Tuesday, September 18, 2012

PROGRAM QURBAN MASJID SIRAJUDDIN AL-ANUAR 2012

Korban dari segi bahasa bermakna dekat dan dari segi istilah bermakna menjalankan sesuatu perintah agama atau taat kepada perintah Allah s.w.t. kerana ingin mendekati diri kepada Tuhan.

Ini bermakna setiap manusia Muslim dituntut supaya berkorban apa sahaja yang termampu untuk mendapat keredhaan Allah serta bagi menyatakan ketaatan kepada-Nya sama ada berbentuk fikiran, tenaga atau harta benda.

Sejarah pengorbanan manusia di atas muka bumi ini ialah kisah dua orang adik-beradik bernama Qabil dan Habil, anak kepada Nabi Adam a.s. yang mana mereka berdua pernah diuji, siapakah di antara kedua-duanya yang sudi mengorbankan hartanya bagi menyatakan ketaatan kepada Allah s.w.t. Borang penyertaan qurban tahun 2012 boleh dapat di sini

Friday, September 14, 2012

Allah itu Maha Adil


JAWAPAN ALLAH KEPADA YANG MENGELUH

ADAKAH AKU SUDAH DIKIRA BERIMAN?

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.” (Surah Al-Ankabut:2-3)

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN?

“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” (Surah Al-Baqarah:216)

KENAPA BERAT UJIAN INI?

“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” (Surah Al-Baqarah:286)

RASA FRUST? TENSION? LEMAH SEMANGAT?