Saturday, May 14, 2011

Kewajipan Memilih Pekerjaan Yang Halal¡

Muslimin yang dirahmati Allah SWT.,
Saya menyeru agar kita bersama-sama meningkatkan ketakwaan kita
kepada Allah SWT dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan
meninggalkan segala larangan-Nya.
Muslimin yang dirahmati Allah SWT.,
Islam amat menggalakkan umatnya bekerja dan berusaha mencari rezeki
sebagai memenuhi tuntutan dan tanggungjawab kehidupan di dunia ini.
Firman Allah SWT dalam surah At-Taubah ayat ke 105 ;
وَقُلِ ٱعۡمَلُواْ فَسَيَرَى ٱللَّهُ عَمَلَكُمۡ وَرَسُولُهُ ۥ وَٱلۡمُؤۡمِنُونَ‌ۖ وَسَتُرَدُّونَ إِلَىٰ عَـٰلِمِ ٱلۡغَيۡبِ وَٱلشَّہَـٰدَةِ فَيُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمۡ تَعۡمَلُونَ (١٠٥)
Maksudnya ; ¡§Dan Katakanlah: Bekerjalah kamu, maka Allah dan Rasul-Nya
serta orang-orang mukmin akan melihat pekerjaanmu itu, dan kamu akan
dikembalikan kepada (Allah) yang mengetahui akan yang ghaib dan yang nyata,
lalu diberitakan-Nya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan¡¨.
Pekerjaan itu sendiri sebenarnya merupakan suatu ibadat yang akan dihitung
oleh Allah SWT di hari akhirat kelak. Firman-Nya di dalam surah Az-Zalzalah
ayat ke 7
فَمَن يَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَرَّةٍ خَيۡرً۬ا يَرَهُ ۥ (٧) وَمَن يَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَرَّةٍ۬ شَرًّ۬ا يَرَهُ ۥ (٨)
Maksudnya; ¡§Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat dzarrah pun,
nescaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan barangsiapa yang mengerjakan
kejahatan sebesar dzarrah pun, nescaya dia akan melihat (balasan)nya pula¡¨.
Apa sahaja pekerjaan yang dilakukan oleh manusia di atas muka bumi ini
pasti tidak akan terlepas daripada perhitungan Allah SWT. Mereka akan
dipersoalkan satu demi satu sehingga jelaslah semua pekerjaan yang mereka
lakukan di dunia ini. Sekiranya mereka melakukan pekerjaan yang baik lagi halal
maka akan berbahagialah mereka di hari perhitungan kelak. Sebaliknya bagi
mereka yang melakukan pekerjaan jahat dan haram maka keadaan mereka akan
menjadi hina dan tercela pada hari tersebut.

Muslimin yang dirahmati Allah SWT.,
Syariat Islam telah membahagikan jenis pekerjaan kepada dua bahagian
iaitu pekerjaan yang halal dan pekerjaan yang haram. Menurut Prof. Dr. Yusuf
Al-Qardhawi, bahawa perkara yang halal itu ialah setiap perkara yang
diharuskan dan diberi keizinan oleh syarak untuk melakukannya. Manakala
perkara yang haram pula ialah yang ditegah oleh syarak sekira-kira ia akan
mendapat balasan buruk di akhirat, bahkan ada kalanya di dunia ini lagi.
Sememangnya sesuatu pekerjaan itu sama ada halal atau haram, selagi
mana ianya dilakukan dengan bersungguh-sungguh pasti akan mendatangkan
hasil yang lumayan. Bahkan tidak dinafikan juga, dalam keadaan ekonomi
pada hari ini yang masih tidak stabil, manusia sanggup melakukan apa sahaja
demi mendapatkan wang ringgit dan harta kekayaan. Namun sebagai seorang
yang beriman, kita seharusnya memikirkan tentang dosa dan pahala serta kesan
buruk akibat daripada sikap tidak berhati-hati memilih sesuatu pekerjaan.
Janganlah kita hanya memikirkan keuntungan dunia samata-mata, sedangkan
pada hakikatnya keuntungan yang kita perolehi itu tidak membawa sebarang
keberkatan bahkan sebaliknya akan mendatangkan bencana pula di hari akhirat
kelak.
Dalam sebuah hadith Rasulullah s.a.w. bersabda :
Bermaksud: ¡§Akan datang suatu zaman ke atas umatku di mana seseorang itu
tidak peduli dari usaha apakah harta yang dimilikinya itu sama ada secara halal
atau pun haram¡¨.

