Disampaikan oleh Imam 2 Zabbar bin Mohd Amin
“ZINA MENGIKIS IMAN MEMUSNAH KETURUNAN”
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T.,
Saya menyeru agar kita bersama-sama meningkatkan ketaqwaan kita
kepada Allah S.W.T. dan melaksanakan segala perintah-Nya dengan penuh
kesabaran. Mudah-mudahan dengan bersabar, berusaha keras dan bertaqwa
kepada-Nya akan mendapat balasan yang baik di dunia dan di akhirat nanti.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T.,
Zina adalah perbuatan yang paling terkutuk dan salah satu daripada tujuhdosa-dosa besar di sisi Islam. Dalam Al-Quran terdapat banyak ayat yang
menyentuh tentang dosa perbuatan zina yang terkutuk dan jijik itu, antaranya
firma Allah S.W.T. di dalam surah Al-Furqan ayat 68-69;
"Dan juga mereka yang tidak menyembah sesuatu yang lain disamping Allah,
dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah membunuhnya, kecuali dengan
jalan yang hak (yang dibenarkan oleh syarak), dan tidak pula berzina. Sesiapa
melakukan yang demikian, akan mendapat balasan dosanya dan akan
digandakan baginya azab pada hari kiamat, dia pula akan kekal di dalam azab
itu dengan menerima kehinaan".
Zina adalah hubungan kelamin antara lelaki dan perempuan yang
dilakukan tanpa akad pernikahan yang sah. Ini termasuklah juga kegiatankegiatan
pelacuran dan hubungan seksual yang terkutuk. Zina merupakan
perbuatan mungkar dan tidak berakhlak, bahkan mendatangkan akibat yang
sangat buruk kepada pelaku dan masyarakat. Ini telah dinyatakan oleh Allah
S.W.T. di dalam surah Al-Isra’ ayat 32;
“Dan janganlah kamu menghampiri zina. Sesungguhnya zina itu adalah satu
perbuatan yang keji dan satu jalan yang buruk (yang membawa kerosakan)”.
Ayat tersebut menjelaskan bahawa zina dianggap sebagai perbuatan yang
sangat keji kerana ianya merupakan jalan kebinasaan, kehancuran dan kehinaan
di dunia serta mendapat seksaan dan azab di akhirat. Hadith riwayat Al-Baihaqi
bahawa rasulullah s.a.w bersabda:
"Wahai golongan Muhajirin! Ada lima perkara buruk yang aku pohon agar tidak
menimpa kalian. Antaranya adalah; tidak merebak perzinaan dalam sesebuah
bangsa sehingga mereka melakukan dengan sewenang-wenangnya melainkan
akan tersebar di kalangan mereka pelbagai penyakit yang belum pernah
menimpa umat Islam sebelum mereka".
Menurut data Jabatan Pendaftaran Negara bahawa anak luar nikah
melayu/Islam yang didaftarkan pada tahun 2007 seramai 16,100, pada tahun
2008, 16,541 dan pada tahun 2009, 17,303. Dalam tempoh 5 tahun, dari tahun
2005 hingga tahun 2009 telah mencatatkan 74,723 pendaftran anak luar nikah
melayu/Islam. Masya Allah, ini benar-benar memalukan dan jumlah yang amat
mengerikan bagi umat Islam.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T.,
Seiringan dengan perkembangan teknologi dan komunikasi masa kini, kitadapati banyak perkara yang merangsang nafsu syahwat telah menjadi
sebahagian dari kehidupan seharian masyarakat kita. Jutaan gambar lucah
sama ada dalam bentuk foto mahu pun video terlalu mudah didapati melalui
internet. Sebahagian rancangan televisyen juga menyadurkan kisah-kisah
percintaan lelaki dan perempuan yang menambahkan rasa ghairah kepada
penonton.
Dalam masa yang sama, perniagaan vcd atau dvd lucah amat berleluasa di
tengah-tengah masyarakat kita sehingga terlalu sukar untuk dibendung. Telefon
mudah alih juga telah disalahguna dengan mengirim gambar atau video lucah.
Kesemua perkara ini tidak dinafikan menjadi pendorong kepada perlakuanperlakuan
maksiat dan perzinaan. Daripada Abdullah bin Amru bin Al-Asr r.a
rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
"Tidak akan berlaku kiamat itu sehingga orang berzina dijalanan
sebagaimana keldai. Aku bertanya: Adakah itu akan terjadi? Jawab Baginda:" Ya!
Nescaya akan terjadi".
(Riwayat Ibnu Hibban, At-Tabrani)
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T.,
Pada hakikatnya, fenomena yang merosakkan keturunan dan memporakKhutbah
perandakan umat manusia kini berada pada tahap yang amat serius dan mesti
ditangani segera oleh semua pihak. Antara langkah-langkah yang mesti
dilakukan segera oleh umat Islam ialah:
Pertama : Mendekatkan diri dengan Al-Quran dan menghidupkan budaya
ilmu di kalangan umat Islam. Peranan institusi keluarga
mentarbiyah dan mengawasi pergerakan anak-anak mestilah
dipertingkatkan dan memastikan hanya Islam sebagai asas
pembinaan keluarga ke arah “ Baiti Jannati ” (Rumahku Syurgaku).
