- Oleh Ustaz Muhammad Nazri Md Isa
- Jin dikenakan kewajiban seperti halnya manusia. “Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku” (Adz Dzaariyaat : 56)
- Jin ada yang mukmin dan ada juga yang kafir. “Dan sesungguhnya di antara kami ada orang orang yang shalih dan diantara kami ada (pula) yang tidak demikian halnya. Adalah kami menempuh jalan yang berbeda beda.” (Al Jin : 11)
- Jin itu diciptakan lebih dahulu daripada manusia. “Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia (Adam) dari tanah liat kering (yang berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk. Dan Kami telah menciptakan jin sebelum (Adam) dari api yang sangat panas”. (Al Hijr : 26-27)
- Jin adalah satu bangsa yang besar dan terbagi bagi, sehingga Iblis termasuk salah satu bangsa jin. “Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat, “Sujudlah kamu kepada Adam,” maka sujudlah mereka kecuali Iblis. Dia adalah dari golongan jin, maka ia mendurhakai perintah Tuhannya. Patutkah kamu mengambil dia dan keturunan keturunannya sebagai pemimpin selain daripada Ku, sedang mereka adalah musuhmu? Amat buruklah Iblis itu sebagai pengganti (dari Allah) bagi orang orang yang zalim.” (Al Kahfi : 50)
- Manusia lebih mulia daripada jin. “Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat, “Sujudlah kamu kepada Adam,” maka sujudlah mereka kecuali Iblis; ia enggan dan takabur dan adalah ia termasuk golongan orang orang yang kafir.” (Al Baqarah : 34). Oleh karena itu apabila ada manusia yang memohon pertolongan kepada jin, maka ia membuat jin semakin sombong, takabur, dan besar kepala.
Sunday, February 20, 2011
Alam Jin menurut al Quran dan As Sunnah
Tuesday, February 15, 2011
Meneladani akhlak Rasulullah sebagai Pemimpin
Sebagai umat Islam yang beriman pada Allah, yang mengaku mencintai Rasulullah, seharusnya kita meneladani akhlak mulia yang ada pada diri insan mulia Muhammad bin Abdullah, Rasulullah s.a.w. Menjadikan Rasulullah sbg 'role model' dalam setiap aspek kehidupan.Rasulullah dilihat sebagai seorang yang sempurna akhlaknya. Dalam aspek kepimpinan Rasulullah merupakan seorang pemimpin terbaik dikalangn umat manusia yang jujur dan adil.Rasulullah S.a.w bersabda: tidak seorang pun yg dikehendaki Allah memimpin rakyat, kemudian ketika mati ia masih dalam keadaan menipu rakyatnya,melainkan Allah pasti mengharamkan syurga ke atasnya (riwayat bukhari dan muslim)
Sunday, February 13, 2011
DAKWAH BERKESAN JIKA FAHAMI JIWA REMAJA
OLEH USTAZ GHADAFI TUNGGUL WAHIDIN
DULU pernah berdiri seorang pemuda berumur 25 tahun yang gagah berani meredah samudera Atlantik sambil mengangkat panji Islam yang dijunjung tinggi sambil berseru:
Demi gemuruh tepukan dan sorakan teman yang tidak siuman dan pembebasan diri daripada tekanan kehidupan. Dia berhasil menjadi ‘raja’ jalanan dengan enjin kuda canggih yang boleh menerbangkan nyawa seketika.
DULU pernah berdiri seorang pemuda berumur 25 tahun yang gagah berani meredah samudera Atlantik sambil mengangkat panji Islam yang dijunjung tinggi sambil berseru:
“Demi Allah SWT, jika aku mengetahui bahawa di seberang lautan ini ada daratan, nescaya akanku harungi dengan kudaku atas nama Lailahaillah.�Akhirnya Afrika jatuh ke tangan pemuda itu. Dialah Panglima ulung, Uqbah bin Nafi. Tapi kini, berdiri seorang pemuda cukup berani, menjelajah sepanjang jalan di kegelapan malam, bangga menjadi seorang lelaki yang tidak takut mati.
Demi gemuruh tepukan dan sorakan teman yang tidak siuman dan pembebasan diri daripada tekanan kehidupan. Dia berhasil menjadi ‘raja’ jalanan dengan enjin kuda canggih yang boleh menerbangkan nyawa seketika.
AQIDAH AHLUSSUNNAH WAL JAMAAH
Alhamdulillah, di sini saya sertakan penerangan yang jelas dan lengkap tentang Ahlus Sunah Wal Jama’ah.Maklumat ini dikumpulkan daripada kitab-kitab para Ulama’ ASWJ.
Semoga kita semua kekal dalam Aqidah ASWJ yang shohih dan bukan seperti yang dicanang oleh sesetengah golongan ajaran sesat.