Allah SWT tidak akan melepaskan hamba-Nya daripada siksaan di hari
akhirat kelak sekiranya harta benda yang dimilikinya ketika di dunia diusahakan
daripada pekerjaan yang tidak halal. Oleh kerana itu, sebagai seorang yang
beriman kita tidak seharusnya melakukan pekerjaan di premis-premis arak, judi,
pelacuran dan sebagainya yang salah di sisi syariat. Bekerja di premis-premis
seperti ini hanya akan mendatangkan sumber pendapatan yang tidak mendapat
keberkatan di sisi Allah SWT. Hasil usaha yang tiada keberkatannya ini sudah
pasti akan memberikan banyak kesan buruk di dalam kehidupan kita
sama ada di dunia ini mahupun di akhirat nanti.
Rasulullah s.a.w. bersabda ;
( Riwayat Tarmizi).
Maksudnya; ¡¨Setiap daging yang tumbuh dari pekerjaan yang haram, maka
neraka itu lebih utama baginya¡¨.
Muslimin yang dirahmati Allah SWT.,
Oleh kerana pekerjaan yang halal dan baik itu merupakan suatu ibadat,
maka Allah SWT telah menyediakan beberapa ganjaran kebaikan kepada
umatnya. Ini tidak lain dan tidak bukan adalah sebagai suatu dorongan kepada
umat Islam agar memilih pekerjaan yang halal dan diredhai oleh Allah SWT.
Antaranya ;
1. Kita akan mendapat penghidupan yang baik dan diberkati oleh Allah SWT.
Firman-Nya dalam surah An-Nahl ayat ke 97 yang bermaksud;
 مَنۡ عَمِلَ صَـٰلِحً۬ا مِّن ذَڪَرٍ أَوۡ أُنثَىٰ وَهُوَ مُؤۡمِنٌ۬ فَلَنُحۡيِيَنَّهُ ۥ حَيَوٰةً۬ طَيِّبَةً۬‌ۖ وَلَنَجۡزِيَنَّهُمۡ أَجۡرَهُم بِأَحۡسَنِ مَا ڪَانُواْ يَعۡمَلُونَ (٩٧)
¡¨Barangsiapa yang mengerjakan amal saleh, baik laki-laki mahupun
perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami
berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan Kami
beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang
telah mereka kerjakan.
2. Kita juga akan diberikan kedudukan yang mulia di sisi Allah SWT apabila
bertemu dengan-Nya di hari akhirat kelak. Perkara ini disebutkan oleh Allah
SWT dalam surah Toha ayat 75 yang bermaksud ;
وَمَن يَأۡتِهِۦ مُؤۡمِنً۬ا قَدۡ عَمِلَ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ فَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ لَهُمُ ٱلدَّرَجَـٰتُ ٱلۡعُلَىٰ (٧٥)
¡¨Dan barangsiapa datang kepada Tuhannya dalam keadaan beriman, dan
telah beramal saleh, maka mereka itulah orang-orang yang memperoleh
darjat yang tinggi (mulia)¡¨.
3. Ganjaran besar yang diberikan oleh Allah SWT kepada umat-Nya yang
melakukan pekerjaan-pekerjaan yang baik ialah penghidupan di syurga
beserta rezeki yang melimpah-ruah. Ini bersesuaian dengan Firman Allah
SWT dalam surah Al-Mukmin ayat ke 40 yang bermaksud ;

