Sunday, April 24, 2011

Kembalilah Ke Pangkuan Al-Quran

Khutbah Jumaat 22 April 2011: “Kembalilah Ke Pangkuan Al-Quran”
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian,
Saya berpesan kepada diri saya dan tuan-tuan sekalian, marilah kita sama-sama
mempertingkatkan ketaqwaan kita kepada Allah SWT dengan mentaati segala
perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya. Sesungguhnya kebahagiaan di
dunia dan kesejahteraan di akhirat hanyalah ditentukan oleh iman dan taqwa
yang dimiliki oleh setiap individu muslim itu sendiri.
Marilah kita jejaki hari-hari kehidupan kita dengan aktiviti-aktiviti yang
menggarap taqwa kita kepada Allah SWT dan menjadikan Al-Quran sebagai
petunjuk dan panduan kita untuk mendapatkan keredhaan Allah di dunia dan
akhirat.

Sidang Jumaat yang berbahagia,
Mengenang peristiwa demi peristiwa yang berlaku dewasa ini, gejala
demi gejala, musibah yang melanda dan jenayah yang berleluasa
mengharapkan satu penyelesaian untuk kebahagiaan sebuah kehidupan,
keharmonian, ketenteraman dan keselamatan.
Penurunan Al-Quran kepada kita, adalah sebenarnya sebagai satu
jawapan kepada kemelut yang ada. Apabila ternyata gagalnya sistem atau
peraturan manusia, sepatutnya sikap dan keyakinan kita hanya kepada AlKhutbah
Quran. Persoalannya bilakah lagi kita akan berjaya menjadikan undang-undang
agung ini sebagai peraturan dalam kehidupan kita. Hanya berpandukan
Al-Quran sahajalah yang mampu menjadi petunjuk, rahmat dan membawa berita
gembira serta panduan untuk membimbing manusia memperolehi jalan
kemenangan dan kebahagiaan.
Firman Allah SWT dalam surah An-Nahl ayat 89:
وَيَوۡمَ نَبۡعَثُ فِى كُلِّ أُمَّةٍ۬ شَهِيدًا عَلَيۡهِم مِّنۡ أَنفُسِہِمۡ‌ۖ وَجِئۡنَا بِكَ شَہِيدًا عَلَىٰ هَـٰٓؤُلَآءِ‌ۚ وَنَزَّلۡنَا عَلَيۡكَ ٱلۡكِتَـٰبَ تِبۡيَـٰنً۬ا لِّكُلِّ شَىۡءٍ۬ وَهُدً۬ى وَرَحۡمَةً۬ وَبُشۡرَىٰ لِلۡمُسۡلِمِينَ (٨٩)
“Kami turunkan kepadamu (Ya Muhammad) kitab Al-Quran ini bagi
menjelaskan tiap-tiap suatu perkara dan menjadi hidayah petunjuk, serta
membawa rahmat dan membawa berita gembira bagi orang-orang Islam”.
Al-Quran mampu menyelesaikan semua perkara yang berlaku kepada
dunia dan ia mampu menunjukkan jalan kebenaran sekaligus memberikan
rahmat kepada kehidupan manusia. Persoalannya adakah umat Islam hari ini
bersedia untuk kembali kepada hukum Islam sebagai penyelesai masalah yang
berlaku?.Hari ini kita melihat dunia menangis akibat kerosakan yang dilakukan
oleh tangan-tangan manusia. Sebahagian manusia semakin jauh terpesong
daripada Al-Quran yang menjadi petunjuk kepada mereka. Inilah punca akidah
semakin menyimpang, akhlak semakin goyang, syariat pula semakin hilang.
Keadaan semakin dahsyat dan mencabar. Justeru, amatlah wajar bagi
umat Islam segera kembali kepada Al-Quran sebagai penyelamat dan satusatunya
jalan penyelesaian.Kenapa manusia masih teraba-raba mencari formula lain untuk dijadikan
penyelesai masalah yang berlaku sedangkan Al-Quran telah menunjuki jalan
kepada kita bagaimana tuntasnya kemelut yang berlaku itu dengan kembali
melaksanakan segala isi kandungannya, menegakkan hukum-hakamnya dan
menjadikannya sebagai peraturan dan undang-undang bagi orang yang
bertaqwa?.
