Dari Abu Said Al-Khudri r.a., katanya Rasulullah s.a.w bersabda:
“Apabila kamu melihat seseorang rajin pergi ke masjid, maka hendaklah kau menjadi saksi bahawa ia (benar-benar) beriman, kerana Allah taala berfirman:Dalam satu riwayat yang lain, tiap-tiap masjid ada bendera iman. (Kerana itu bila melihat lelaki berulang-alik ke masjid maka Islamlah dia secara zahirnya).Setelah kematian Abdullah bin Ubair (ketua munafik), jenazahnya disembahyangkan Rasulullah s.a.w kerana pada zahirnya dia Islam. Pada masa itu juga tiada larangan sembahyang ke atas munafik. Islam kira yang zahir. Baliklah (serahlah) kepada Allah yang tahu zahir dan batin, yang akan check hati mereka dan balas di hari Kiamat:
At-Taubah [18] Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat (Riwayat Tirmizi)
Al-Jumah [8] ……kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah Yang Mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu Dia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya).Dalam Quran juga ada dinyatakan tentang orang yang menyembunyikan imannya. Di dalam kabinet kerajaan Firaun ada orang yang menyembunyikan iman:
Al-A’diyat [10] Dan dikumpul serta didedahkan segala yang terpendam dalam dada?
Gafir [28] Dan (pada saat itu) berkatalah pula seorang lelaki yang beriman dari orang-orang Firaun yang menyembunyikan imannya:2. Berwuduk di rumah, setiap langkah ke masjid digugurkan dosa dan diangkat darjat
Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda:
” Sesiapa yang bersuci di rumahnya (berwudhu’), kemudian ia pergi ke salah sebuah rumah dari rumah-rumah Allah, untuk mengerjakan sembahyang fardhu, nescaya setiap langkahnya itu: yang satu menggugurkan dosanya, dan yang satu lagi menaikkan darjatnya setingkat lagi” (Hadith sahih – riwayat Muslim)Sembahyang di rumah tiada gandaan pahala tempat berbanding di masjid:-
- Pahala sembahyang di Masjid Jamek (masjid yang didirikan sembahyang Jumaat) ialah 150 kali ganda fadhilat sembahyang sendirian di rumah.
- Pahala sembahyang di surau iaitu masjid yang tidak didirikan sembahyang Jumaat ialah 25 kali ganda fadhilat sembahyang sendirian di rumah.
- Pahala Sembahyang di Masjid Allah iaitu Masjidil Haram ialah sebanyak 100,000 kali ganda.
- Pahala Sembahyang di Masjid Nabi iaitu Masjidil Nabawi ialah sebanyak 10,000 kali ganda atau 1,000 mengikut setengah riwayat.
Lebih afdhal berjalan kaki ke masjid. Lebih jauh berjalan kaki lebih banyak pahalanya. Walaupun menaiki kenderaan, “parking” lah jauh sedikit untuk dapat pahala berjalan itu. Lagipun baik untuk kesihatan.
3.Berbeza-beza pahala orang yang jemaah di masjid antara satu sama lain
Dari Abu Musa As-Syaari r.a. katanya Rasulullah s.a.w bersabda:
” Orang yang lebih besar pahala dalam mengerjakan sembahyang ialah yang lebih jauh, serta lebih jauh lagi perjalanan (Hadith Sahih – Riwayat Bukhari dan Muslim”Begitulah kata Nabi s.a.w. semasa Bani Salamah ingin berpindah dari rumahnya yang jauh ke tempat yang lebih dekat dengan masjid.
Selain dari jarak perjalanan, pahala juga berbeza bergantung kepada penghayatan (khusyuk) dan sunnah-sunnah Nabi yang diamalkan semasa sembahyang (seperti diajar dalam 4 mazhab).
No comments:
Post a Comment