Tuesday, April 17, 2012

VAN JENAZAH

Van Jenazah
Van Jenazah Masjid Sirajuddin Al-Anuar
Telah sampai di perkarangan masjid sejak sebulan yang lalu dan no plat pun belum dapat dari Jabatan Pengangkutan Jalan, Pihak Masjid mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua penyumbang dan dermawan yang membantu bagi melancarkan lagi aktiviti Masjid termasuk pengurusan Jenazah hingga ke kubur.
Untuk pengetahuan tuan puan pihak masjid memerlukan lagi dana untuk kegunaan membeli tempat memandikan jenazah.
Tempat letak van juga dalam pembinaan dan akan siap dalam masa terdekat.
Tapak Parkir Van

Jalan masuk Van Jenazah

Bilik kurungan Van Jenazah

Laman Corner Van

Pintu pagar Van Jenazah






Harga van ini berjumlah RM60,000.00
Tahniah dan Syabas kepada semua Ahli Jawatan Kuasa Masjid 2010 - 2012 telah dilantik semula di dalam mesyuarat Agung pada 7 April 2012 bagi sesi 2012-2015 akan datang.
Hanya Ustaz Muhammad Yazid bin Hj Hashim sahaja yang tidak di calonkan kerana beliau telah melepasi umur 65 tahun (pencen) sebagai imam lantikan JAIS.
Senarai nama akan dimaklumkan selepas JAIS membuat perlantikan secara rasmi.Tahniah semua yang dicalonkan.

Saturday, April 14, 2012

MENCEGAH KEMUNGKARAN ADALAH TANGGUNJAWAB KITA SEMUA


USTAZ ALI B TUAH UIAM

Islam gariskan kaedah terbaik bagi ummah tangani masalah sosial dalam masyarakat
MARILAH bersama mempertingkatkan ketakwaan ke hadrat Allah dengan menunaikan segala perintah-Nya dan menjauhi larangan-Nya, mudah-mudahan kita tergolong dalam golongan yang mendapat keredaan Allah di dunia mahupun akhirat yang kekal abadi.
Renungkanlah, pelbagai kemungkaran berlaku dalam masyarakat seperti perbuatan zina, berkhalwat, sumbang mahram, jenayah rogol dan sebagainya, membabitkan orang Islam, seolah-olah mereka tidak mengenal batas pahala dan dosa, halal atau haram.
Kemungkaran ini akan terus menular selagi ia tidak dicegah dan dirawat. Persoalannya, siapakah yang patut mencegah kemungkaran dan bagaimana pula cara untuk mencegahnya?
Untuk mencubanya, marilah kita fahami dan hayati firman Allah yang bermaksud: "Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara baik dan melarang daripada segala perkara salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar beriman)." (Surah Al-Imran, ayat 110)

Friday, April 13, 2012

Mencegah kemunkaran tugas bersama


OLEH USTAZ FARID BIN ZAINAL (JAIS)
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian,
Marilah kita bertaqwa kepada Allah SWT dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan hidup kita sentiasa berbahagia di dunia dan di akhirat.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah SWT
Tanggungjawab mencegah kemungkaran dan maksiat merupakan satu kewajipan yang telah ditentukan oleh Islam. Kewajipan ini sebenarnya adalah suatu tugas yang berat dan tidak mungkin dapat dilaksanakan oleh sembarangan orang melainkan hanya orang-orang yang mempunyai kekuatan iman dan keberanian sahaja. Berani berkata benar dan berani menunjukkan yang salah walau kepada sesiapa pun. Mereka tidak takut dicela atau ditempelak oleh manusia dalam usaha menegakkan perkara yang benar dan melenyapkan perkara yang salah.  Bagi mereka itulah kebaikan yang hakiki di dalam hidup ini. Firman Allah SWT. di dalam surah Al-Isra’ ayat 81 ;
“Dan katakanlah: Yang benar telah datang dan yang batil telah terhapus”. Sesungguhnya yang batil itu adalah sesuatu yang pasti akan terhapus”.

Tuesday, April 10, 2012

MENGIMARAHKAN MASJID ADALAH TUGAS HAMBANYA YANG BERIMAN KEPADA ALLAH DAN HARI AKHIRAT

OLEH ABU RIDHWAN AN NADWI

Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk. (18)

Pemakmur masjid itu hanya boleh memakmurkan masjid apabila pandangan hidupnya terbentuk daripada keyakinannya terhadap iman kepada Allah dan Hari Akhirat.
Manusianya juga mementingkan hablun minaLlah melalui solat.
Manusianya juga mengutamakan hablun minannaas melalui zakat.
Segala cabaran yang mendatang pada menghalang proses merealisasikan sebuah masjid yang makmur, dibentengi oleh keberaniannya yang tidak takut melainkan kepada Allah.
Mudah-mudahan dengan acuan yang demikian, berolehlah mereka petunjuk dari Allah untuk diagih-agihkan kepada sekalian yang berkunjung ke rumah Allah.

Monday, April 2, 2012