Ilmu dan Zikir.
Asas ilmu yang hakiki adalah untuk menjawab soalan di dalam kubur nanti. Oleh itu kita perlu usahakan diri untuk mencari ilmu yang dapat membantu kita untuk mamperoleh kebahagiaan di dunia mahupun di akhirat.
Ilmu terbahagi kepada 2bahagian:
1. Ilmu Fadail= ilmu yang berkaitan dengan kelebihan melakukan sesuatu amalan. Boleh dipelajari daripadd kitab-kitab hadith dan al-Quran.
2. Ilmu Masail = ilmu hukum – hakam. Kita hendaklah mempelajarinya daripada orang-orang yang lebih arif.
Ilmu sangat berkait rapat dengan iman. Jadi, untuk menjaga dan memelihara penerapan ilmu dalam sanubari kita, amatlah penting untuk membentengi iman kita dengan kekuatan yang sebenar-benarnya.
Benteng Iman – 5 Kekuatan Untuk Menjaga Iman.
1. Yakin.
Kita wajib belajar dan berusaha menyuburkan keyakinan kita. Keraguan mesti dilawan dgn ilmu, bukan sekadar berkiblatkan lojik akal semata-mata.
2. Ikhlas.
Ikhlas adalah rahsia Allah yang tidak diketahui sesiapapun hatta diri kita sendiri sebenarnya. Analoginya adalah seperti seekor semut hitam yang berjalan diatas batu yang hitam diwaktu malam yang pekat. (huraian selanjutnya utk posting di bawah tajuk Ikhlas Niat)
3. Mengamalkan amalan sunat.
Amalan sunat akn menyempurnakan amalan wajib. amalan sunat juga menjadi top-up utk amalan wajib kita yang terkadang-kadang lompang di sana-sini. Namun begitu, jangan sampai terlalu ghairah mengejar amalan sunat hingga melalaikan amalan wajib pula….
4. Istiqamah dalam beramal.
Istiqamahlah yang dapat mengawal iman kita. Junjungan besar nabi Muhammad SAW bersabda, “Sebaik-baik amalan adalah yang kekal walaupun sedikit”
Terdapat dalam sebuah hadis Qudsi, “Wahai hambaku, mengapa kamu berasa jemu beramal sedangkan Aku tidak pernah jemu memberi pahala kepadamu”
Sama-samalah kita istiqamah dlm melaksanakan amal kebajikan….
5. Disiplin dalam beribadah.
Ulama tasauf bersepakat mengatakan “yang banyak menjauhkan hamba itu drpd Allah bkn krn x cukup ilmu& amal. Tetapi kerana kurang adab dlm melaksanakan ilmu & amal”
No comments:
Post a Comment