Friday, October 29, 2010

Pemimmpin yang Amanah

"PEMIMPIN YANG AMANAH"
Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah Sekalian ,
Saya menyeru kepada diri saya dan sidang Jumaat sekalian, marilah
buktikan ketaqwaan kita kepada Allah S.W.T dengan taat dan patuh
melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya.
Mudah-mudahan kita beroleh rahmat dan diletakkan sebagai golongan hamba
yang diredhai Allah S.W.T .
Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah Sekalian ,
Perkembangan tamadun manusia pasti mencatatkan bahawa berdirinya
sesebuah pemerintahan. Semuanya terbina dengan adanya pemimpin yang
berkaliber. Kehidupan rakyat tanpa pemimpin yang memandu halatuju mereka
hanya akan membawa pelbagai kemelut dalam masyarakat dan negara.
Pemimpin ialah umpama kepala bagi sesebuah jasad, mereka juga
merupakan simbol kesatuan dan kekuatan sesebuah organisasi. Pemimpin yang
hebat merupakan individu yang mampu menunaikan tanggungjawabnya sebagai
khalifah bersesuaian dengan garis panduan Al-Quran dan As-Sunnah. Firman
Allah S.W.T dalam Surah Al-Haj, ayat 41 :
“Iaitu mereka (Umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan
memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan solat serta menunaikan zakat,
dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang daripada melakukan
kejahatan dan perkara yang mungkar. dan (ingatlah) bagi Allah jualah
kesudahan segala urusan”.

Monday, October 25, 2010

Aku, LIM dan ISLAM?????

Good reading….insyallah!!!
 Aku, Lim dan Islam

Aku punya seorang rakan baik dari zaman kanak-kanak. Lim Wei Choon. Sana-sama bersekolah rendah hingga ke peringkat menengah . Selepas SPM. Aku masuk ke Tingkatan 6, manakala Lim dihantar keluarganya melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat. Kenangan sewaktu kanak-kanak hingga ke zaman remaja terlalu banyak yang dikongsi bersama. Setiap kali hariraya menjelang, Lim pasti berkunjung ke rumah ku untuk menikmati dodol arwah ayahku yang amat digemarinya. 
kadangkala, jika ada kenduri kendara dirumahku, pasti Lim akan turut serta. Aku jarang ke rumahnya kecuali umtuk beberapa sambutan seperti harijadi dan juga Tahun Baru Cina. Aku takut dengan anjing peliharaan keluarga Lim. Dengan Lim juga aku belajar matematik manakala subjek Bahasa Malaysia sering menjadi rujukannya padaku. 

Sunday, October 24, 2010

Marilah Kita Bina Generasi Remaja Cintakan Masjid

Apakah yang akan anda lakukan jika atap rumah tiris? Mungkin langkah segera ialah sediakan bekas untuk menadah air hujan yang menitis. Tapi untuk jangka panjang, anda perlu baiki atap rumah itu, kerana di situ letaknya punca kejadian. Kebiasaannya, atap yang ditampal juga tidak tahan lama. Tukar atap baru, barulah selesai masalah.

Kita jumpa ramai orang buang anak seperti kita jumpa banyak lubang tiris. Lalu kita kelam kabut mencari bekas untuk ditadah, seperti “Baby Hatch”, sekolah hamil dan sebagainya. Adakah langkah sebegitu perlu? Jawapannya ya. Tapi adakah ia menyelesaikan masalah? Jawapannya sudah tentu tidak.

AQSA SYARIF dan VIVA PELASTINA

Manusia hanya merancang, Allah yang mentaqdirkan. Kita mengharapkan perancangan kita tidak bertolak dari nafsu yang tidak diredhai. Tidak pula bertolak dari kerja yang ditangguh-tangguh yang dibenci Allah”

Sahabat Wira Pejuang Palestin yang kini memijakkan kaki di Bumi Gaza!

Saturday, October 23, 2010

JANGAN DIUNDANG KEMURKAAN ALLAH

Khutbah Jumaat 22 Oktober 2010: Jangan Diundang Kemurkaan Allah
Disampaikan oleh Khatib Jemputan : Ustaz Haidar bin Taslin

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah sekalian,

saya menyeru agar kita bersama-sama meningkatkan ketaqwaan kita
kepada Allah SWT. dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan
meninggalkan segala larangan-Nya. Mengingkari perintah Allah bermakna kita
sengaja mengundang kemurkaan-Nya sebagaimana Firman-Nya di dalam surah
Al-Israk ayat 16 yang dibacakan tadi yang bermaksud:
"Apabila sampai saat Kami hendak membinasakan penduduk sesebuah
negeri, Kami perintahkan (terlebih dahulu) orang yang melampaui batas dengan
kemewahan antara mereka (supaya taat), lalu mereka menderhaka dan
melakukan maksiat padanya; maka berhaklah negeri itu dibinasakan, lalu Kami
menghancurkannya sehancur-hancurnya".

Friday, October 15, 2010

Aduhai Diri! Siapakah Aku???

