Monday, May 30, 2011

khutbah jumaat : Guru Agen Perubahan Ummah

" GURU: AGEN PERUBAHAN UMMAH "
Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah SWT,
Marilah kita mempertingkatkan ketaqwaan kepada Allah S.W.T dengan
mematuhi segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.
Allah S.W.T telah berfirman dalam surah AZ-Zumar ayat 9:
أَمَّنۡ هُوَ قَـٰنِتٌ ءَانَآءَ ٱلَّيۡلِ سَاجِدً۬ا وَقَآٮِٕمً۬ا يَحۡذَرُ ٱلۡأَخِرَةَ وَيَرۡجُواْ رَحۡمَةَ رَبِّهِۦ‌ۗ قُلۡ هَلۡ يَسۡتَوِى ٱلَّذِينَ يَعۡلَمُونَ وَٱلَّذِينَ لَا يَعۡلَمُونَ‌ۗ إِنَّمَا يَتَذَكَّرُ أُوْلُواْ ٱلۡأَلۡبَـٰبِ
¨Katakanlah (lagi) kepadanya: ¡¨Adakah sama orang-orang yang mengetahui
dengan orang-orang yang tidak mengetahui?¡¨ Sesungguhnya orang yang dapat
mengambil pengajaran dan peringatan hanyalah orang-orang yang berakal
sempurna¡¨.

Ayat ini menjelaskan bahawa dalam masyarakat manusia ini terdapat dua
golongan iaitu yang berilmu dan yang tidak berilmu. Pemikiran dan pandangan
hidup keduanya dalah berbeza, yang kurang ilmu mungkin tidak dapat berfikir
seperti mereka yang berilmu. Sikap dan pendirian orang yang berilmu juga
berbeza dengan orang jahil dalam situasi yang tertentu.
Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah SWT,
Kita bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana menjadikan kita golongan
yang beriman dan berilmu pengetahuan. Di samping itu, marilah lita
mengucapkan ¡§Selamat Hari Guru¡¨ kepada para guru yang berjasa mendidik
kita dan generasi kita dalam semua peringkat, sama ada di peringkat prasekolah
hinggalah ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT).
Tidak dapat dinafikan bahawa guru merupakan agen terpenting dalam
menyampaikan ilmu dan menyumbang kepada keberkesanan sistem
pendidikan. Walau baik sekalipun sistem pendidikan itu sekiranya agen yang
menyampaikannya tidak efektif, hasilnya tidak akan sampai kepada kejayaan
murni yang dicita-citakan. Oleh itu, kejayaan dan keberkesanan sistem
pendidikan dalam menjana kefahaman masyarakat supaya menjadi lebih
unggul dapat dicapai melalui hasil usaha para guru yang bertugas sebagai
pendidik.
Sejarah telah membuktikan tentang kegemilangan serta kejayaan para guru
melaksanakan tugas dan peranan tersebut. Kesedaran untuk membangunkan
masyarakat supaya lebih baik adalah penting. Persaingan teknologi yang amat
canggih dewasa ini memerlukan suatu pengarahan yang lebih kukuh supaya
pelajar-pelajar dapat menentukan arah tuju hidup masing-masing. Para pelajar
harus diberi pendedahan untuk menyaring serta memilih ilmu dan teknologi
canggih masa kini. Dalam hal ini, para guru mestilah turut sama menguasai
ilmu dan teknologi baru yang semakin berkembang dan mencabar ke arah
melahirkan generasi berdaya saing. Ini seiring dengan tuntutan Islam di mana
peranan guru telah pun dipelopori oleh Nabi Muhammad S.A.W berpandukan
kepada wahyu-wahyu yang telah disampaikan kepada Baginda yang
kemudiannya Baginda menyampaikan pula kepada para sahabatnya.
Islam menyanjung tinggi peranan guru, kerana guru merupakan golongan
ulama¡¦ yang bertanggungjawab dan mempunyai kedudukan tinggi dalam
masyarakat. Rasulullah S.A.W bersabda:العلماء ورثة الانبياء
¨Sesungguhnya ulama¡¦ itu adalah mewarisi perjuangan para Nabi¡¨.
(Riwayat Abu Daud dan At-Tirmizi)
Para guru sewajarnya mempunyai ilmu yang luas dan pemikiran yang
mantap serta keperibadian yang luhur. Kelebihan ini nescaya dapat menjana
para ilmuan yang berwibawa melahirkan golongan pemikir yang
bertanggungjawab serta berbudi pekerti mulia bahkan berupaya menjadi ikutan
kepada seluruh umat Islam.
Setiap tingkah laku serta tindak-tanduk perwatakan guru akan menjadi
perhatian serta ikutan kepada pelajar. Malahan masyarakat meletakkan
martabat guru sebagai sumber ilmu dan dihormati kerana peranannya yang
besar dalam menggerakkan perubahan dan pembangunan masyarakat.
Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah SWT,
Kerjaya perguruan kini menghadapi banyak dugaan dan cabaran baru
yang menghendaki setiap guru menumpukan sepenuh perhatian terhadap
kerjayanya.
Perubahan yang pantas berlaku di dunia hari ini dan di negara kita
memerlukan para guru segera bingkas bangun mendepani cabaran yang ada
berbekalkan ilmu dan tindakan yang proaktif supaya dapat mencorakkan dan
mengawal suasana warga pelajar dan masyarakat daripada keciciran dan
ketinggalan dalam semua bidang.
Guru selain berfungsi sebagai pendidik dan pengajar ia hendaklah
sentiasa menggarap ilmu pengetahuan dan mampu menyerlah dengan
pembinaan sakhsiah yang luhur dan berwibawa menjadi ikutan semua lapisan
masyarakat. Ia hendaklah menyedari setiap perubahan dan gerakan yang
berlaku khususnya dalam aspek pembangunan negara adalah berkait rapat
dengan peranan seseorang guru. Guru yang kreatif dan bijak menyelesaikan
segala kebuntuan akan mampu membawa perubahan dan pembangunan anak
didiknya dan sekaligus membawa kepada kemajuan negara.
Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah SWT,
Pendidikan adalah satu pelaburan yang besar untuk masa depan ummah
dan bangsa kita. Kita perlu melahirkan generasi yang bercita-cita tinggi,
mempunyai azam dan kemahuan yang kuat demi membentuk masyarakat yang
berjaya dengan cemerlang. Justeru, masyarakat dan negara kita amat
beruntung apabila kita mempunyai ciri-ciri pendidik seperti berikut;
Pertama : Pendidik yang memahami tujuan dan matlamat
pendidikan untuk melahirkan insan luhur, beriman dan
amat bermanfaat kepada pembangunan masyarakat dan
negara.
Kedua : Pendidik yang bertanggungjawab melaksanakan tugas
yang diamanahkan.
Ketiga : Pendidik yang mempunyai keperibadian yang luhur,
berakhlak mulia, mempunyai kesabaran dan keikhlasan.
Keempat : Pendidik yang peka dan prihatin terhadap
perkembangan masyarakat sekelilingnya.
Kelima : Pendidik yang menjadi penggerak serta penyubur
budaya ilmu.
Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah SWT,
Peranan para guru bukan sahaja bertanggungjawab untuk membekalkan
nilai yang luhur kepada generasi selanjutnya, ia juga mestilah berusaha
memperbaiki keadaan masyarakat semasa. Tenaga guru tidak terhad di dalam
bilik darjah atau pun persekitaran kawasan sekolah sahaja. Para guru
hendaklah menyedari hakikat bahawa pendidikan merupakan agen perubahan
nilai sosial, dalam apa sahaja aktiviti kemasyarakatan setempat yang
berperanan merubah daripada keadaan sedia ada kepada yang lebih baik.
Sesungguhnya, peranan guru dalam membangunkan masyarakat amat
luas. Guru harus memperlengkapkan dan menyesuaikan diri dalam setiap
kehidupan di dalam sesebuah masyarakat. Sebagai contoh adakalanya guru
mengambil peranan sebagai kerani, sebagai pengurus, seorang aktivis
persatuan, seorang pentadbir, seorang ahli masyarakat yang unggul, seorang
pembimbing, seorang hakim dan sebagainya.
Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah SWT,
Bagi memperkasakan kerjaya perguruan ini, sokongan ibubapa dan
masyarakat amat diperlukan.
Marilah kita mengucap syukur ke hadrat Allah S.W.T dan memberikan
ucapan penghargaan atas apa yang telah disumbangkan oleh para guru
kepada kita dan mendoakan agar mereka ditetapkan iman, bertaqwa dan
beramal soleh walaupun di mana mereka berada. Mereka yang telah kembali
ke rahmatullah, kita doakan supaya jasa dan pengorbanan mereka diberi
ganjaran yang selayaknya oleh Allah S.W.T dan ditempatkan bersama orangorang
yang soleh.
Allah menerangkan bahawa tiada Tuhan melainkan Dia (Allah) yang sentiasa
mentadbir dengan keadilan dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang
berilmu. Tiada Tuhan melainkan Dia yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana¡¨.
(Ali Imran : 18)
شَهِدَ ٱللَّهُ أَنَّهُ ۥ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ وَٱلۡمَلَـٰٓٮِٕكَةُ وَأُوْلُواْ ٱلۡعِلۡمِ قَآٮِٕمَۢا بِٱلۡقِسۡطِ‌ۚ لَآ إِلَـٰهَ إِلَّا هُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلۡحَڪِيمُ  
 

No comments: