakit kelamin lebih banyak dari kelangan yang tidak dikhatan. Begitu juga penderita penyakit berbahaya seperti AIDS, Barah alat kelamin dan bahkan barah rahim juga lebih banyak diderita oleh pasangan yang tidak dikhatan. Ini juga yang menjadi salah satu alasan masyarakat non muslim di Eropah dan AS melakukan khatan.

Hukum Khatan
Dalam fekah Islam, hukum khatan berbeza antara untuk lelaki dan perempuan. Para ulama berbeza pendapat mengenai hukum khatan baik untuk lelaki maupun perempuan.
Hukum khatan untuk lelaki:
Menurut jumhur (majoriti ulama), hukum khatan bagi lelaki adalah wajib. Para pendukung pendapat ini adalah imam Syafi'i, Ahmad, dan sebagian pengikut imam Malik. Imam Hanafi mengatakan khatan wajib tetapi tidak fardlu.
Menurut riwayat populer dari imam Malik beliau mengatakan khatan hukumnya sunnah. Begitu juga riwayat dari imam Hanafi dan Hasan al-Basri mengatakan sunnah. Namun bagi imam Malik, sunnah kalau ditinggalkan berdosa, karena menurut madzhab Maliki sunnah adalah antara fadlu dan nadb. Ibnu abi Musa dari ulama Hanbali juga mengatakan sunnah muakkadah.
Ibnu Qudamah dalam kitabnya Mughni mengatakan bahwa khatan bagi lelaki hukumnya wajib dan kemuliaan bagi perempuan, andaikan seorang lelaki dewasa masuk Islam dan takut khatan maka tidak wajib baginya, sama dengan kewajiban wudlu dan mandi bisa gugur kalau ditakutkan membahayakan jiwa, maka khatan pun demikian. Adapun dalil-dalil yang dijadikan landasan para ulama yang mengatakan khatab wajib adalah:
1. Dari Abu Hurairah Rasulullah s.a.w. bersabda bahwa nabi Ibrahim melaksanakan khatan ketika berumur 80 tahun, beliau khatan dengan menggunakan kapak. (H.R. Bukhari). Nabi Ibrahim melaksanakannya ketika diperintahkan untuk khatan padahal beliau sudah berumur 80 tahun. Ini menunjukkan betapa kuatnya perintah khatan.
2. Kulit yang di depan alat kelamin terkena najis ketika kencing, kalau tidak dikhatan maka sama dengan orang yang menyentuh najis di badannya sehingga sholatnya tidak sah. Sholat adalah ibadah wajib, segala sesuatu yang menjadi prasyarat sholat hukumnya wajib.
3. Hadist riwayat Abu Dawud dan Ahmad, Rasulullah s.a.w. berkata kepada Kulaib: "Buanglah rambut kekafiran dan berkhatanlah". Perintah Rasulullah s.a.w. menunjukkan kewajiban.
4. Diperbolehkan membuka aurat pada saat khatan, padahal membuka aurat sesuatu yang dilarang. Ini menujukkan bahwa khatan wajib, karena tidak diperbolehkan sesuatu yang dilarang kecuali untuk sesuatu yang sangat kuat hukumnya.
5. Memotong anggota tubuh yang tidak boleh tumbuh kembali dan disertai rasa sakit, tidak mungkin kecuali karena perkara wajib, seperti hukum potong tangan bagi pencuri.
6. Khatan merupakan tradisi umat Islam sejak zaman Rasulullah s.a.w. sampai zaman sekarang dan tidak ada yang meninggalkannya, maka tidak ada alasan yang mengatakan itu tidak wajib.
Manakala Dalil-dalil yang Yang dijadikan landasan bahwa khatan tidak wajib adalah:
1. Salman al-Farisi ketika masuk Islam tidak disuruh khatan;
2. Hadist di atas menyebutkan khatan dalan rentetan amalan sunnah seperti mencukur buku ketiak dan memendekkan kuku, maka secara logiknya khatan juga sunnah.
3. Hadist Ayaddad bib Aus, Rasulullah s.a.w bersabda:"Khatan itu sunnah bagi lelaki dan diutamakan bagi perempuan. Namun kata sunnah dalam hadist sering diungkapkan untuk tradisi dan kebiasaan Rasulullah baik yang wajib maupun bukan dan khatan di sini termasuk yang wajib.

Oleh :Ustaz Dr. Hj. Zahazan Muhammad.

1 comment:

Mohd Sukri Shariff said...

Untuk Makluman:
Bayaran RM100.