[Kuliah Subuh 09.08.2015 / 24 Syawal 1436H Masjid Sirajuddin Al Anuar Batu Belah oleh Dato' Nahrawi Hj Hashim]
Semoga Tarbiah Ramadhan akan diteruskan selepas ini.
Orang yang serahkan dirinya secara total kepada Allah, maka digelar Muslim Hakiki.
Orang yang lakukan maksiat, walaupun turut lakukan ibadah, digelar Muslim Maksiat.
Orang yang tidak serahkan dirinya secara total kepada Allah walaupun turut sama beribadah digelar Muslim Syaitan
Motto Hidup
--------------------
Rebut PAHALA ganjaran sebanyak mungkin, selagi masih sihat hayat dikandung badan
--> kerjakan kebajikan vs jauhkan kemungkaran
--> Buat sebanyak mungkin kebaikan vs jangan sekali buat kejahatan
Allah cipta manusia, fitrahnya suka kepada kebaikan/kebenaran. Amalan yang dilakukan ikut Al Quran dan sunnah barulah Allah akan balasnya dengan pahala
"Apa juga kebaikan yang kamu kerjakan nescaya diketahui oleh Allah" - Al Baqarah 197
"Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)" - Zalzalah 7