Firman Allah SWT dalam Surah Toha ayat 123:
قَالَ ٱهۡبِطَا مِنۡهَا جَمِيعَۢا‌ۖ بَعۡضُكُمۡ لِبَعۡضٍ عَدُوٌّ۬‌ۖ فَإِمَّا يَأۡتِيَنَّڪُم مِّنِّى هُدً۬ى فَمَنِ ٱتَّبَعَ هُدَاىَ فَلَا يَضِلُّ وَلَا يَشۡقَىٰ (١٢٣) وَمَنۡ أَعۡرَضَ عَن ذِڪۡرِى فَإِنَّ لَهُ ۥ مَعِيشَةً۬ ضَنكً۬ا وَنَحۡشُرُهُ ۥ يَوۡمَ ٱلۡقِيَـٰمَةِ أَعۡمَىٰ (١٢٤)
“Kemudian jika datang kepada kamu petunjuk dari-Ku, maka sesiapa
yang mengikut petunjuk-Ku itu nescaya ia tidak akan sesat dan ia pula tidak
akan menderita azab sengsara”.
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melaporkan dalam tempoh lima
tahun lalu (2004-2009), anak luar nikah yang telah didaftarkan ialah seramai
214,000 orang dan kebanyakannya membabitkan orang melayu yang beragama
Islam. Ini tidak termasuk kes buang bayi yang dilaporkan kepada Jabatan
Kebajikan Masyarakat (JKM).
Kita hairan berhadapan dengan sesetengah sikap yang ditonjolkan oleh
sebahagian umat Islam yang seolah-olah tidak yakin kepada kemampuan Al-
Quran untuk membendung dan menangani kes seperti masalah pembuangan
bayi tersebut. Sedangkan kehidupan yang dipandu Al-Quran telah menunjukkan
jalan penyelesaian kepada kita. Sepertimana berikut:
1. Digalakkan berkahwin ke atas orang-orang bujang agar kehormatan diri
mereka dapat dipelihara.
Firman Allah SWT dalam surah An-Nur ayat 32:
إِنَّ ٱلَّذِينَ يَرۡمُونَ ٱلۡمُحۡصَنَـٰتِ ٱلۡغَـٰفِلَـٰتِ ٱلۡمُؤۡمِنَـٰتِ لُعِنُواْ فِى ٱلدُّنۡيَا وَٱلۡأَخِرَةِ وَلَهُمۡ عَذَابٌ عَظِيمٌ۬ (٢٣)
“Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari
kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu,
lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan
kekayaan kepada mereka dari limpah kurnia-Nya kerana Allah Maha Luas
(rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi Maha mengetahui”.
2. Kewajipan menutup aurat hendaklah difahami sebagaimana Firman Allah
SWT dalam surah Al-Ahzab ayat 59:
يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّبِىُّ قُل لِّأَزۡوَٲجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَآءِ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ يُدۡنِينَ عَلَيۡہِنَّ مِن جَلَـٰبِيبِهِنَّۚ ذَٲلِكَ أَدۡنَىٰٓ أَن يُعۡرَفۡنَ فَلَا يُؤۡذَيۡنَۗ وَكَانَ ٱللَّهُ غَفُورً۬ا رَّحِيمً۬ا (٥٩)
“Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta
perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya
bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang
demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang
baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah
Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”.
3. Menjaga pergaulan bebas.
Hadith riwayat Tirmizi bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Tidaklah seorang lelaki berduaan dengan perempuan kecuali yang ketiganya
adalah syaitan”.
Hakikatnya tidak ada jalan lain yang mampu membendung dan
menyelesaikan masalah ini kecuali kita kembali berhukum dengan ajaran Al-
Quran. Percayalah selama mana kita tidak segera kembali meletakkan Al-Quran
di persada kemuliaan sebagai rujukan undang-undang dan hukum, masalah
yang dihadapi tidak akan menemui jalan penyelesaian.
Firman Allah SWT dalam surah Al-Israk ayat 9:
إِنَّ هَـٰذَا ٱلۡقُرۡءَانَ يَہۡدِى لِلَّتِى هِىَ أَقۡوَمُ وَيُبَشِّرُ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ ٱلَّذِينَ يَعۡمَلُونَ ٱلصَّـٰلِحَـٰتِ أَنَّ لَهُمۡ أَجۡرً۬ا كَبِيرً۬ا (٩)
“Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat benar
(agama Islam), dan memberikan berita yang menggembirakan bagi orang-orang
yang beriman, yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh
pahala yang besar”.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Beberapa langkah segera perlu diambil untuk mengembalikan kesedaran
umat Islam agar nilai Al-Quran bukan hanya dibaca atau disimpan di kutub
khanah semata-mata. Justeru, umat Islam secara drastik perlu untuk mengambil
beberapa langkah bagi memastikan Al-Quran kembali di singgahsana
keagungannya seperti butiran berikut;
1. Pendedahan pelbagai teknik belajar membaca Al-Quran melalui klinik-klinik
Al-Quran hendaklah diketengahkan sebagai alternatif atau usaha bagi
umat Islam menguasai bacaan dan pembelajaran Al-Quran. Hadith riwayat
Imam Bukhari bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda;
“Sebaik-baik kamu ialah orang yang belajar Al-Quran dan kemudian
mengajarkannya”.
2. Penekanan terhadap tarbiyyah dan didikan anak-anak supaya lebih fokus
untuk mengenali Al-Quran, memahami isi kandungannya, mengetahui
hukum-hakam dan peraturannya serta memastikan penerusan pengajian
agama diutamakan sehingga mampu melahirkan ‘alim ‘ulama dan
seterusnya berperanan mengislahkan umat berdasarkan Al-Quran.
Firman Allah SWT dalam Surah At-Taubah ayat 122:
وَمَا كَانَ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ لِيَنفِرُواْ ڪَآفَّةً۬‌ۚ فَلَوۡلَا نَفَرَ مِن كُلِّ فِرۡقَةٍ۬ مِّنۡہُمۡ طَآٮِٕفَةٌ۬ لِّيَتَفَقَّهُواْ فِى ٱلدِّينِ وَلِيُنذِرُواْ قَوۡمَهُمۡ إِذَا رَجَعُوٓاْ إِلَيۡہِمۡ لَعَلَّهُمۡ يَحۡذَرُونَ (١٢٢)
“Hendaklah keluar sebahagian dari tiap-tiap puak di antara mereka,
supaya orang-orang itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut
dalam agama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar
berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; Mudahmudahan
mereka menjadi orang-orang yang memberi peringatan (dari
melakukan larangan Allah)”.
3. Usaha-usaha hendaklah diperjuangkan oleh umat Islam bagi
mengembalikan undang-undang dan peraturan Allah supaya ianya dapat
ditegakkan dan dilaksanakan seterusnya maslahah umat dapat dipelihara
dan mampu membendung gejala pemesongan akidah dan sosial yang
berlaku.

Firman Allah SWT dalam Surah an-Nisa’ ayat 105:
إِنَّآ أَنزَلۡنَآ إِلَيۡكَ ٱلۡكِتَـٰبَ بِٱلۡحَقِّ لِتَحۡكُمَ بَيۡنَ ٱلنَّاسِ بِمَآ أَرَٮٰكَ ٱللَّهُ‌ۚ وَلَا تَكُن لِّلۡخَآٮِٕنِينَ خَصِيمً۬ا (١٠٥)
“Sesungguhnya Kami menurunkan kepadamu (Wahai Muhammad) Kitab
(Al-Quran) Dengan membawa kebenaran, supaya engkau menghukum di
antara manusia menurut apa yang Allah telah tunjukkan kepadamu
(melalui wahyu-Nya); dan janganlah engkau menjadi pembela bagi orangorang
yang khianat.
