Tuesday, July 12, 2011
Puasa Untuk Ku
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: bersabda Rasulullah s.a.w.: Allah  berfirman: Setiap amalan anak Adam itu baginya (ganjaran pahala yang ada  hadnya), kecuali puasa, kerana sesungguhnya puasa itu untuk-Ku, dan  Akulah yang akan memberikan balasannya, dan puasa itu perisai, dan  apabila seseorang itu berpuasa, maka janganlah ia mengeluarkan kata-kata  lucah dan tidak juga bercakap kasar. Sekiranya ada orang lain yang  mengejinya atau ingin berkelahi dengannya, maka katakanlah: Sesungguhnya  aku berpuasa. Dan demi jiwa Muhammad di tangan-Nya, sesungguhnya bau  mulut orang yang berpuasa lebih wangi di sisi Allah daripada haruman  kasturi, untuk orang yang berpuasa itu dua kegembiraan; ketika dia  berbuka, satu kegembiraan baginya, dan tatkala dia bertemu dengan  Tuhannya, dia akan gembira dengan ibadah puasanya. (Riwayat Bukhari dan  Muslim).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
 
 
No comments:
Post a Comment