Saturday, May 14, 2011

IKTIBAR DARI SUNAMI

Muslimin yang dirahmati Allah SWT,
Saya berpesan buat diri saya dan tuan-tuan sekalian, marilah kita bertaqwa kepada
Allah SWT dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-
Nya. Marilah kita menginsafi bahawa kehidupan di dunia ini adalah sementara sahaja.
Kita hanyalah umpama musafir dalam perjalanan jauh ke akhirat. Kita singgah sebentar
di dunia untuk menghadapi ujian kehidupan. Selepas itu, kita akan meneruskan
perjalanan panjang ke akhirat yang lebih jauh dan panjang.
Sidang Jumaat sekalian,

Sebenarnya ada pendokong fahaman sekular yang tidak menolak kewujudan Allah.
Namun, mereka menganggap Allah tidak berperanan dalam perkembangan alam dan
kehidupan manusia. Pada pandangan mereka Allah mencipta alam semesta dengan
kuasa-Nya, lalu membiarkan ia berjalan berdasarkan sistem semula jadi nya. Terserahlah
kepada manusia untuk menguruskan alam dan menghadapi segala kemungkinan dari
sistem tabi¡¦inya. Ini termasuklah penafsiran terhadap segala musibah yang berlaku. Ia
dianggap tiada kaitan dengan perlakuan manusia mahu pun kemurkaan Allah SWT.
Islam tidak melihat begitu. Sebaliknya Allah yang Maha Mencipta, Dialah juga
yang mengurus dan mentadbir alam ini. Antara namanya yang baik adalah Ar-Raqib
(bererti yang Maha Memerhati dan Maha Mengawasi) dan Al-Muhaimin (bererti Yang
Maha Menaungi). Alam yang telah dicipta alam ini tidak dibiarkan begitu sahaja.
Firman Allah SWT dalam Surah Ar-Rahman ayat 29;
يَسۡـَٔلُهُ ۥ مَن فِى ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ‌ۚ كُلَّ يَوۡمٍ هُوَ فِى شَأۡنٍ۬ (٢٩)
Maksudnya; ¡¨ Sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi sentiasa berhajat dan
memohon kepada-Nya. Tiap-tiap masa Dia di dalam urusan (mencipta dan
mentadbirkan makhluk-makhluk-Nya¡¨.
Begitu juga manusia. Manusia yang dicipta juga tidak dilepaskan begitu sahaja
tanpa petunjuk agama dari-Nya. Bahkan, Allah memberi mereka panduan untuk segala
urusan kehidupan mereka.
Tetapi Allah sedang menguji manusia. Mereka diuji untuk membezakan antara
mereka siapa yang lebih baik amalannya.
Firman Allah lagi, dalam surah Al-Mulk ayat 2;
ٱلَّذِى خَلَقَ ٱلۡمَوۡتَ وَٱلۡحَيَوٰةَ لِيَبۡلُوَكُمۡ أَيُّكُمۡ أَحۡسَنُ عَمَلاً۬‌ۚ وَهُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡغَفُورُ (٢)
Maksudnya; ¡§Dialah yang mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) ¡V untuk menguji
dan menzahirkan keadaan kamu, siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan
Ia maha kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, bagi orang-orang yang
bertaubat)¡¨.

Sidang Jumaat sekalian,
Justeru, marilah kita perhatikan beberapa ayat Al-Quran yang menjelaskan tentang
hakikat bala dan bencana yang ditimpakan ke atas manusia.
Firman Allah SWT dalam surah An-Nisa¡¦ ayat 147;

Maksudnya; ¡§Apa gunanya Allah menyiksa kamu sekiranya kamu bersyukur (akan
nikmat-Nya) serta kamu beriman (kepada-Nya)? . Dan (ingatlah) Allah sentiasa
membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur kepada-Nya), lagi
Maha Mengetahui (akan hal keadaan mereka)¡¨.
Firman-Nya lagi dalam surah Al-Qasas ayat 59;
وَمَا كَانَ رَبُّكَ مُهۡلِكَ ٱلۡقُرَىٰ حَتَّىٰ يَبۡعَثَ فِىٓ أُمِّهَا رَسُولاً۬ يَتۡلُواْ عَلَيۡهِمۡ ءَايَـٰتِنَا‌ۚ وَمَا ڪُنَّا مُهۡلِكِى ٱلۡقُرَىٰٓ إِلَّا وَأَهۡلُهَا ظَـٰلِمُونَ (٥٩)
Maksudnya; ¡§Dan tidaklah menjadi kebiasaan Tuhanmu membinasakan mana-mana
negeri sebelum Ia mengutus ke ibu negeri itu seorang Rasul yang akan membacakan
kepada penduduknya ayat-ayat keterangan Kami; dan tidaklah menjadi kebiasaan Kami
membinasakan mana-mana negeri melainkan setelah penduduknya berlaku zalim¡¨.
Ayat-ayat ini menjelaskan bahawa kita sentiasa dalam pemerhatian Tuhan yang
mencipta kita. Jika kita benar-benar beriman dan bersyukur, maka tiada sebab Allah
mahu menyiksa kita. Sebaliknya, apa sahaja musibah yang menimpa manusia, pasti ada
sebabnya. Mungkin ia diketahui atau disedari. Mungkin juga ia belum dikenal pasti dan
difahami puncanya. Namun, tiada kebinasaan yang ditimpakan selain kerana kezaliman
manusia.
Justeru, manusia hendaklah sentiasa menyemak dan memerhati ke dalam diri.
Sentiasa bermuhasabah dan meningkatkan ketaqwaan diri terhadap Allah SWT Tuhan
yang mencipta seluruh makhluk.


Jepun
Kita disuruh supaya sentiasa menyemak diri. Sekurang-kurangnya, kita perhatikan
di tahap manakah umat Islam telah berperanan dalam menyampaikan risalah agama ini
kepada manusia lain. Jepun yang pernah menjajah negara kita ini adalah sebuah negara
di Timur Jauh. Jauh juga ia dari hidayah agama Allah ini. Tidak ramai orang Jepun
yang memeluk Islam. Bangsa yang kuat bekerja ini pula nampaknya kurang berminat
berbicara tentang agama dan rohani. Orang-orang Islam yang menziarah negara itu,
sukar menemui masjid untuk beribadat.
Justeru, tentu ada hikmah di sebalik bencana dan bala yang menimpa ini. Tentu
ada sesuatu yang dikehendaki oleh Allah. Yang kita tidak mengetahuinya. Namun kita
tetap mengharapkan kebaikan dari-Nya.
Walaupun tidak seperti reaksi rakyat sebuah Negara Asia yang meronta dan
meraung berdepan dengan musibah tsunami tahun 2004, mangsa-mangsa di Jepun
kelihatan lebih teratur dan terkawal. Namun, derita batin siapa yang tahu. Jiwa yang
merana akibat bencana tentu perlukan bimbingan. Jika dibiarkan, ia mungkin
menyebabkan banyak kemurungan. Kedukaan dalaman ini kadang-kadang menyebabkan
pesakitnya rela membunuh diri sendiri. Kerana itu, Islam mengajar kita beriman kepada
qadha¡¦ dan qadar dari Allah. Baik takdir yang baik, mahu pun takdir yang buruk.
Semuanya datang dari Allah untuk menguji manusia.
Sidang Jumaat sekalian,
Marilah kita mengambil pengajaran dari segala kejadian yang sentiasa
mengingatkan kita kepada Allah. Mengingatkan kita tentang kelemahan insan. Bala
bencana ini memberi kita beberapa pengajaran:
1. Manusia, walau sehebat mana dan semaju mana pun, tidak dapat menandingi
kuasa Allah. Teknologi yang dicipta manusia tetap perlu diisi dengan
kemanisan iman.
2. Ketika jiwa manusia gundah-gulana, manusia perlu bersabar dan kembali
kepada Allah. Sebagaimana manusia juga perlu bersyukur dan mengingati
Allah ketika senang.
3. Dakwah perlu disampaikan kepada seluruh manusia, tidak kira di mana mereka
berada. Dengan hidayah Islam, manusia akan dapat mengecapi kebahagiaan
yang hakiki, di dunia dan akhirat.
4. Manusia hendaklah mendidik jiwa mereka supaya redha dengan ketentuan
Allah. Tanpa sikap pasrah ini, manusia akan berputus asa. Lalu mereka
menjadi merana di dunia, dan sengsara pula di akhirat.
Sidang Jumaat sekalian,
Di sinilah pentingnya agama. Di sinilah peranan umat Islam. Usaha dakwah perlu
dipergiatkan lagi. Mudah-mudahan, ada di antara yang punya kudrat, inisiatif dan
kesungguhan untuk menyampaikan risalah Islam ini kepada mereka yang ditimpa
musibah itu. Adalah menjadi harapan kita kelak, negara yang saban hari mula-mula
menerima matahari inilah yang akan mula-mula mendirikan solat subuh setiap hari.
Bukan lagi menyembah matahari.
Maksudnya ; ¡§Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk
kepadanya nescaya Ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam;
dan sesiapa yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya Ia menjadikan
dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit
(dengan susah-payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang
yang tidak beriman¡¨.


KHUTBAH KEDUA
Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang Maha berkuasa, kami bersyukur kehadrat-Mu yang
telah mengurniakan kami rahmat dan nikmat, sehingga kami dapat
meneruskan usaha ke arah memperkukuhkan negara umat Islam khususnya negeri
Selangor, sebagai negeri yang maju, sejahtera dan berkebajikan.
Justeru kami pohon kehadrat-Mu Ya Allah, tetapkanlah iman kami, tingkatkanlah
amal kami, kukuhkanlah perpaduan kami, murahkanlah rezeki kami, kayakanlah kami
dengan ilmu yang bermanfaat, suburkanlah jiwa kami dengan budi pekerti yang mulia,
kembalikanlah kami ke jalan yang Engkau redhai, lindungilah kami daripada ujian-Mu
yang berat seperti kemarau panjang, banjir besar, wabak penyakit, persengketaan,
kemiskinan dan lain-lain, supaya dengan demikian, negeri kami akan sentiasa bertambah
makmur dan berkat.

1 comment:

Mohd Sukri Shariff said...

ada mata melihat ,ada telinga mendengar dan akal pikir ..jadilah ia sebagai iktibar dan pengajaran buat kita semua