4. Bawalah kembali ummah menghayati syariah Islam kerana dengan
mengikut syariatlah satu-satunya jalan keluar dari belenggu jahiliyyah dan
kerosakan.
Firman Allah dalam surah Al-Maidah ayat 48:
وَأَنزَلۡنَآ إِلَيۡكَ ٱلۡكِتَـٰبَ بِٱلۡحَقِّ مُصَدِّقً۬ا لِّمَا بَيۡنَ يَدَيۡهِ مِنَ ٱلۡڪِتَـٰبِ وَمُهَيۡمِنًا عَلَيۡهِ‌ۖ فَٱحۡڪُم بَيۡنَهُم بِمَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ‌ۖ وَلَا تَتَّبِعۡ أَهۡوَآءَهُمۡ عَمَّا جَآءَكَ مِنَ ٱلۡحَقِّ‌ۚ لِكُلٍّ۬ جَعَلۡنَا مِنكُمۡ شِرۡعَةً۬ وَمِنۡهَاجً۬ا‌ۚ وَلَوۡ شَآءَ ٱللَّهُ لَجَعَلَڪُمۡ أُمَّةً۬ وَٲحِدَةً۬ وَلَـٰكِن لِّيَبۡلُوَكُمۡ فِى مَآ ءَاتَٮٰكُمۡ‌ۖ فَٱسۡتَبِقُواْ ٱلۡخَيۡرَٲتِ‌ۚ إِلَى ٱللَّهِ مَرۡجِعُڪُمۡ جَمِيعً۬ا فَيُنَبِّئُكُم بِمَا كُنتُمۡ فِيهِ تَخۡتَلِفُونَ (٤٨)
“Maka jalankanlah hukum antara mereka dengan apa yang telah
diturunkan oleh Allah (kepadamu), dan janganlah engkau mengikut
kehendak hawa nafsu mereka (dengan menyeleweng) tentang apa yang
telah datang kepadamu daripada kebenaran. Bagi tiap-tiap umat yang ada
antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu syariat dan jalan agama (yang
wajib diikuti masing-masing)”.
5. Meneruskan kesedaran kepada umat Islam supaya membudayakan
pembacaan Al-Quran untuk dibaca di masjid-masjid, di pejabat dan di
rumah. Hanya orang-orang yang terbuka jiwanya dengan sinaran Al-Quran
sahaja yang begitu memahami bahawa hanya hukum Allah SWT sahajalah
penyelesai segala kemelut yang berlaku. Wasiat Rasulullah s.a.w. kepada
Abu Zar sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ibnu Hibban:
“Lazimkan olehmu membaca Al-Quran, kerana Al-Quran itu cahaya bagi
kamu di bumi dan perbendaharaan bagi kamu di akhirat”.
Ayuhlah sidang Jumaat sekalian, saya menyeru diri saya, keluarga dan
juga tuan-tuan hadirin sekalian, kembalilah mengagungkan Al-Quran dan
tegakkanlah hukum-hakamnya untuk kesejahteraan hidup kita di dunia dan di
akhirat.(Al-Maidah:49).
وَأَنِ ٱحۡكُم بَيۡنَہُم بِمَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ وَلَا تَتَّبِعۡ أَهۡوَآءَهُمۡ وَٱحۡذَرۡهُمۡ أَن يَفۡتِنُوكَ عَنۢ بَعۡضِ مَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ إِلَيۡكَ‌ۖ فَإِن تَوَلَّوۡاْ فَٱعۡلَمۡ أَنَّمَا يُرِيدُ ٱللَّهُ أَن يُصِيبَہُم بِبَعۡضِ ذُنُوبِہِمۡ‌ۗ وَإِنَّ كَثِيرً۬ا مِّنَ ٱلنَّاسِ لَفَـٰسِقُونَ (٤٩)
“Dan hendaklah Engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang
telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu
mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari
sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. kemudian jika
mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah,
Hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosadosa
mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah
orang-orang yang fasik”.

No comments: