Friday, May 25, 2012

لو كان رسول الله بيننا

قُلۡ إِن كُنتُمۡ تُحِبُّونَ ٱللَّهَ فَٱتَّبِعُونِى يُحۡبِبۡكُمُ ٱللَّهُ وَيَغۡفِرۡ لَكُمۡ ذُنُوبَكُمۡ‌ۗ وَٱللَّهُ غَفُورٌ۬ رَّحِيمٌ۬ (٣١)
Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (31)

Wednesday, May 9, 2012

BAHAYA HASAD DENGKI


Ketahuilah bahawa sifat-sifat seperti hasad dengki, sombong, takbur, mengumpat, riak dan membuat fitnah adalah seburuk-buruk dan sehina-hina sifat.  Sifat ini sangat-sangat dibenci oleh Allah SWT.  Jika kita mengumpat, membuat fitnah, mengadu domba diantara kawan, keluarga, sudah pasti akan menjadi kucar kacil dan huru hara hubungan diantara manusia.  Sifat-sifat ini tidak dipandang ringan oleh agama kita ia itu Islam.  Ianya dikategorikan sebagai dosa-dosa besar kerana perlakuan sedemian umpama membunuh rakan atau saudara sendiri.
Firman Allah SWT dalam surah “al-Baqarah” – ayat 191 yang bermaksud:

Pengurusan Jenazah

Ustaz Azhari bin Roslan
Kematian adalah sesuatu yang pasti dan kita harus bersedia menghadapinya kerana ia merupakan titik permulaan kepada penghidupan yang kekal abadi. Hanya mukmin yang dipanggil menghadap Tuhannya dengan hati bersih memperolehi kejayaan.

Menguruskan jenazah adalah merupakan perkara yang tidak boleh kita elakkan begitu sahaja. Ianya merupakan fardhu kifayah ke atas umat Islam. Dengan adanya sebahagian umat Islam yang mengetahuinya akan selesailah tanggungjawab itu.

Namun dalam keadaan sekarang ini, kesedaran di kalangan generasi muda untuk melaksanakan tanggungjawab ini amat tipis sekali. Ramai dari generasi muda yang tidak tahu cara-cara menguruskan jenazah dan hanya menyerahkan sepenuhnya kepada jenerasi yang lebih tua dari mereka untuk melaksanakannya. Bayangkanlah suatu hari nanti ayah atau ibu kita meninggal dunia. Tergamakkah kita membiarkan orang lain menguruskannya sedangkan diri kita hanya melihat tanpa sebarang ilmu. 

ILMU dan ZIKIR

 Ilmu dan Zikir.
Asas ilmu yang hakiki adalah untuk menjawab soalan di dalam kubur nanti. Oleh itu kita perlu usahakan diri untuk mencari ilmu yang dapat membantu kita untuk mamperoleh kebahagiaan di dunia mahupun di akhirat.
Ilmu terbahagi kepada 2bahagian:
1. Ilmu Fadail= ilmu yang berkaitan dengan kelebihan melakukan sesuatu amalan. Boleh dipelajari daripadd kitab-kitab hadith dan al-Quran.
2. Ilmu Masail = ilmu hukum – hakam. Kita hendaklah mempelajarinya daripada orang-orang yang lebih arif.

Ilmu sangat berkait rapat dengan iman. Jadi, untuk menjaga dan memelihara penerapan ilmu dalam sanubari kita, amatlah penting untuk membentengi iman kita dengan kekuatan yang sebenar-benarnya.