Mohd Sukri Shariff, [19.11.15 23:31]
[Kuliah Maghrib 14.11.2015 Masjid Sirajuddin Al Anuar Batu Belah Klang oleh Hj Azmil Mustafa]
Kehilangan Islam
-----------------------
Katalah dlm sebuah masjid ada 300 makmum berjemaah, ramai lg di luar sana yg tak solat, yg tak mengaji Al Quran. Adakah Islam berkembang atau Islam semakin meruncing di Malaysia ini. Kita ni di dlm unsur2 kehilangan Islam
Kajian Hj Azmil Mustafa ada 2 perkara tentang Imam Bukhari yg berasal dr Bukhara (Uzbekizthan). Beliau menunjukkan minat tentang Ilmu Hadith. Di India beliau bertemu Imam Tarmizi. Di Bukhara Ibmu Sina dilahirkan juga, selain itu ramai ulamak dilahirkan hingga menjadi tempat yg mahsyur (pudat Ulamak Islam).
Setelah dijajah oleh USSR selama 200 tahun, tempat itu bagaikan hilang segalanya tentang Islam, hinggakan nak sebut kalimah Syahadah pon tak ramai yg tahu, hinggakan juga kain sejadah juga mereka tidak tahu fungsinya. Nama2 mereka juga tidak dibenarkan berunsur Islam, hingga ditambah unsur2 Rusia, spt Ibrahimovic, Kasimmmof.
Surah Muhammad ayat 9 yg bermaksud,
ذَٰلِكَ بِأَنَّهُمْ كَرِهُوا مَا أَنْزَلَ اللَّهُ فَأَحْبَطَ أَعْمَالَهُمْ
Berlakunya yang demikian, kerana sesungguhnya mereka tidak menyukai apa yang diturunkan oleh Allah (mengenai ajaran tauhid dan hukum-hukum syarak yang diterangkan di dalam Al-Quran), lalu Allah menggugurkan amal-amal mereka. (47;9)
Ada 3 jenis katagori manusia
1. Islam ikut-ikutan, pantang dengar jer cakap babi, asyik nak marah jer, tak boleh makan babi
2. Mazhab umat terlalu pandai
a) Mazhab Ramadhaniah (hanya nampak/muncul di Bulan Ramadhan)
b) Mazhab Lailatul Qadar (hanya muncul pd 10 malam2 terakhir, beribadah, habis2an).
--> mereka ini tidak berguru disebabkan terlalu pandai dan terpedaya oleh Syaitan.
Al Ankabut ayat 38 yg bermaksud, "Dan (ingatkanlah peristiwa kebinasaan) Aad (kaum nabi Hud) dan Thamud (kaum Nabi Soleh); dan telahpun ternyata kepada kamu sebahagian dari bekas-bekas tempat kediaman mereka; dan (kebinasaan mereka yang demikian ialah disebabkan) Syaitan memperelokkan pada pandangan mereka: amal-amal mereka (yang jahat itu), lalu ia menghalangi mereka dari jalan Allah; padahal mereka orang-orang yang bijak pandai dan berakal (yang dapat membezakan yang benar dan yang salah)."
--> syaitan memperelokkan perkara2 yg baik pd pandangan mereka spt hanya beramal pd satu malam saja iaitu Lailatul Qadar.
3. Islam Sekular, betapa liciknya pihak musuh Islam memesongkan Aqidah umat Islam, mereka tidak memaksa umat Islam utk jd Murtad, tp secara halus kita sendiri akhirnya lakukan perkara2 yg menjerumuskan kpd perkara yg membatalkan aqidah.
--> satu ketika PM England sdg berucap di parlimen, dia katakan selagi umat Islam berpegang kpd buku laknat ini (Al Quran) mustahil bg kita utk menundukkan dan mengalahkan mereka (umat Islam). Maka oleh itu kita hendaklah memidahkan mereka dgn buku laknat mereka, katanya lagi.
Surah Al Ahzab ayat 48 yg bermaksud,
وَلَا تُطِعِ الْكَافِرِينَ وَالْمُنَافِقِينَ وَدَعْ أَذَاهُمْ وَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ ۚ وَكَفَىٰ بِاللَّهِ وَكِيلًا
"Dan janganlah engkau menurut kehendak orang-orang kafir dan orang-orang munafik dan janganlah engkau hiraukan usikan dan celaan mereka, serta berserahlah kepada Allah (memelihara keadaanmu); dan cukuplah Allah menjadi Pelindung (yang menyelamatkanmu)."
--> kita katakan hukum Hudud tidak sesuai utk digunakan dlm negara kita di mana mereka mendustakan kata2 Allah SWT.
Surah Ali Eemran ayat 49 yg bermaksud, "
--> Surah Al Maidah ayat 87 yg bermaksud, "
--> Surah Al Ahzab ayat 67 yg bermaksud, "Dan mereka berkata lagi: "Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua dan orang-orang besar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar." (33;67)
ayat 68 yg bermaksud, "Wahai Tuhan kami, berilah mereka azab sengsara dua kali ganda, dan laknatkanlah mereka dengan laknat yang sebesar-besarnya!" (33;68)
Surah Luqman ayat 21 yg bermaksud, "Dan apabila dikatakan kepada mereka (yang ingkar): "Turutlah akan apa yang telah diturunkan oleh Allah" mereka menjawab:" (Tidak), bahkan Kami hanya menurut apa yang Kami dapati datuk nenek k
Mohd Sukri Shariff, [19.11.15 23:31]
ami melakukannya". Patutkah mereka (menurut datuk neneknya) sekalipun Syaitan mengajak mereka itu (melakukan perbuatan yang menjerumuskan mereka) ke dalam azab api neraka yang marak menjulang?."
Surah Ali Eemran ayat 28 yg bermaksud, "Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Dan sesiapa yang melakukan (larangan) yang demikian maka tiadalah ia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu). Dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diriNya (menyeksa kamu). Dan kepada Allah jualah tempat kembali.."
Surah Al Baqarah ayat 189 yg bermaksud, "Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) mengenai (peredaran) anak-anak bulan. Katakanlah: "(peredaran) anak-anak bulan itu menandakan waktu-waktu (urusan dan amalan) manusia, khasnya ibadat Haji. Dan bukanlah perkara kebajikan: kamu memasuki rumah dari bahagian belakangnya (ketika kamu berihram) akan tetapi kebajikan itu ialah perbuatan orang yang bertaqwa; dan masuklah ke rumah (Kamu) itu melalui pintunya, serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya."
--> sepatutnya kita kira kalendar/taqwim ikut bulan instead of ikut matahari, kenapa tak nak ikut taqwim yg diasaskan oleh Islam itu sendiri.
Surah Al An'am ayat 116 yg bermaksud, "Dan jika engkau menurut kebanyakan orang yang ada di muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah; tiadalah yang mereka turut melainkan sangkaan semata-mata, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta."
Surah Al An'am ayat 153 yg bermaksud, "Dan bahawa sesungguhnya inilah jalanKu (ugama Islam) yang betul lurus, maka hendaklah kamu menurutnya; dan janganlah kamu menurut menurut jalan-jalan (yang lain dari Islam), kerana jalan-jalan (yang lain itu) mencerai-beraikan kamu dari jalan Allah, Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu bertaqwa."
Wallahua'lam
No comments:
Post a Comment