Aduhai Diri! Siapakah Aku?
Pernahkah kita bertanya: Siapakah diriku ini? Dari mana aku datang? Siapakah yang menciptakan aku? Siapakah yang menciptakan alam ini? Mengapa aku bekerja, makan, minum, dan tidur? Mengapa aku hidup di muka bumi ini? Dan ke manakah kesudahanku setelah aku dicengkam maut? Apakah sebenarnya satu kehidupan lain sesudah mati itu wujud? Dan apakah kehidupan ini hanya di dunia semata-mata?

ZINA MENGIKIS IMAN MEMUSNAH KETURUNAN

Khutbah Jumaat 15 Oktober 2010:
Disampaikan oleh Imam 2 Zabbar bin Mohd Amin


“ZINA MENGIKIS IMAN MEMUSNAH KETURUNAN”

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T.,
Saya menyeru agar kita bersama-sama meningkatkan ketaqwaan kita
kepada Allah S.W.T. dan melaksanakan segala perintah-Nya dengan penuh
kesabaran. Mudah-mudahan dengan bersabar, berusaha keras dan bertaqwa
kepada-Nya akan mendapat balasan yang baik di dunia dan di akhirat nanti.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T.,
Zina adalah perbuatan yang paling terkutuk dan salah satu daripada tujuh
dosa-dosa besar di sisi Islam. Dalam Al-Quran terdapat banyak ayat yang
menyentuh tentang dosa perbuatan zina yang terkutuk dan jijik itu, antaranya
firma Allah S.W.T. di dalam surah Al-Furqan ayat 68-69;

"Dan juga mereka yang tidak menyembah sesuatu yang lain disamping Allah,
dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah membunuhnya, kecuali dengan
jalan yang hak (yang dibenarkan oleh syarak), dan tidak pula berzina. Sesiapa
melakukan yang demikian, akan mendapat balasan dosanya dan akan
digandakan baginya azab pada hari kiamat, dia pula akan kekal di dalam azab
itu dengan menerima kehinaan".
Zina adalah hubungan kelamin antara lelaki dan perempuan yang
dilakukan tanpa akad pernikahan yang sah. Ini termasuklah juga kegiatankegiatan
pelacuran dan hubungan seksual yang terkutuk. Zina merupakan
perbuatan mungkar dan tidak berakhlak, bahkan mendatangkan akibat yang
sangat buruk kepada pelaku dan masyarakat. Ini telah dinyatakan oleh Allah
S.W.T. di dalam surah Al-Isra’ ayat 32;

Wednesday, October 13, 2010

Kau Aku Berbeza, Kau Aku Istimewa

  
LELAKI Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.
BERATKAN?
Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??

masjid




SEGALA AMALAN DENGAN NIAT



Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin ‘Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

“Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.”

ibn al-Mughirah ibn Barzirbah al-Bukhari dan Abu al-Husain Muslim ibn al-Hajjaj ibn Muslim al-Qusyairie al-Naisaburi dalam kitab sahih mereka berdua yang merupakan antara kitab yang paling sahih.

Hadis ini adalah salah satu hadis utama dalam lslam.


Friday, October 8, 2010

JANGAN SIBUK DENGAN PERKARA REMEH

Demikian kamus bahasa pendakwah Islam. Ia sentiasa tumbuh dan berkembang. Kedatangan generasi baru akan menambahkan lagi istilah-istilah baru yang bersangkut paut dengan cirri-ciri mereka. Di antaranya ialah penggunaan perkataan kemerdekaan apabila mereka berkata: Jadilah kamu putera merdeka yang mulia.Yang lain akan menambah: Besok untuk kami dan cita-cita kami. Kemudian, yang ketiga menambah: Agama Allah itulah tanahair kami dan kami memandang ringan rethadap segala ujian, mehnah dan tribulasi.
Sebelum mereka pula, Khalid telah berkata: Mereka lebih menyintai kematian. Dan Ibnu al-Mubarak berkata: Menjual diri kepada Allah di medan jihad. Al-Zahid Ruwaim berkata: Ia adalah pengorbanan jiwa pada Allah, kalau tidak janganlah menyibukkan diri dengan perkara yang remeh.
Demi Allah, demikianlah cara hidup pendakwah Islam generasi demi generasi hingga ke hari ini dan akan datang.

Wednesday, October 6, 2010

Larangan mengaibkan sesama muslim

Khutbah Jumaat 01 Oktober 2010 – Larangan Mengaibkan Sesama Islam


“LARANGAN MENGAIBKAN SESAMA ISLAM”

Sidang Jumaat yang berbahagia,
Saya berpesan kepada diri saya dan tuan-tuan sekalian, marilah kita
mempertingkatkan taqwa dan kesedaran diri kita sebagai seorang hamba serta
rasa cinta kepada Allah SWT. Marilah juga kita mempertingkatkan rasa
kehambaan dan kecintaan kepada Allah SWT. Tuhan Rabbul ‘Alamin. Firman
Allah SWT. dalam surah An-Nur itu 19: