Aturcara Majlis di mulakan selepas perasmian adalah Peraduan melukis kanak-kanak yang terdiri daripada umur 4-7
tahun. Bagi murid yang berumur 8-12 tahun pula acara silangkata dan bagi umur 13-15 tahun pula Kembara Ilmu.Acara
tersebut telah dikendalikan oleh Urudetia permainan yang diketuai oleh Muallimah Zamanun Hassan,
Untuk Sayang Istimewa Maulidur Rasul dengan Sembang Santai bersama ikon Muslimah Ustazah Norhafizah Musa.
Rasulullah saw merupakan peribadi yang unggul bagi seluruh umat manusia. Akhlak baginda yang mulia sehingga kini
diperakui ramai meskipun oleh kawan dan lawan. Jika dirujuk pada sejarah, remaja ataupun pemuda dan pemudi
merupakan pendokong utama perjuangan baginda. Peranan penting yang dibawaoleh remaja berterusan sehinggalah zaman kegemilangan Islam di Andalusia.
Pertandingan Futsal dan Ping Pong dan Pertandingan bola sepak raga bulatan juga dipertandingkan dengan sokongan
remaja Kampong Batu Belah dengan 12 pasukan Futsal dan 10 pasikan Ping-Pong.Semua perlawanan disebelah waktu pagi dan final diwaktu petang.
Pemeriksaan Kesihatan dan Derma darah telah bermula pada awal pagi dengan mendapat sambutan yang memberansangkan bagi memenuhi tabung darah yang diperlukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang.Terima kasih kepada penderma. antara penderma darah adalah Tuan Haji Syariff bin Makmur, Puan Ngah Asah Misnadi, Puan Khairumiza Daud dan lain-lain lagi.
Skim Bantuan Beras kepada Fakir Miskin dan Anak Yatim, Skim ini bertujuan untuk mengumpulkan beras yang
disumbangkan daripada umat Islam untuk diagihkan kepada fakir miskin dan anak-anak yatim yang berada dalam Kariah
Masjid Kampong Batu Belah. Sumbangan boleh dibuat dengan membeli beras deangan harga berikut :
1.10 kilo berharga RM25.00 dan2. 5 kilo beras berharga RM13.00.
Gerai Jualan dan Pameran pada tahun ini adalah seperti berikut : Lembaga Zakat Selangor, Kaunter Saham Wakaf Selangor, Aqso Syarif, Rakan cop PDRM daerah Klang Utara.
Gerai Jualan pula adalah pakaian, makanan, minuman, Takaful Etiqa dan Takaful Ikhlas,Takaful Prufential BSN, Jumble sale pakaian, stevia tea, Kurma madu dan Minuman Kundo serta jualan Buku agama dan Fikrah.
Di waktu petang pula diadakan Tahsin Solat oleh Ustaz Jaiz bin Kamus dari Jabatan Mufti Negeri Selangor dan Mini Konsert oleh Kumpulan Nasyid Amrain. Acara kemuncaknya adalah Majlis Khatam Maulidur Rasul dan Forum Perdana yang telah disampaikan oleh 2 orang panel iaitu Ustaz Ridzuan bin Rahmat dan YB Dr. Abdul Rani Osman ADUN Meru.Kesimpulan. Rasulullah Kekasih Allah, memimpin Ummah kejalan Taqwa.Wajib ada pada setiap individu muslim adalah Taqwa dalam setiap masa dan ketika dan iaitu Ustaz Ridzuan bin Rahmat dan YB Dr. Abdul Rani Osman ADUN Meru.Kesimpulan. Rasulullah Kekasih Allah, memimpin Ummah kejalan Taqwa.Wajib ada pada setiap individu muslim adalah Taqwa dalam setiap masa dan ketika dan
Kepimpinan melalui tauladan dalam semua perkara yang ditunjukan oleh Rasullah saw, benar, amanah, menyampaikan atau berdakwah dan cerdik dalam dalam memilih ketua. Dan Rasulullah tinggalkan 2 perkara jika kita semua berpegang kepadanya tidak akan sesat buat selama-lamanya yaitu Al-Quran dan As Sunnah.
Antara Jaguh
No comments:
Post a Comment