Kedua : Penjanaan dan pembentukan insan soleh oleh institusi pendidikan
hendaklah ditingkatkan, bukan hanya menyampaikan ilmu tetapi
melahirkan kesedaran dan kefahaman yang boleh memandu
generasi pelajar ke arah penghidupan yang positif berlandaskan
agama yang dipraktikkan.
Ketiga : Masyarakat hendaklah berperanan membendung gejala pergaulan
bebas di kalangan remaja dan muda-mudi. Konsep “ Ad-Din
Nasihah” (Agama Itu Nasihat), penyusunan aktiviti dan program
hendaklah dilaksanakan bagi membendung gejala-gejala ini.
Peranan masjid, Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan
Kampung dan ahli masyarakat hendaklah jauh lebih proaktif dalam
mewujudkan suasana yang aman dan selesa.
Keempat : Tanggungjawab kerajaan melaksanakan penguatkuasaan undangundang
berlandaskan Islam dan kerjasama yang bersepadu
melibatkan semua pihak untuk membanteras kegiatan pelacuran
dan persundalan. Aktiviti-aktiviti pergaulan bebas terutamanya di
kalangan generasi muda haruslah disekat dengan cara yang
sebaiknya.
Kelima : Mengamalkan ajaran Islam yang menggalakkan umatnya supaya
berkahwin untuk menjauhi perbuatan zina. Dengan cara inilah
mereka akan mendapat nikmat perhubungan suami isteri yang sah
dan zuriat yang suci untuk menyambung keturunan mereka.
Firman Allah S.W.T. dalam surah An-Nur ayat 32;
“Dan kahwinkanlah orang bujang di kalangan kamu dan orang yang layak
(berkahwin) daripada kalangan hamba-hamba kamu lelaki dan perempuan. Jika
mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka daripada
limpah kurniaan-Nya kerana Allah Maha Luas (rahmat-Nya), lagi Maha
Mengetahui”.
Keenam : Meyakini dengan pendekatan Islam sahajalah yang mampu
menyelesaikan masalah ini. Pihak berkuasa pula hendaklah
memainkan peranan yang amat penting bagi melaksanakan hukum
Islam dalam usaha menegakkan yang ma’aruf dan mencegah yang
mungkar. Kita hanya meyakini sekiranya Islam ditegakkan
baharulah masalah-masalah ini akan selesai. Pihak kerajaan juga
disarankan untuk melaksanakan beberapa langkah pencegahan
gejala seks bebas daripada terus berleluasa, antaranya;
1. Membenarkan pihak polis memeriksa telefon bimbit remaja untuk
mengelakkan mereka daripada menyimpan bahan-bahan lucah.
2. Menguatkuasakan peraturan bagi menghalang remaja bawah umur 18 tahun
keluar rumah selepas jam 12 malam.
3. Menyekat laman web lucah, mengawal siber kafe dan penjualan perisian
tidak bermoral.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T.,
Apabila seseorang itu melakukan perzinaan, bererti dia telah mengaibkan
diri dan ahli keluarganya sendiri. Ini kerana perbuatan zina bukan sahaja
menyalahi etika hidup manusia bertamadun, bahkan ianya juga melanggar
tatasusila dan tuntutan agama. Apabila wanita ini hamil dan melahirkan anak
hasil perzinaan, maka anak ini tidak boleh dinasabkan kepada lelaki yang
berzina dengan ibunya, lantaran itu ia hanya boleh dinasabkan kepada ibunya
sahaja. Sekalipun si ibu berkahwin dengan lelaki itu, ia tetap tidak dianggap
sebagai anaknya yang sah. Inilah antara nasib malang yang terpaksa ditanggung
oleh anak disebabkan dosa yang telah dilakukan oleh ibubapanya. Bahkan apa
yang lebih buruk lagi, anak-anak yang baru dilahirkan ini dibuang begitu sahaja
atau dibunuh dengan berbagai cara semata-mata untuk menutup kesalahan
yang telah mereka lakukan. Masalah zina ini, sebenarnya masalah kerakusan
dan keserakahan syahwat. Cumanya, natijah syahwat zina ini amat merisaukan
umat manusia yang waras. Ianya boleh meruntuhkan keharmonian institusi
kekeluargaan, menggugat struktur pewarisan harta, menjejaskan keamanan
sosial di mana akan timbul daripadanya gejala penyalahgunaan dadah dan
sebagainya.
Oleh itu, perbuatan zina ini dianggap kesalahan jenayah yang wajib
dijatuhkan hukuman jenayah syariah apabila memenuhi syaratnya. Bahkan Islam
memandang serius jenayah zina ini kerana kesannya kepada sosial amat
mengerikan.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah S.W.T.,
Allah S.W.T. telah memberikan ancaman keras kepada perbuatan terkutuk
ini agar manusia merasa takut untuk mendekati zina, apatah lagi melakukannya.
“Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiaptiap
seorang daripada kedua-duanya seratus kali sebatan, dan janganlah kamu
dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap kedua-duanya dalam
menjalankan hukuman Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan Hari
Akhirat, serta hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan itu oleh
sekumpulan daripada orang yang beriman”. (An-Nur : 2)
No comments:
Post a Comment