Pihak pentadbiran Masjid Sirajuddin Al-Anuar, Kg. Bt Belah, Klang akan membeli sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) bagi tujuan pengurusan jenazah dan kemudahan kebajikan anak kariah.
Mengikut perancangan awal kenderaan ini hanya ditumpukan kepada pengurusan jenazah bersesuaian dengan nama kenderaan ini iaitu ”Van Jenazah”. Namun setelah melalui perbincangan dengan pihak Pejabat Agama Islam Daerah Klang maka kenderaan tersebut akan di tukarkan namanya menjadi ”Van Masjid”.
Van Masjid ini dari jenama Toyota Estima. Kos bagi pembelian MPV yang perlu di tanggung oleh pihak Masjid Sirajuddin Al-Anuar, adalah dianggarkan berjumlah RM 60,000.00 (Enam Puluh Ribu Sahaja) manakala kos selebihnya akan di di tanggung oleh pihak pengurusan PANTAI BHARU HOLDINGS SDN BHD iaitu Dato’ Haji Shamshudin Bin Hj Nor
Skim wakaf pembelian Van Masjid ini bermula dengan RM50.00 untuk satu rumah atau RM10.00 seorang.
Pihak masjid sangat mengalu-alukan sumbangan ikhlas dari semua pihak sama ada sebagai ahli kariah, ahli perniagaan mahupun ahli korporat untuk meyumbang demi kemakmuran hidup di dunia dan akhirat.
Semoga Allah SWT memberkati dan meredhai bagi setiap wang ringgit yang di sumbangkan dan ianya kekal sebagai amal jariah (wakaf)
|
Pengertian Wakaf
Wakaf adalah satu ibadah menyerahkan harta/wang ringgit yang kita miliki untuk kegunaan umum dan khusus dengan niat sebagai mendekatkan diri kepada Allah S.W.T.
|
Dalil-Dalil Quran
Dalil Al-Quran
”Bandingan (pahala) orang-orang yang membelanjakan harta mereka (termasuk wakaf) pada jalan Allah seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan 7 tangkai dan tiap-tiap tangkai itu terdapat pula 100 biji. Dan Allah akan melipat-gandakan pahala kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan Allah maha luas kurniaanNya lagi maha mengetahui”.
(Surah A-Baqarah : Ayat 2 16)
Dalil Hadith Nabi Muhammad S.A.W
Hadith yang d riwayatkan oleh Abu Hurairah bermaksud:
”Apabila mati anak Adam, terputuslah amalannya kecuali 3 perkara, SEDEKAH JARIAH (WAKAF), ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh mendoakan kepadanya”
(Hadith Riwayat Muslim)
Kelebihan Sedekah Jariah
Ahli Fiqh dan ulama’ berpendapat bahawa amalan SEDEKAH JARIAH menjanjikan ganjaran pahala yang berkekalan dan mengalir kepada pewakaf hingga ke hari akhirat selagi harta tersebut kekal dan di manfaatkan.
No comments:
Post a Comment