AHLUSSUNNAH WAL JAMA’AH: GOLONGAN YANG SELAMAT (al Firqah an-Najiyah)
Bersabda Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW, maknanya:“dan sesungguhnya ummat ini akan terpecah menjadi 73 golongan, 72 di antaranya di neraka dan hanya satu yang di surga yaitu al-Jama’ah”. (H.R. Abu Dawud)
Akal adalah syahid (saksi dan bukti) akan kebenaran syara’. Inilah sebenarnya yang dilakukan oleh ulama tauhid atau ulama al-kalam (teologi). Yang mereka lakukan adalah taufiq (pemaduan) antara kebenaran syara’ dengan kebenaran akal, mengikuti jejak nabi Ibrahim -seperti dikisahkan al-Quran- ketika membantah raja Namrud dan kaumnya, di mana beliau menundukkan mereka dengan dalil akal. Fungsi akal dalam agama adalah sebagai saksi bagi kebenaran syara’ bukan sebagai peletak dasar bagi agama itu sendiri. Berbeza dengan golongan falsafah yang berbicara tentang Allah, malaikat dan banyak hal lainnya yang hanya berdasarkan penilaian akal semata-mata. Mereka menjadikan akal sebagai dasar agama tanpa memandang ajaran yang dibawa para nabi dan rasul.
Tuduhan kaum Musyabbihah dan Mujassimah iaitu kaum yang sama sekali tidak memfungsikan akal dalam agama, terhadap Ahlussunnah Wal Jamaah sebagai ’Aqlaniyyun (kaum yang hanya mengutamakan akal) atau sebagai kaum Mu’tazilah atau Afrakh al-Mu’tazilah (anak bibitan kaum Mu’tazilah) dengan alasan kerana menggunakan akal sebagai salah satu sumber utama, adalah tuduhan yang amat salah. Ini tidak ubah seperti kata pepatah arab “Qabihul Kalam Silahulliam” (kata-kata yang jelek adalah senjata para pengecut). Secara ringkas tetapi namun padat, kita ketengahkan pembahasan tentang Ahlussunnah sebagai al-Firqah an-Najiyah (golongan yang selamat), asal-usulnya, dasar-dasar ajaran dan sistemnya.
JADUAL CERAMAH MAULID
JADUAL CERAMAH MAULIDUR RASUL MASJID SIRAJUDDIN AL ANUAR 2011
TARIKH | PENCERAMAH | TAJUK |
3 FEB 11 | UST DANIEL HAKIM BOEY | DAKWAH KEPADA GOLONGAN NON MUSLIM – PENDEKATAN RASULULLAH |
4 FEB 11 | UST MOHD HOSNI MUBARAK | DETIK-DETIK KELAHIRAN RASULULLAH |
5 FEB 11 | UST ZULKIFLI AHMAD | PENGHAYATAN SUNNAH DALAM KEHIDUPAN HARIAN |
6 FEB 11 | UST AZRUL HAKIM SURADI | TARBIYAH RASULULLAH DALAM MEMBINA INSAN KAMIL |
7 FEB 11 | UST MD YAZID B HJ HASHIM | KELUARGA RASULULLAH |
8 FEB 11 | UST DARUDDIN MD TAIB | PEMANTAPAN TAUHID |
9 FEB 11 | UST SOLEHIN MOHYE | AKHLAK RASULULLAH TELADAN KEHIDUPAN BERTAQWA |
10 FEB 11 | UST GHAZALI OMAR | MODEL PENDIDIKAN RASULULLAH |
11 FEB 11 | UST WAN HAMIDI WAN MAT | CARA RASULULLAH MENYANGGAH KEMUNGKARAN MELEBAR KEMENANGAN |
12 FEB 11 | UST GHADAFFI TUNGGUL WAHIDIN | PENDEKATAN RASULULLAH DI DALAM MENDIDIK REMAJA |
13 FEB 11 | UST BORHAN NORDIN ZAKARIA | SIASAH RASULULLAH-MENDEPANI MASYARAKAT MAJMUK |
14 FEB 11 | UST DR. ROSLAN MUHAMMAD UST ABD MUHAIMIN MOHD SHAHAR | FORUM PERDANA RASULULLAH KEKASIH ALLAH MEMIMPIN UMMAH KEJALAN TAQWA |
15 FEB 11 | UST ATIQ ISLAM | CERAMAH KHAS WARGA BANGLADESH |
16 FEB 11 | DR ROSNI ADAM | KHAS MUSLIMAT |
Thursday, February 10, 2011
HARAM MENYAMBUT HARI KEKASIH
Khutbah Jumaat 11 Februari 2011: Haram Menyambut Hari Kekasih
“HARAM MENYAMBUT HARI KEKASIH”
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Marilah kita bersama-sama melazimi takwa kepada Allah SWT dengan
menerima syariat Islam sebagai cara hidup di samping tekun mengerjakan
segala perintah-Nya dan menghindari segala tegahan-Nya. Mudah-mudahan
kita akan dirahmati di dalam kehidupan di dunia yang fana’ ini dan berbahagia di
akhirat yang kekal abadi.
“HARAM MENYAMBUT HARI KEKASIH”
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Marilah kita bersama-sama melazimi takwa kepada Allah SWT dengan
menerima syariat Islam sebagai cara hidup di samping tekun mengerjakan
segala perintah-Nya dan menghindari segala tegahan-Nya. Mudah-mudahan
kita akan dirahmati di dalam kehidupan di dunia yang fana’ ini dan berbahagia di
akhirat yang kekal abadi.
Subscribe to:
Posts (Atom)