"AQIDAH MERUPAKAN ASAS SETIAP AMALAN. AMALAN HATI LEBIH PENTING DARI AMALAN ANGGOTA BADAN. MENCARI KESEMPURNAAN PADA KEDUA-DUANYA ADALAH DITUNTUT OLEH SYARAK WALAUPUN DARJAT TUNTUTAN PADA KEDUA-DUA BERBEZA".
KETERANGAN
Di dalam bab ini, syariat telah menetapkan beberapa hakikat yang telah di syariatkan di dalam Al-quran dan telah diperingatkan tentang kepentingannya oleh Rasulullah SAW. iaitu hakikat-hakikat yang mendatangkan kesan yang besar terhadap akhlak seseorang dan pertarbiyahannya.
Aqidah Asas Amalan
sesungguhnya beriman dengan Allah dan terpeliharanya aqidah merupakan asas stiap sesuatu dan tanpanya setiap amalan tidak bernilai walaupun ia kelihatan cantik dan banyak. ini kerana, ia tegak di atas asas yang kosong dan menghala ke arah kesesatan. Firman Allah SWT terhadap orang-orang kafir, dan amalan-amalan mereka.
No comments:
Post a Comment