¡§Barangsiapa mengerjakan sesuatu perbuatan jahat, maka dia tidak akan
dibalas melainkan sebanding dengan kejahatan yang dilakukannya itu. dan
barangsiapa mengerjakan amal yang saleh baik laki-laki mahu pun
perempuan sedang ia dalam keadaan beriman, maka mereka akan masuk
syurga, mereka diberi rezeki di dalamnya dengan tidak terhitung¡¨.
Demikianlah beberapa ganjaran yang disediakan oleh Allah SWT kepada
umat Islam apabila mereka melakukan pekerjaan-pekerjaan yang baik dan
menjauhi pekerjaan-pekerjaan yang dilarang oleh syariat Islam di dunia ini.
Sekalipun pekerjaan yang tidak halal ini menyediakan ganjaran dunia yang amat
lumayan, namun kita sebagai umat Islam hendaklah menyedari bahawa ganjaran
yang disediakan oleh Allah SWT itulah yang kekal abadi.
Firman Allah SWT dalam surah Al-A¡¦raf ayat ke 10 ;
وَلَقَدۡ مَكَّنَّـٰڪُمۡ فِى ٱلۡأَرۡضِ وَجَعَلۡنَا لَكُمۡ فِيہَا مَعَـٰيِشَ‌ۗ قَلِيلاً۬ مَّا تَشۡكُرُونَ (١٠)
Maksudnya ; ¡§Sesungguhnya Kami telah menempatkan kamu sekalian di muka
bumi dan Kami adakan bagimu di muka bumi (sumber) penghidupan. Amatlah
sedikit kamu bersyukur¡¨.
Muslimin yang dirahmati Allah SWT.,
Sesungguhnya Islam tidak pernah melarang umatnya memiliki harta
kekayaan. Malahan mereka amat digalakkan untuk mencari kekayaan dengan
pekerjaan yang halal. Apatah lagi sekiranya harta kekayaannya itu digunakan
pada perkara-perkara kebaikan seperti zakat, infaq, wakaf, bersedekah,
menolong umat Islam yang lain, menafkahkannya pada jalan Allah dan lain-lain
lagi.
Oleh kerana itu, untuk mendapatkan kekayaan, umat Islam mestilah
berusaha dan bekerja. Manakala pekerjaan yang dipilih itu pula mestilah
pekerjaan yang halal agar kekayaan yang bakal dimiliki akan mendapat
keberkatan di sisi Allah SWT.
وَمَا مِن دَآبَّةٍ۬ فِى ٱلۡأَرۡضِ إِلَّا عَلَى ٱللَّهِ رِزۡقُهَا وَيَعۡلَمُ مُسۡتَقَرَّهَا وَمُسۡتَوۡدَعَهَا‌ۚ كُلٌّ۬ فِى ڪِتَـٰبٍ۬ مُّبِينٍ۬ (٦)
(Surah Hud : 6 )
Maksudnya ; ¡§Dan tidak ada suatu binatang melata (makhluk yang bernyawa)
pun di bumi melainkan Allah-lah yang memberi rezekinya, dan Dia mengetahui
tempat berdiam binatang itu dan tempat penyimpanannya, semuanya tertulis
di dalam Kitab yang nyata (Luh mahfuz)¡¨.
Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang Maha berkuasa, kami bersyukur kehadrat-Mu
yang telah mengurniakan kami rahmat dan nikmat, sehingga kami dapat
meneruskan usaha ke arah memperkukuhkan negara umat Islam khususnya
negeri Selangor, sebagai negeri yang maju, sejahtera dan berkebajikan.
Justeru kami pohon kehadrat-Mu Ya Allah, tetapkanlah iman kami,
tingkatkanlah amal kami, kukuhkanlah perpaduan kami, murahkanlah rezeki
kami, kayakanlah kami dengan ilmu yang bermanfaat, suburkanlah jiwa kami
dengan budi pekerti yang mulia, kembalikanlah kami ke jalan yang Engkau
redhai, lindungilah kami daripada ujian-Mu yang berat seperti kemarau panjang,
banjir besar, wabak penyakit, persengketaan, kemiskinan dan lain-lain, supaya
dengan demikian, negeri kami akan sentiasa bertambah makmur dan berkat.

No comments: