Wednesday, October 16, 2013

Kurban di Masjid Sirajuddin Al Anuar 2013

Setelah setahun ia meninggalkan kita, maka tirai Aidiladha akhirnya muncul semula. Dengan tarikh yang sama yakni 10 Zulhijjah pada tiap-tiap tahun Hijrah, cuma hari dan juga pengalaman sahaja yang akan menjadi berlainan pada setiap tahun. InsyaAllah pada hari Ahad ini, umat Islam di seluruh Malaysia akan menyambut salah satu hari yang paling besar, keberkatannya sebenar lebih besar daripada Aidilfitri, nak tau ape hari tu?? sudah semestinya Hari Raya Aidiladha!

Alhamdulillah, semoga kita dapat bertemu kembali dengan hariyang penuh dengan makna sejarah dan pengorbanan ini...

Seperti yang kita sedia maklum, kedatangan Aidiladha ini bukanlah disengajakan, lebih-lebih lagi menyimpang daripada kebetulan semata-mata, sebab ia mempunyai peristiwa sejarah pengorbanan yang teramat penting dalam sejarah Islam. Selalunya apabila dikatakan tentang Aidiladha, mesti ia sinonim dengan peristiwa Nabi Ibrahim a.s. dan juga anaknya Nabi Ismail a.s. Betul tak?? Tetapi sebenarnya ia lebih daripada itu, kerana Aidiladha ini merupakan gambaran simbol kasih sayang yang kukuh antara seorang Nabi kepada Tuhannya, seorang ayah kepada anaknya, seorang suami kepada isterinya dan juga seorang ibu kepada anaknya.

 Peristiwa yang pertama kita dapat lihat adalah apabila Nabi Ibrahim a.s. diperintahkan oleh Allah S.W.T agar meninggalkan isterinya Siti Hajar dan anaknya Nabi Ismail a.s. di padang pasir yang tandus. Dan dari situ Siti Hajar terpaksa berlari dari gunung Safa ke Marwah untuk mendapatkan bekalan air untuk anaknya Ismail yang kehausan, dan dengan mukjizat daripada Allah, akhirnya Nabi Ismail a.s. menghentakkan kakinya ke tanah dan terhasilnya air zam-zam. Padang pasir yang tandus itu juga telah menjadi tumpuan buat umat Islam zaman sekarang untuk menunaikan haji yakni Makkatul Mukarramah atau nama dahulunya Bakkah.
Peristiwa kedua ni pulak sudah biasa kita dengar, tetapi ia amat penting dalam sejarah kerana bermulanya ibadah korban bagi umat Islam, yakni ujian Allah kepada Nabi Ibrahim a.s. kepada agar menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. Tanpa ragu-ragu lagi Nabi Ibrahim menyahut seruan Allah walaupun masyarakat pada waktu itu mengatakan bahawa baginda gila. Dengan rahmat Allah yang Maha Kuasa, maka akhirnya Allah gantikan anaknya dengan kibash untuk dijadikan sembelihan. Ya Allah, kalau aku yang diberi ujian sebegitu pun aku tak sanggup melakukannya. Sungguhlah benar bahawa Allah tahu setiap perkara yang dilakukanNya.

Nabi Ismail a.s. berkata: "Hai bapaku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu, insya-Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang sabar.'' (Ash-Shafaat:102)

Kita perlu tahu dan sedar bahawa erti sebuah pengorbanan pada hari Aidiladha bukanlah hanya sekadar sembelih lembu ataupun dapat mengerjakan haji di Baitullah sahaja. Banyak lagi yang kita dapat ambil iktibar lebih-lebih lagi daripada peristiwa yang aku ceritakan sebentar tadi. Dalam setiap pengorbanan itu perlulah ada usaha, doa dan tawakal. Dalam setiap pengorbanan itu memerlukan kecekalan dari segi mental dan fizikal. Dan dalam setiap pengorbanan itu juga tiada kenal erti putus asa dalam kamus hidupnya. Apabila kita melakukan suatu pengorbanan tidak kiralah untuk diri sendiri, keluarga, pakwe awek, ataupun sesiapa, kita haruslah terima segala keputusannya dengan tabah.

 Lagi satu perkara, macam yang aku cakap pada awal artikel aku tadi, pengertian sambutan Aidiladha ini adalah lebih bermakna daripada sambutan Aidilfitri. Tetapi yang kita boleh nampak kita terlalu ghairah dalam persiapan sambutan Aidilfitri tetapi untuk Aidiladha nih buat rilek2 je, macam tak ada apa-apa yang berlaku langsung.
 Kita sebenarnya tersilap kerana melebihkan Aidilfitri daripada Aidiladha. Cuba kita lihat perbandingannya:
 Pertama: Kita dituntut bertakbir membesarkan Allah hanya dalam lingkungan 12-14 jam sahaja pada hari Raya Aidilfitri sedangkan tempoh takbir Hari Raya Korban ialah 4 hari lamanya.

Kedua: Kita diharamkan berpuasa 1 hari sahaja (1 Syawal) pada Aidilfiri tetapi kita diharamkan berpuasa selama 4 hari lamanya (10 Zulhijjah dan 3 Hari Tasyriq iaitu 11, 12 dan 13 Zulhijjah) pada hari raya Korban.

“Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah s.w.t. pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah s.w.t. sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan.” (Hadis riwayat At-Tirmizi)

 Oleh itu, kepada semua pembaca yang aku amat hargai sekalian, jadikanlah Aidiladha pada tahun ini sebagai titik permulaan untuk kita mengambil iktibar dan keberkatan daripada Allah s.w.t. Semoga kita semua dapat menikmati apa yang dinamakan erti sebuah pengorbanan...















Untuk makluman semua pada tahun ini Masjid ini telah berjaya kurban sebanyak 21 ekor dan melibatkan pemuda dewasa dan kanak-kanak yang menyertai korban tahun. Ahli jawatan kuasa Kebajikan dan AjK pelaksana mengucapkan Selamat menyambut Raya Korban dan terima kasih kepada semua yang telah menyertai program korban dan AJK Masjid memohon kemaafan jika berlaku sebarang kekurangan yang melibatkan pengurusan sembelihan dan semoga amalan yang telah berlaku semoga Allah terima pengorbanan tersebut.

Bagi pekerja , dan pendudukan kariah yang datang bergotong royong membantu menolong dan bekerjasama bagi menjayakan program korban ini kami AJK Masjid mengucapkan jutaan terima kasih.







1 comment:

thulannguyen said...

Thanks for sharing, nice post! Post really provice useful information!

FadoExpress là một trong những top công ty chuyển phát nhanh quốc tế hàng đầu chuyên vận chuyển, chuyển phát nhanh siêu tốc đi khắp thế giới, nổi bật là dịch vụ gửi hàng đi nhậtgửi hàng đi pháp uy tín, giá rẻ