Saturday, September 19, 2015



[Kuliah Maghrib 15.09.2015 Masjid Sirajuddin Al Anuar 
Batu Belah Klang oleh Prof Dr Habib Mat Som]

Iman dan Munafik
--------------------------
Iman adalah mempercayai keESAan Allah dan kitab2 yg diturunkan melalui Rasul2 NYA.

Al Hujurat ayat 15 yg bermaksud, "Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya)."

Sifat2 orang yang beriman ;-
1. Percaya kpd Allah dan Rasulnya
2. Kita percaya dan tidak rasa ragu2
3. Berjuang dengan harta dan jiwanya. Menginfaqkan harta kita di jln Allah hingga tiada lagi hari jual beli dengan Allah SWT iaitu hari qiamat. Nanti Allah SWT akan bayar dgn makfirahnya dan dengan darjat2 nya di akhirat nanti.


--> Akan tetap kebaikan orang yang beriman dengan Allah, kitab2, para malaikat, para Nabi dan hari akhirat. Kita tidak boleh lari dari mempercayai hari akhirat iaitu tempat balasan.

--> Kalau kita beriman, dengan hari akhirat, sudah tentu kita tidak akan lakukan perkara2 yang dilarang oleh Allah SWT. Nabi SAW risau umatnya di akhirat nanti akan berada di dalam keadaan muflis disebabkan pahala kita telah ditagih oleh orang lain disebabkan kita menganayia / memfitnah orang lain.

--> kalau suami dia menganayiai isteri dan anaknya, atau pun jirannya, atau pun orang kampungnya, oleh itu kena bayar dgn pahala kita dan beri kpd orang yang kita anayiai itu hingga kita pulak menanggung dosanya

--> Allah meninggikan orang2 yang berilmu hingga beberapa darjat. Walaupun banyak nya sedekah kita, namun tidak akan sama apa yg dilakukan oleh Nabi SAW dan sahabah2 nya.

--> Iman itu sgt luas dan ada lebih dr 70 pintu, salah satunya adalah membuang sesuatu yg menyakitkan (duri) di jalanan org. Kita seboleh2 nya dlm kehidupan ini kena menggembirakan hati dan perasaan org lain jgn sampai terguris dan terhiris. Bila kita jumpa seseorg dlm keadaan masalah, apabila dibantu, maka ia dpt menggembiraan org lain,

--> Ada 4 perkara sesiapa yg lakukannya maka jatuh munafik
1. Ketika berkata dia bohong. Kena check and balance atas diri kita, ada tak kita berbohong ketika bercakap
2. Bila berjanji di mungkiri.
3. Bila dipercayai/diberi amanah, dia khianat (tidak amanah), salah guna kuasa, salah guna pangkat.
4. Ketika bertengkar, dia lancang, asyik nk menang jer dan suka anggap dirinya saja yg betul.

--> Uzaifah berkata seorg lelaki mengucapkan kalimah bohong sekali sehari di Nabi SAW. Tapi kini lbh ramai yg bercakap bohong dr zaman Nabi SAW dan mereka menzahirkannya tanpa disorok2 kan pengucapan bohongnya.

--> di akhir2 zaman ini, banyak sekali pengucapan bohong di setiap minit perbualan manusia tak kira di semua peringkat manusia, dari peringkat pemimpin sampailah ke peringkat rakyat. Banyak amalan2 buruk yg dilakukan secara spontan tanpa memikirkan natijahnya.

Sifat org mukmin dan munafik
1. --> Org mukmin sibuk bersedekah dan memohon ampun dr Allah SWT manakala org munafik sibuk dgn rakus dan tamak haloba dan angan2 panjang.

2. --> org mukmin memutuskan harapan kpd Allah SWT serta bertawakal kpd Allah SWT, tp org munafik mengharap sesuatu selain dr Allah SWT dimana berharap dan percaya dgn bomoh dan tangkal dn mcm2 lg (percaya kpd keris/senjata yg dibalut kain kuning dpt menjaganya dr sebarang ajal).

3. --> org mukmin mengorbankan segalanya (harta, jiwa) utk agamanya tp org munafik mengorbankan agamanya utk mendapatkan harta dan dpt sesuatu kedudukan yg tinggi di sisi manusia.

4. --> org mukmin aman dgn mengingati Allah SWT dan sering takut Allah SWT tp org munafik takut sesuatu selain dr Allah SWT, takut miskin, takut

5. --> Org mukmin selalu berbuat baik dan menangis (hatinya lembut & sentiasa mengenangkan dosa2 nya) tp org munafik selaku berbuat jahat dan selalu ketawa tak habis2 serta tidak kisah akan percakapan dan perbuatannya (hatinya keras). Nabi SAW kata kalau kalian tahu apa yg aku tahu nescaya kalian tidak akan ketawa sama sekali.

6. --> org mukmin suka menyepi dan menyendiri manakala org munafik suka berkumpul ramai2

7. --> org mukmim suka menanam pokok manakala org munafik suka mencabut pokok

8. --> org mukmin bila berdakwah adalah kerana agamanya, manakala org munafik berdakwah adalah kerana mengejar harta dunia.

Wallahua'lam

No comments: