Surah Al-Ikhlas disebut surah keselamatan kerana surah ini menyelamatkan orang yang membacanya dari kesulitan-kesulitan dunia juga sakratulmaut, menyelamatkannya dari gelap gelita kubur dan tragedi-tragedi hari kiamat.
Dari Abu Hurairah, Nabi SAW pernah bersabda "Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas, seolah-olah ia membaca sepertiga Al-Quran"
At-Tabrani dan an-Nu'aim mengikhraj dari Rasulullah SAW, baginda bersabda "Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas saat sakitnya yang menghantarnya pada kematian maka ia tidak berjamah fitnah di dalam kubur dan aman dari penyempitan kubur pula ia dibawa malaikat dengan tapak tangannya hingga melampaui sirat sampai syurga"
Terdapat banyak lagi hadis tentang fadhilat amalan membaca surah Al-Ikhlas ini. Di antaranya dapat pahala seratus orang pahlawan syahid (Hadis dari Ubai bin Ka'ab), terjauh godaan syaitan jika dibaca 10 kali selepas solat Subuh (Hadis dari Ali Bin Abi Talib), jika diamalkan membacanya semasa sakit hingga membawa kematiannya, maka akan terlepas dari siksa kubur (Hadis dari At-Tirmizi).
Kisah di dalam Ruhul-Bayan ada menyebutkan;
Pada waktu Nabi SAW di tabuk datang kepada baginda malaikat Jibril. "Rasulullah, saya khabarkan bahawa Mu'awiyah al Muzani ra telah meninggal di Madinah. Apakah engkau berkenan jika bumi ini saya lipat, agar engkau menyembahyangkan jenazah Mu'awiyah". "Boleh saja" jawab baginda, maka Jibril membentangkan sayapnya di atas bumi dan diangkatnya Nabi sampai Madinah lalu menyembahyangkan jenazah Mu'awiyah dan para malaikat menjadi makmum dua saf (barisan) dimana satu saf berjumlah tujuh puluh ribu malaikat.
Selesai sembahyang baginda bertanya "Oleh sebab apa Mu'awiyah berpangkat demikian tinggi?" Malaikat Jibril menjawab "Oleh kerana Mu'awiyah cinta dan membaca qul hu wallahu ahad sewaktu pagi dan petang, ketika berdiri dan duduk dan pada setiap gerak-gerinya."
Surah Al-Ikhlas juga mempunyai fadhilat melapangkan rezeki dan menolak kefakiran bagi pembacanya serta penghuni rumah dan tetangganya. Dalam kitab Sa'adatul Darain, Rasulullah SAW bersabda " Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas ketika memasuki rumah, maka hilanglah kefakiran penghuni rumah dan tetangganya" (HR At-Tabrani dan Ibnu Mas'ud).
Di dalam kitab Fawaid as-Syarji menyebutkan: Bahawasanya ada seorang mengadu tentang kefakirannya kepada Nabi SAW, maka baginda bersabda "Ketika masuk rumah bacalah surah Al-Ikhlas". Kemudian lelaki itu melaksanakannya dengan cara seperti itu, maka Allah SWT melapangkan rezeki kepadanya dengan berkat surah Al-Ikhlas.
Surah Al-Ikhlas jika dibaca 11 kali selepas tiap kali sembahyang fardhu, insyaallah akan ditetapkan iman.
Imam Hanbali rahimahullah berkata, barangsiapa yang melalui kawasan perkuburan dan menghadiahkan 11 kali surah Al-Ikhlas kepada penghuni kubur itu, maka ia akan dapat pahala sebanyak mana mayat yang ditanam disitu.
Membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 3 kali pahalanya menyamai membaca 30 juzuk Al-Quran. Bagaimanapun bagi sesetengah orang ia menjadi berat untuk dilakukan oleh kerana banyaknya dosa yang ditanggung.

Dari Imam Bukhari, diriwayatkan daripada Abu Sa’id al-Khudri; seseorang mendengar bacaan surah al-Ikhlas berulang-ulang di masjid. Pada keesokan paginya dia datang kepada Rasulullah s.a.w. dan sampaikan perkara itu kepadanya kerana dia menyangka bacaan itu tidak lengkap. Rasulullah s.a.w berkata, “Demi tangan yang memegang nyawaku, surah itu seperti sepertiga al Quran!”
Dari Al-Muwatta’, diriwayatkan oleh Abu Hurairah; Saya sedang berjalan dengan Rasulullah s.a.w, lalu baginda mendengar seseorang membaca surah al-Ikhlas. Baginda berkata, “Wajiblah.” Saya bertanya kepadanya, “Apa ya RasulaLlah?” Baginda menjawab, “Syurga” (Wajiblah syurga bagi si pembaca itu).
Dari Abu Hurairah r.a. – Rasulullah SAW bersabda : “Barangsiapa membaca ‘Qulhuallah (sehingga akhir ayat), maka seolah-olah dia telah membaca sepertiga Al-Qur’an”. “Barangsiapa yang membaca surah Al-Ikhlas tiga kali, maka seakan-akan dia telah membaca Al-quran seluruhnya”. (Hadith Riwayat Al’ugaili dan Rajaa Al Ghanawy) “Barangsiapa yang membaca surah Al-Ikhlas sebelas kali, Allah SWT membangunkan rumah untuknya di syurga..” (Hadith Riwayat Ahmad dan Muadz bin Aras).
Dari Ubay Ibn Ka’ab – Rasulullah SAW bersabda : “Barangsiapa membaca Surah Al-Ikhlas satu kali, maka Allah SWT menganugerahkan kepadanya pahala seorang yang beriman kepada Allah SWT, MalaikatNya, Kitab-KitabNya dan Rasul-RasulNya, dan Dia menganugerahkan kepadanya – dari – pahala seperti pahala syuhada”. Ketika aku (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka aku telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang Sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur ke barat (masyrik ke maghrib) Pada setiap padang Sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut, maka berkata mereka “Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini, kami berikan kepada orang yang membaca Surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan” (Riwayat Ibnu Abbas) “Demi Allah yang jiwaku di tanganNya, sesungguhnya ‘Qul Huwallahu Ahad” itu tertulis di sayap malaikan Jibrail A.S., ‘Allahus Somad’ itu tertulis di sayap Mikail A.S., ‘Lam Yalid Walam Yuulad’ tertulis pada sayap Malaikat Izrail A.S. ‘Walam Yakullahu Kufwan Ahad’ tertulis pada sayap Israfil a.s.”

Sabda-Sabda Rasulullah SAW, “Barangsiapa yang membaca surah Al-Ikhlas, maka seakan-akan dia telah membaca satu pertiga Al-Qur’an” (Hadith Riwayat Ahmad dan An Nasai).

No comments:
Post a Comment