Sunday, October 23, 2011

PENGAJARAN DAN PELAJARAN DARI SURAH AN NABA'

Kuliah disampaikan oleh 
Ustaz Haji Fathan

بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ

عَمَّ يَتَسَآءَلُونَ (١) عَنِ ٱلنَّبَإِ ٱلۡعَظِيمِ (٢) ٱلَّذِى هُمۡ فِيهِ مُخۡتَلِفُونَ (٣) كَلَّا سَيَعۡلَمُونَ (٤) ثُمَّ كَلَّا سَيَعۡلَمُونَ (٥) أَلَمۡ نَجۡعَلِ ٱلۡأَرۡضَ مِهَـٰدً۬ا (٦) وَٱلۡجِبَالَ أَوۡتَادً۬ا (٧) وَخَلَقۡنَـٰكُمۡ أَزۡوَٲجً۬ا (٨) وَجَعَلۡنَا
NABI Ibrahim dan Siti Sarah sudah lama berumah tangga, namun tidak dikurniakan zuriat. Siti Sarah mencadangkan supaya Nabi Ibrahim berkahwin seorang lagi dan merestui Siti Hajar menjadi madunya.

Pada mulanya, Nabi Ibrahim keberatan kerana cintanya terhadap Siti Sarah tidak luntur. Namun, Siti Sarah berkeras dan akhirnya, Nabi Ibrahim bersetuju memperisterikan Siti Hajar.

Apabila Siti Hajar hamil, Nabi Ibrahim amat gembira dan mengharapkan Siti Sarah turut berasa gembira. Namun, berita kehamilan Siti Hajar itu membuatkan madunya cemburu.

Kian hari, rasa cemburunya kian menebal, terutama selepas kelahiran Ismail hingga Siti Sarah mendesak suaminya membawa Siti Hajar dan anaknya jauh dari tempat itu.

kuliah

Salam dijemput hadir & sebar-sebarkan.
 
SURAU AR-RAUDHAH, JALAN GAMELAN,BANDAR BUKIT RAJA, KLANG
KULIAH Bulan October 2011





Sept
HARI
PENGAJIAN
PENCERAMAH

21/10/11
Jumaat
Kuliah Maghrib
Ihya Ulumiddin
Ustaz Rusli Ibrahim

22/10/11
Sabtu
Kuliah Maghrib UMUM
Ustaz Tuan Haji Taifor Noor

23/10/11
Ahad
9.30 pagi
Kuliah Fardhu Ain Muslimat
Ustaz Rahmatullah

Kuliah Maghrib KHAS
Bersama Pakar Motivasi
Ustaz Wan Hamidi Wan Mat

 

Wednesday, October 19, 2011

Ciri-Ciri Haji Mabrur

          Ciri-Ciri Haji Mabrur

  1. Orang yang Hajinya Mabrur ialah orang yang dalam pelaksanaan Hajinya sesuai dengan Sunnah atau أَصَابَ السُّنَّةَ, berdasarkan dalil:
    خُذُوْا عَنِّيْ مَنَاسِكَكُمْ, لَعَلِّيْ لاَ أَرَاكُمْ بَعْدَ عَامِيْ هَذَا * رواه البيهقي عن جابر ( صحيح )
    Ambillah dariku ( Nabi ) tentang tuntunan Haji kamu, Barang kali setelah tahun ini saya tidak melihat kamu. ( HR. Al Baihaqi }
  2. Orang yang Hajinya Mabrur ialah orang yang Hajinya tidak dicampuri pelanggaran dan dosa-dosa, seperti mengumpat atau mencuri dan lain-lain yang semua jenis perlakuan yang jijik dan kotor serta dosa هُوَ الْحَجُّ الَّذِيْ لاَ يُخَالِطُهُ إِثْمٌ, berdasarkan dalil:
    مَنْ حَجَّ لِلَّهِ فَلَمْ يَرْفُثْ وَلَمْ يَفْسُقُ رَجَعَ كَيَوْمِ وَلَدَتْهُ أُمُّهُ * رواه صحيح البخاري في كتاب الحج
    Barang siapa yang Haji kerana Allah, Kemudian dia tidak menjimak isterinya (dalam keadaan ihram) dan tidak melanggar ( larangan secara umum atau larangan Haji), Maka setelah pulang Haji dia ibarat anak yang baru dilahirkan oleh Ibunya. ( HR.Shohih Al Bukhori )
  3. Orang yang Hajinya Mabrur ialah orang yang dalam Haji dan pulang dari Hajinya selalu mempunyai jiwa penolong kepada orang yang berhak dibantu
  4. Orang yang Hajinya Mabrur ialah orang yang Akhlak/budi pekerti luhurnya meningkat, sopan santun/ taqwanya meningkat, tatasusilanya meningkat, yang dilakukan dengan ucapan yang baik, ucapan yang lemah lembut, Berdasarkan dalil:
    سُئِلَ رَسُوْلُ اللهِ : مَا بِّرُ الْحَجِّ ,,,؟ قاَلَ إِطْعَامُ الطَّعَامِ وَطَيِّبُ الكَلاَمِ * رواه الحاكم في المستدرك { وَفِيْ رِوَايَةٍ ِلأَحْمَدِ وَالْبَيْهَقِيْ : إِطْعَامُ الطَّعَامِ وَإِفْشَاءُ السَّلاَمِ }
    Nabi ditanya, apa mabrurnya Haji itu ,,,? Nabi menjawab, memberi makan dan memperbaiki ucapannya. ( HR. Al Hakim ), Memberi makan dan menyiarkan salam. ( HR. Ahmad dan Al Baihaqi)

Wednesday, October 12, 2011

PROGRAM KORBAN DI MASJID SIRAJUDDIN AL- ANUAR

Borang korban Sila klik di sini.

HARI RAYA Haji dikenali juga sebagai Hari Raya Korban dan ianya merupakan salah satu daripada hari kebesaran Islam yang diraikan pada setiap 10 Zulhijah mengikut takwim Hijrah.
Hari Raya ini juga dinamakan Hari Raya Haji kerana pada saat tersebut jutaan umat Islam datang dari seluruh pelusuk dunia dan berkumpul di Tanah Suci untuk mengerjakan ibadah haji bagi menyempurnakan Rukun Islam kelima dan sebagai menyahut seruan Allah Subhanahu Wataala. Firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Al-Baqarah ayat 196 yang bermaksud:
"Dan sempurnakanlah ibadat Haji dan Umrah kerana Allah .....'

Friday, October 7, 2011

MINDA TERJAJAH?, BEBASKANNYA.

Imam 2 Zabbar bin Mohd Amin
Khutbah Jumaat 7 Oktober 2011 Khutbah oleh ImaM Zabbar Mohd Amin Imam 2

Sidang Jumaat yang dikasihi sekalian,
Marilah kita bertakwa kepada Allah SWT dengan melaksanakan semua
perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Sesungguhnya orang yang
paling mulia di sisi Allah SWT ialah orang yang paling bertakwa.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Umat Islam terdahulu telah berjaya mencipta kegemilangan yang banyak
memberi faedah kepada seluruh manusia. Namun keadaan hari ini telah
berubah. Umat Islam yang dahulunya hebat, sekarang telah jauh ketinggalan
dalam pelbagai bidang. Kenapa perkara ini boleh terjadi?. Di mana silapnya?.
Bagaimana untuk kita mengatasinya? Dan bolehkah kita memperbaikinya
sedangkan sebahagian umat Islam kini yang minda dan jiwanya masih terjajah
walaupun negara telah merdeka.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Maksud minda dan jiwa terjajah ialah apabila umat Islam, sekalipun
berpendidikan tinggi tetapi tidak mampu melepaskan diri daripada belenggu
cengkaman pemikiran penjajahan dan pemikiran barat. Orang yang mindanya
terjajah sentiasa menganggap segala idea, pemikiran dan kejayaan yang datang
daripada luar semuanya baik, betul dan perlu diikuti sekalipun perkara tersebut
bertentangan dengan syariat Islam. Sebaliknya mana-mana peraturan, idea dan
fikiran yang bersumberkan Islam dikatakan kolot, ketinggalan zaman, tidak adil
dan tidak realistik.

PAKAIAN REMAJA, DIMANA SILAPNYA?

"Pakaian Remaja?" jika kita dengar atau baca perkataan tersebut, secara automatik kita akan terbayang cara berpakaian remaja kita sekarang terutama pakaian remaja perempuan. Jenis pakaian yang paling awal tergambar di minda kita adalah pakaian mereka yang seksi, ketat, terlondeh sana sini dan dedah sana sini.

Tidak dinafikan pakaian demikian juga dikenakan oleh belia dan orang dewasa, namun tumpuan kita kini adalah kepada golongan remaja yang bakal menerajui negara.
Cara berpakaian juga mencerminkan akhlak, jadi ia amat penting untuk dibincangkan bagi menjaga akhlak remaja kita. Di dalam Al-Quran, Allah berfirman dalam Surah Al-Ahzab ayat 59 tafsirnya :
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّبِىُّ قُل لِّأَزۡوَٲجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَآءِ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ يُدۡنِينَ عَلَيۡہِنَّ مِن جَلَـٰبِيبِهِنَّۚ ذَٲلِكَ أَدۡنَىٰٓ أَن يُعۡرَفۡنَ فَلَا يُؤۡذَيۡنَۗ وَكَانَ ٱللَّهُ غَفُورً۬ا رَّحِيمً۬ا (٥٩) 
"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan beriman supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar) cara demikian lebih sesuai untuk mereka dikenali (sebagai perempuan yang baik) maka dengan ini mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihi."

Dari ayat di atas tadi, jelas pada kita bahawa pakaian sebilangan remaja kita kini bertentangan dengan suruhan dan perintah Allah. Namun, mereka tidak menghiraukan yang demikian asalkan mereka nampak bergaya, menarik, selesa 'kononnya' dan mengikut gaya fesyen terkini. Selain pakaian yang jelas menjolok mata, ramai juga di kalangan remaja kita yang berpakaian '2H', HALAL TAPI HARAM. Ini amat ketara jika kita perhatikan sekeliling kita, ramai juga remaja kita yang bertudung.

Wednesday, October 5, 2011

Hukum Merokok dalam Islam

Keputusan: 
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 telah membincangkan Hukum Merokok Dari Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa merokok adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudharatan.
Keputusan (English): 
Smoking From The Perspective Of Islam