Keutamaan Akhlak Mulia
====================
Tajuk inilah yg menjadikan kita di Malaysia hari ni jd haru biru, byknya lompong akhlak yg buruk berlaku di dlm masyarakat kita.
--> kita mmg perlukan akhlak yg baik, akhlak yg mulia di dlm kehidupan seharian.
--> Jadikanlah akhlak Nabi SAW sbg akhlak yg patut dicontohi, tp sekarang kita hanya mencontohi pemimpin akhlak negara, arits, ahli sukan, akhlak pak imam?
--> manusia sbg haiwan sosial, dia bercakap, dia bertembung, dia berbual, ketika itu mungkin ada kekhilafan di antara mereka, maka maafkanlah mereka. Begitu juga dlm keluarga, maka bersifatlah pemaaf jika ada kekhilafan berlaku.
--> bila kita bersifat pemaaf, keadaan nadi akan jd normal, darah kita tidak bergerak dgn laju, emosi tidak bergolak. Salah satu utk meredakan nadi, jgn lah jd pemarah.
--> suruhlah kpd yg makruf, apa saja yg disukai oleh Allah, manusia juga suka dan tidak semeatinya manusia suka, Allah juga suka.
--> apakah kelebihan org yg sukakan amal makruf tanya Nabi Musa kpd Allah. Lalu Allah menjawab, setiap perkataan yg digunakan utk mengajak kpd kebaikan bersamaan dgn setahun melakukan kebaikan. Semua org mampu melakukannya.
--> berpalinglah kpd org2 yg jahil, sbb mereka tiada ilmu hanya ada emosi saja, maka tinggalkanlah dia kerana itu yg diajar oleh Islam.
--> pesanan yg diberikan okeh Luqman Hakim kpd anak2 nya
1. Suruhlah mengerjakan kakruf
2. Suruhlah mencegah kemungkaran
3. Jadikanlah kita org yg bersabar
--> perkara yg memberatkan MIZAN kita di akhirat adalah TAQWA kita kpd Allah SWT (laksanakan segala perintah Allah SWT dan tinggalkan segala keburukan) dan mempunyai AKHLAK yang mulia.
--> perkara yg meringankan MIZAN kita adalah KUFUR. Maka berhati2 bila bercakap, kalau tak tahu sesuatu perkara, diamkan diri sajalah.
--> berdoa kpd Allah, "Ya Allah KAU jadikanlah aku sbg hamba yg suka lakukan ibadah, dan jauhkan aku dr melakukan perkara2 mungkar."
--> Akhlak yg baik adalah satu perkara yg membahagiakan kehidupan seharian. Sentiasa berbuat kebaikan kpd setiap manusia dr sekecil2 perkara kpd sebesar perkara.
--> seorg lelaki dtg kpd Rasulullah SAW, bertanya sebyk 3 kali, wahai Rasulullah, apakah agama itu? Rasullullah jawab, AKHLAK yg mulia. Lelaki itu tanya lg dtg dr sebelah kiri, Rasulullah jawab lg, akhlak yg mulia, lelaki itu tanya lg dtg dr sebelah kanan pulak, maka Rasulullah jawab lg, akhlak yg mulia.
--> kadang2 kita dgn kawan2 mmg hebat begitu baik sekali, tp di kalangan ahli keluarga, pantang lambat skit, pasti dihamputnya. Salah satu akhlak yg baik adalah memuluakan manusia.
--> apakah yg sial/celaka itu wahai Rasulullah SAW apabila ditanya oleh seorang sahabat, lalu Rasulullah SAW jawab, AKHLAK yg buruk itulah yg celaka. Salah satunya adalah sifat PEMARAH.
--> seorang lelaki dtg mendekati Rasulullah SAW supaya memberi wasiat (pesanan) kpdnya, lalu Rasulullah SAW menjawab, takutkan lah Allah walau di mana kamu berada, gantikan setiap keburukan yg kamu terima dgn kebaikan dan bergaul sesama manusia dgn akhlak mulia. Mulakan dgn ahli keluarga, kawan2 dan seterusnya. Maniskan muka (senyum) dan memberi salam apabila berjumpa seseorang.
--> bila seseorang yg dh mati, lalu disebut2 akan kebaikannya selalu oleh org yg masih hidup, maka dia adalah salah seorang calon ahli syurga.
Wallahua'lam
No comments:
Post a Comment