Monday, August 10, 2015

TARBIAH RAMADAN DI TERUSKAN

[Kuliah Subuh 09.08.2015 / 24 Syawal 1436H Masjid Sirajuddin Al Anuar Batu Belah oleh Dato' Nahrawi Hj Hashim]

Semoga Tarbiah Ramadhan akan diteruskan selepas ini.
Orang yang serahkan dirinya secara total kepada Allah, maka digelar Muslim Hakiki.
Orang yang lakukan maksiat, walaupun turut lakukan ibadah, digelar Muslim Maksiat.
Orang yang tidak serahkan dirinya secara total kepada Allah walaupun turut sama beribadah digelar Muslim Syaitan

Motto Hidup
--------------------
 Rebut PAHALA ganjaran sebanyak mungkin, selagi masih sihat hayat dikandung badan
--> kerjakan kebajikan vs jauhkan kemungkaran
--> Buat sebanyak mungkin kebaikan vs jangan sekali buat kejahatan
Allah cipta manusia, fitrahnya suka kepada kebaikan/kebenaran. Amalan yang dilakukan ikut Al Quran dan sunnah barulah Allah akan balasnya dengan pahala
"Apa juga kebaikan yang kamu kerjakan nescaya diketahui oleh Allah" - Al Baqarah 197
"Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)" - Zalzalah 7


"Dan (ingatlah), apa jua yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuiNya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya)." Al Baqarah 215

"Sesiapa yg kerjakan amal soleh, maka faedahnya akan terpulang kepada dirinya sendiri". - Fussilat 46
Setiap amal yang dilakukan, Allah mengetahuinya, Allah melihat, Allah akan balas & faedah untuk diri sendiri.
Dengan sebab itu Nabi SAW tunjukkan banyaknya jalan untuk buat kebaikan & kebajikan
1. Beriman & berjihad di jalan Allah
2. Sering tolong orang lain
3. Beri kerja kepada penganggur
4. Berhenti buat kejahatan
5. Tasbih, Tahmid, Tahlil, Takbir
6. Istihgfar
7. Solat Dhuha
8. Amar makruf Nahi mungkar
9. Buang duri di jalanan
10. Solat, Puasa & Zakat
11. Bersama dengan isteri
12. Wajah sering ceria & senyum
13. Suka beri makanan kepada jiran2
14. Ucap " takder tuhan selain Allah" & ada sifat malu.
15. Beri minum kepada anjing
16. Tidak berkahak di masjid
17. Sering berjemaah di masjid
18. Berwudhu di rumah sebelum ke masjid untuk solat Jumaat
19. Sering berwudhu' untuk hilangkan dosa2 kecil.
20. Tak pernah tinggal solat 5 waktu
21. Wudhu di rumah sebelum ke masjid
22. Setiap langkah ke masjid
23. Lakukan ibadah sunat
24. Beri pinjaman dapat 40 ganjaran
25. Solat Asar & Subuh
26. Sedekah sebiji Tamar disertai cakap baik2.
27. Sedekah dengan tolong orang lain
28. Ucap Alhamdulillah selepas makan & minum

--> "Wahai Rasulullah, apakah amalan yg paling afdhal?" Dari Abi Zar Jundub bin Junadah RA bertanya kepada Nabi SAW.

Nabi SAW jawab ;
1. Beriman kepada Allah
2. Berjihad di jalan Allah

--> "Siapakah hamba yang paling afdhal utk dimerdekakan?"
1. Hamba yang paling disayangi
2. Tinggi harganya

--> "Jika aku tak mampu berbuat demikian ya Rasulullah?"
1. Berilah pertolongan kepada orang yang bekerja
2. Berilah peluang pekerjaan kepada orang yang menganggur.

--> "wahai Rasulullah, jika aku lemah tak dapat lakukan kerja di atas?"
1. Hendaklah kamu hentikan perbuatan jahat terhadap manusia sesungguhnya perbuatan itu satu sedekah daripada engkau untuk diri kamu sendiri.

Bagaimana nak cari pahala tanpa wang & harta.

1. Dari Abi Zar Jundub bin Junadah RA, Nabi SAW bersabda
--> "Setiap gerak geri anggota manusia (ruas tulang - ada 360) yang lakukan kebaikan akan diberikan ganjaran (sedekah)"  HR - Muslim
2. Amalkan 4T - Tasbih, Tahmid, Tahlil & Takbir
3. Menyeru Makruf & Nahi Mungkar
4. Solat Dhuha

Dari Aisya RA
"Sesungguhnya setiap anak Adam, Allah kurniakan 360 ruas tulang."
--> Sesiapa yang ber.... 4T serta Istighfar, buang duri di jalan,seru Makruf & Nahi Mungkar

--> Sebanyak 360 kali - maka dia telah berusaha untuk selamatkan dirinya dari api neraka.

Wallahua'lam

No comments: