Wednesday, October 19, 2011

Ciri-Ciri Haji Mabrur

          Ciri-Ciri Haji Mabrur

  1. Orang yang Hajinya Mabrur ialah orang yang dalam pelaksanaan Hajinya sesuai dengan Sunnah atau أَصَابَ السُّنَّةَ, berdasarkan dalil:
    خُذُوْا عَنِّيْ مَنَاسِكَكُمْ, لَعَلِّيْ لاَ أَرَاكُمْ بَعْدَ عَامِيْ هَذَا * رواه البيهقي عن جابر ( صحيح )
    Ambillah dariku ( Nabi ) tentang tuntunan Haji kamu, Barang kali setelah tahun ini saya tidak melihat kamu. ( HR. Al Baihaqi }
  2. Orang yang Hajinya Mabrur ialah orang yang Hajinya tidak dicampuri pelanggaran dan dosa-dosa, seperti mengumpat atau mencuri dan lain-lain yang semua jenis perlakuan yang jijik dan kotor serta dosa هُوَ الْحَجُّ الَّذِيْ لاَ يُخَالِطُهُ إِثْمٌ, berdasarkan dalil:
    مَنْ حَجَّ لِلَّهِ فَلَمْ يَرْفُثْ وَلَمْ يَفْسُقُ رَجَعَ كَيَوْمِ وَلَدَتْهُ أُمُّهُ * رواه صحيح البخاري في كتاب الحج
    Barang siapa yang Haji kerana Allah, Kemudian dia tidak menjimak isterinya (dalam keadaan ihram) dan tidak melanggar ( larangan secara umum atau larangan Haji), Maka setelah pulang Haji dia ibarat anak yang baru dilahirkan oleh Ibunya. ( HR.Shohih Al Bukhori )
  3. Orang yang Hajinya Mabrur ialah orang yang dalam Haji dan pulang dari Hajinya selalu mempunyai jiwa penolong kepada orang yang berhak dibantu
  4. Orang yang Hajinya Mabrur ialah orang yang Akhlak/budi pekerti luhurnya meningkat, sopan santun/ taqwanya meningkat, tatasusilanya meningkat, yang dilakukan dengan ucapan yang baik, ucapan yang lemah lembut, Berdasarkan dalil:
    سُئِلَ رَسُوْلُ اللهِ : مَا بِّرُ الْحَجِّ ,,,؟ قاَلَ إِطْعَامُ الطَّعَامِ وَطَيِّبُ الكَلاَمِ * رواه الحاكم في المستدرك { وَفِيْ رِوَايَةٍ ِلأَحْمَدِ وَالْبَيْهَقِيْ : إِطْعَامُ الطَّعَامِ وَإِفْشَاءُ السَّلاَمِ }
    Nabi ditanya, apa mabrurnya Haji itu ,,,? Nabi menjawab, memberi makan dan memperbaiki ucapannya. ( HR. Al Hakim ), Memberi makan dan menyiarkan salam. ( HR. Ahmad dan Al Baihaqi)
  5. Orang yang Hajinya Mabrur ialah orang yang setelah Haji dalam urusan dunia tambah zuhud, tambah muntawarik, tambah hati-hati, lebih menjaga tentang halal haram, hak dan bathil, sah dan tidak sah, melanggar dan tidak melanggar, sehingga urusan dunianya tidak mempengaruhi atau merusakkan akhiratnya atau  ibadahnya  dalam urusan Ibadah atau urusan akhirat lebih semangat daripada sebelum Haji, Berdasarkan dalil:
    وَقَالَ الْحَسَنُ : أَنْ يَرْجِعَ زَاهِدًا فِيْ الدُّنْيَا رَغِبًا فِيْ اْلآخِرَةِ * ( في فقه السنة )
    Dan Hasan ( perawi hadits ) berkata, Yang dikatakan Orang yang Hajinya Mabrur ialah setelah pulang tambah zuhud dalam urusan dunianya, tidak tamak dan senang menolong kepada yang berhak untuk dibantu dan senang dalam urusan akhirat

Keutamaan Haji Mabrur

  1. Mereka menjadi tamu Allah berdasarkan dalil:
  2. قَالَ رَسُوْلُ اللهِ : الْغَازِيْ فِيْ سَبِيْلِ اللهِ وَالْحَاجُّ وَالْمُعْتَمِرُ وَفْدُ اللهِ دَعَاهُمْ فَأَجَابُوْهُ وَسَأَلُوْهُ فَأَعْطَاهُمْ * رواه سنن إبن ماجة في كتاب المناسك {حسن},
    Nabi bersabda, Orang yang berperang di dalam sabilillah dan orang yang haji serta umrah itu adalah tamu Allah, Allah memanggil mereka dan mereka mendatanginya dan mereka meminta kepada Allah dan Allah memberi kepadanya. ( HR. Sunnan Ibnu Majah )
  3. Kalau berdoa pasti akan dikabulkan, Berdasarkan dalil:
  4. الْحُجَّاجُ والْعُمَّارُ وَفْدُ اللهِ إِنْ سَالُوْا أُعْطُوْا وَإِنْ دَعَوْا أُجِيْبُوْا وَإِنْ أَنْفَقُوْا أُخْلِفَ لَهُمْ ... الحديث * رواه البيهقي ( ضعيف )
    Orang yang Haji dan orang yang Umrah itu adalah tamu Allah, Jika mereka minta, Allah memberinya dan jika berdoa, Allah mengabulkan serta jika mereka Infak, Allah menggantinya. ( HR. Al Baihaqi ), dan tidak akan miskin, Berdasarkan dalil:
    مَا أَمْعَرُ حَاجٌّ قَطٌّ قِيْلَ لِجَابِرٍ مَا اْلإِمْعَارُ ,,,؟ قَالَ : إفْتَقَرَ * رواه الطبراني والبزار ( ضعيف )
    Orang yang Haji tidak akan Im'ar, ditanyakan pada jabir, apa yang dimaksud Im'ar ,,,? Jabir menjawab: "MISKIN". ( HR. At Thobroni dan Al Bazar)
  5. Pahalanya dilipatkan lipatan tanah haram, seperti hadits riwayat Ibnu khuzaimah dan hakim
  6. Biasa berdoa ditempat-tempat yang mustajab, seperti diMuzdalifah, di Shofa Marwa, diMultazam dan lain-lain dan masih banyak lagi keutamaan yang ada didalam Haji

No comments: